Do good. Always.

Do good. Always.

Wednesday, May 18, 2011

IIUM Book of Records: Tour 2011

Pada 20 April 2011, bersamaan dua puluh haribulan empat dua ribu sebelas, tepat jam 2.41 ptg waktu Malaysia, kami berempat sepakat (membawa berkat) berjaya mengharumkan nama UIA terchenta melalui satu perjalanan. Perjalanan yang penuh liku tanpa duri, tapi ketabahan semangat kami mengatasi segalanya. Betapa bangganya kami, hanya kami yang tahu kerana sesungguhnya nama kami telah terpahat dalam IIUM Book of Records. Pak guard dan mak guard menjadi saksi pencapaian rekod yang penuh bersejarah ini, manakala gambar-gambar yang bakal disiarkan menjadi bukti rekod yang kami cipta adalah sah di sisi undang-undang UIA 2011. Tiada langsung babak yang menggunakan teknik CGI seperti dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa, mahupun make up tebal 3 inci dicalit ke muka pelakon-pelakonnya. Peluh yang menitis adalah benar-benar belaka, bukanlah air mineral RM 1.10 7Eleven yang dilumur di wajah suci bersih masing-masing. Saksikanlah liku-liku perjalanan kami yang penuh dengan keterujaan dan ketidakbetulan. Tak caye, tengokla…

10.44 pagi




Para peserta melakukan tabik hormat sambil menyanyikan lagu Negaraku *dalam hati, yelah sangat kan* di hadapan bendera-bendera kebanggaan: Malaysia, Negeri Pahang dan IIUM. Semangat seyhh~



Tabik lagi!! Tak tahu kali ke berapa babak ini di shooting semula. Kali ini, pengarah mengarahkan kami supaya tabik hormat kepada bangunan Jalan Hospital Campus (JHC). Ntah pape je..



Pak dan mak guard menjadi saksi(s) utama penlibatan kami dalam arena rentas kota ni. Dapat approval sebelum memulakan perjalanan tuuu..yuhuuu!!!!



Mestilah dimulakan dengan kaki kanan kan??



Hampeh! Dah jalan baru teringat doa tak baca lagi..hehe..



Ye lah nak jalan la ni.. kena la posing dulu..



Bye-bye Kuantan Parade...



Lalu kat depan satu sekolah ni, pastu poyo la kononnye jadi bdk skolah rendah balik. Pegang botol air, pakai beg kat depan, baca buku * kertas je ok* , than buat kira-kira guna kalkulator. Eh, sekolah rendah boleh guna kalkulator eh?



Duta Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah.



Sempat lagi salah seorang peserta mencium bunga kesukaannya yang banyak dah gugur. Almaklumlah, autumn dah tiba, perghh~~




Hahaha.. macam semut je korang duk bawah MERDEKA tuh.. Time ni klakar..




Sempat lagi mereka berposing di bawah rimbunan yang merendang.




Dalam hutan mana yang korang bangga sangat nk bergambar ni??




Lega bila jumpa kedai tilam ni sebab... ini menandakan yang kitorang dah melepasi setengah perjalanan dari JHC ke IMC.. huh..




Di tangan saya tu asam ye tuan-tuan dan puan-puan. Eyp! Apa ni nurse makan asam.. tak baek untuk kesihatan la..=p




Akhirnya...... jumpa jugak tong sampah ni.. Mereka tak sampai hati nak buang bekas minuman tu kat tepi jalan. Environmentalist la katakan.. Ehem3!



Terserempak dengan benda ni. Benda yang x sepatutnya digunakan untuk 'menceriakan' alam sekitar. Korang rasa patut ke bendalah ni dibuang kat tepi jalan??



Oit3!! Boleh pulak dia main renjis-renjis dipilis kat tepi jalan raya ni. Malulah orang tengok.. Ade aku kisah??hahaha~




Perjalanan diteruskan dengan gelak ketawa walaupun separuh nyawa telah melayang akibat kepenatan terlampau.



2.44 petang


Dah smpai Indera Mahkota Campus!! Yeay3!!.. Pokok pon nak peluk.. Teruja teramat la tu..



Masa sampai kat depan IMC tu kan, sebenarnya kitorang nak amek gambar ngan pak guard kat situ sebagai tanda kami dah berjaya mengharungi segala rintangan dan selamat sampai kat situ. Tapi keempat-empat peserta segan nak cakap dengan pak-pak guard tu. Eh, mana communication skills korang ni ha?? Apalagi, kami pon posing dan control ayu la bergambar dengan pokok-pokok tepi pondok pengawal tu. Tiba-tiba, jeng3……. Tak de apa pon, saja je buat suspen..hehehe.. Tiba-tiba, salah seorang pak guard tu tanye, “ Kereta rosak ke dik balik jalan kaki ni?”. Salah seorang saripada kami menjawab, “ Tak de la pakcik, kami saje je nak jalan dari JHC ni ha, nak pecah rekod kononnye* time ni pon x brani lagi nak cakap, padahal pakcik tu da tegur ape, peluang di depan mata terlepas beb*. Tak lama kemudian masih lagi mengekalkan segan silu yang sudah sebati dalam jiwa masing-masing, salah seorang daripada kami memberanikan diri manghampiri pakcik (yang pakai spek hitam) dan menyatakan hasrat yang sudah lama terpendam di jiwa.

Kami: Pakcikkkkkkkk….. Kitorang sebenarnyaaaa nak amek gambar dengan pakcik sempena kejayaan kami berjaya merentas desa kota dari JHC ke sini. Boleh takkkk pakcik? *telan air liur mengharapkan satu kepastian*

Pakcik: Eh pakcik tak boleh ni dik. Pakcik tengah keje ni *berdiri kat tengah jalan, macamla ada kereta nak masuk pun..hehe..*

Kami: * pergh.. berdedikasi dan berdisiplin betul pakcik ni* Alaaa pakcik.. kejaaaaaaaappp jee… pleaseeee…

Pakcik: Tak boleh la dik. Nah g amek gambar dengan pakcik tu, dia dah habis keje *sambil menuding jari kat sorang pakcik lain, pakcik tu senyum-senyum je, nak la tuuuu*

Kami: *kelip-kelip mata banyak kali mengharapkan simpati*

Tiba- tiba………

Pakcik yang berdedikasi tengah jaga lalulintas tadi tu……

Pakcik: Haaaa..cepatlaaa.. tak de kereta ni.. cepat-cepat amek gambar, pakcik da bersedia ni..* sambil berdiri dengan lagak macho*

Kami: *Lerhh… nak jugakkkk*.. Ok pakcik.. macho la pakcik!!!

Dan inilah pakcik yang kami maksudkan itu, macho kan3??hehe..


Berjaya jugak pujuk pakcik ni nak amek gambar..hehe..thanks pakcik macho!!



Appreciation to: Siti Nur Aishah Hashim, Nik Faridah Seman, Norazizah Jemaat, Kak Ji Second Year Nursing, Pak dan Mak Guard(s) yang telah menjayakan 'acara' yang sungguh berprestij ini..hik3!