Do good. Always.

Do good. Always.

Thursday, June 20, 2013

Short semester, pointer, buku(s)...


Assalamualaikum *sambil makan kuey tiow goreng beli kat pasar malam Cenderawasih tadi*

Sekarang dah masuk short semester, posting sahaja 7 minggu adalah sangat membosankan sebenarnya, sebab saya lagi suka pergi kelas. Jadi setakat ni (hari ketiga) saya menghabiskan masa saya selepas balik dari kerja sampai lewat malam dengan online dan membaca buku *nampak rajin sangat tu*. Ok, bukan buku akademik okay, exam dah habis, buku-buku cerita je. Ok, bercakap mengenai exam, hari ni (to be exact beberapa jam lepas) saya dah boleh cek result untuk semester lepas. Saat yang paling cuak bagi saya ialah masa nak cek result. Huhhhh... Tapi walau macam mana pun, result tu takkan berubah pun, so saya meneruskan untuk memasukkan nombor matrik serta password, pastu login. Ha, memang dah agak dah, memang dah agak, result saya jatuh. Walaupun sikit je jatuh GPA tu, dan walaupun CGPA tetap naik 0.01, saya tetap kecewa. Memang lah lepas exam hari tu, dah agak result jatuh sebab tak berapa nak boleh buat pun, tapi tetap berharap agar satu keajaiban berlaku. Tapi tu lah, Allah bagi setimpal dengan usaha kita apa, dan usaha saya pun tak seberapa, jadi saya redha =.=' dan Alhamdulillah Allah bagi yang terbaik buat saya untuk terus berjuang pada masa hadapan. Terima kasih, Ya Allah :)


Berbalik kepada cerita short semester dan buku di atas, sebenarnya saya ada assignments untuk disiapkan sepanjang 7 minggu ni. Oh Munie, please, you have to complete it by hook or by crook. KENA HABISKAN BACA BUKU-BUKU NI DALAM 7 MINGGU! Oh, tidak! Dah tinggal lagi 6 minggu dan 4 hari sahaja lagi.............dan calon-calon bukunya ialah...  



Mustapha Altarturk ada kawan pinjam. Huh, dah kurang 1 buku di situ.
Yeayyy!!!

Oh, dan boleh baca buku sambil makan chocs~


Ada lah satu hari ni, saya tergerak hati nak baca balik entri-entri dalam blog ni. Memang perancangan awal, ianya untuk simpanan masa depan, yelah, mana tahu nanti gambar-gambar dalam laptop hilang ke, laptop hilang ke, hard disk hilang ke, ingatan hilang ke *apesal semua kes nak hilang je ni?*, adalah back up, tengok dan ingat balik kenangan-kenangan tu kat blog ni. Sebab tu blog saya penuh dengan gambar je. Like I care, yaar :p . Bila baca dan baca dan baca, walaupun nak baca yang tahun ni punya pun dah tak larat, rasa macam kelakar pulak. Dengan ayat yang entah pape, words yang merapu, sampai terfikir-fikir, mana aku dapat perkataan-perkataan tu entah. Reka sendiri ke? Hahahahahaha~


Bye!

No comments:

Post a Comment