Do good. Always.

Do good. Always.

Sunday, January 23, 2011

erkkk...sy nk print CFC!!!

Malam ni, sambil dgr lagu dalam laptop ni, sy teringat la lak kenangan manis, pahit, tawar, masam, masin n pedas yang sy penah lalui suatu ketika dahulu. Terus, sy segera sign in ke blog ini. Tapi, yang sy nk cite dalam entri ini berlaku di CFS a.k.a Centre For Foundation Studies IIUM di Petaling Jaya. Dalam entri kali ini juga, sy ingin menceritakan mengenai teman2 sebilik saya yang sangat sporting dan 'ngam' la ngan sy ni. Masa mula2 sy masuk mendaftar ke sini pada 10 Jun 2008, roomates sy ada 3 orang: Mariah Mohd Hamzah, Shahidah Ismail dan Nurul Farhana .....*hehe x ingat nama ayah dia*. Sebabnya Farhana tu bersama kitorang 3 minggu je, lepas tu dia dapat tawaran g Egypt amek Medic. Antara perkara yang paling sy ingat psl Farhana ni ada banyak, tapi top 3 nyer ialah:

1. Farhana ni x boleh tido dalam gelap. Dia sanggup bawak lampu meja dari rumah dan malam2 bukak lampu tu mengadap katil dia je. Katanye, dia memang takut gelap dan masa dia sekolah di MRSM Tun Ghafar Baba (Jasin) dulu pun, dia tido xtutup lampu. Tapi sebab dia kesiankan kami yang x boleh tido kalau x tutup lampu, maka alternatif membawa lampu meja itu diambil. Kami hargainye Farhana!

2. Farhana ni kan bijak cket dalam bab berjimat cermat ni. Sy ingat lagi masa kami sama2 beli makanan tengahari di kafe UKC2. Masa tengah pilih2 lauk tu, sy nampak la dia amek nasi byk gler, pastu dia amek ikan keli yang paling besar tapi buang kepalanye*kesian ikan tu xde kepala..hehe*. Sy tanya, " kenape awak amek nasi banyak sangat, pastu ikan tu awak buang kepala? awak memang makan banyak eh?". Sambil tersenyum dia menjawab, "haha xla. Nasi ni kan Munie, nanti kat bilik, sy bahagi 2, ikan pun sama, sebab tu sy amek yang paling besar. Awak tau tak, beli mcm ni lagi murah drpd awak beli nasi 2 kali, tengahari dan malam.hehe. Kepala tu bukan ape, dah sy dah amek ikan paling besar, so, x muat la nak masuk polisterin ni dan terpakselah sy buang.hehe". Hermmm...bijak!!!(^_^)

3. Cik Farhana kita ni memang setiap minggu balik rumah sebab rumah dia around KL ni je. So, setiap kali datang balik UIA petang Ahad, dia akan bawak bekalan air baru yang dibawa dari rumah. Bekalah air yang x habis diminum pada minggu sebelumnye, dia akan berlari- lari bawak turun untuk dibawa balik oleh parents nye. Bile ditanya kenapa bawa balik, kenapa x tinggalkan je and habiskan, katanye.... "air tu da basi".*kami kehairanan, air pun bley basi??*

Kelakar sungguh Cik Farhana kita nih. Kami nak awak taw kami gembira dan terhibur jd roomates awak walaupun sekejap. Kami rindu awak..=)).. p/s: gambar beliau tidak dapat disiarkan di sini atas sebab gambar yang sy rakamkan bersamanye telah tiada. Henpon "made in China" sy tu da rosak! Semua kenangan kita hanya terpahat dalam memori..cewaaahhh~~

Cerita ke-2 pasal lagi dua orang roomates sy tu la..Mariah and Shidah. Sejak pemergian Farhana ke Mesir, pagi malam siang petang subuh zohor asar maghrib isya' syuruk, asyik tengok muka 2 orang ni je. Bangun tido je, muka diorang, nak makan pun ngadap muka diorang jugak, seb baek mandi je x sekali..haha. Satu kenangan lucu yang x mungkin sy lupekan bersama diorang nih pasal 1 hal ni la. Aduyai, setiap kali teringat, mesti tergelak-gelak. Diringkaskan, begini ceritanye..


Perbualan antara sy, Mariah dan Shidah di suatu petang yang hening..hening sgt la kan, panas ade la.hehe



Shidah: ey korang!next week kite exam midterm kn3???


Mariah: iye shidah!! nape ngan awk ni,da taw tye lg...huhue~

Sy: nape shidah??awk tkot eh??sy lg la kecut perot kot,ni first tyme kte exam kt cni taw..ntah cane la soklan dye..mst susah kn..hrmmmm*mengeluh*


Shidah: eeeeh,bknla...kite kan kne print slip exam..kalau x, xley msk exam hall taw x????

Mariah n Sy: x tawwwww pun!!........hahahaha!!!

Shidah:eh budak2 ni, maen2 plak dye..btol la sy ckp ni...serius la..k2 mlm ni kite g CC print sesame k??

Mariah n Sy: baekkkklaaa Shidah!!kamiiii tidooowwww dluuu ye??


Shidah: ???



Malam itu di depan CC....



Sy: haaa...pegi la msk ckp kt akak jg cc 2 nk print...

Shidah: ape name dye, korang??

Mariah: lorh...awk ckp td exam slip.so, name dye exam slip la!

Shidah:bkn la, ade name dye, ape benda ntah.. CDS? CSC? CFC? erm,CFC kot...

Sy: erm, btol la 2.. CFC kot. sy pon lupe da lecturer sy pon penah ckp nme dye..

Mariah:so, cane ni?btol ke nme dye CFC? ah,biar la btol kot..haaa, jom la msk..sape nk msk dlu??


Sy: sy rase mmg btol la nme dye CFC*muke confident gler la kan*


Kami bertiga pun msk la dikepalai oleh Shidah, Mariah dan sy kt belakang sekali..


Shidah: *dengan muke x bersalah dan confident* kak,errkkkk...sy nak print CFC!!!

Kakak jge CC: hahhh?? owhhh... CRS eh??*muke cam nk tergelak p dye thn je, kami tau*

Kami: *blushing* *sengih terkulat-kulat*



Kami pun tyme 2 mmg nk gelak gler2 la kan tp thn la sbb jge reputasi beb, kt dalam CC 2 ramai kot orang.hahaha. Sy x thn sgt nk tergelak, terus meluru keluar. Rupe2nye Mariah pun keluar gak. Kat luar CC 2, ktorang gelak gler2 kot sampai kuar airmata,,seb baek xkuar airmata darah jek. CFC??? itu ape. Itu sejenis chemical yang terkandung dalam racun serangga, aircond n refrigerator. Name panjang dye chlorofluorocarbon. Nak print bendalah 2 bwt ape?? Nape la br terpikir sekarang?? Shidah kuar lps 2 pun ktorang x benti2 lg gelak. Bile tgk muke dye lagi la ktorang gelak thp dewa! Shidah pun 2x5 je gelak. Kitorang gelak sampai tido kot. Esk 2, hari2 seterusnye, tiap kali ktorang teringat atau tercerita pasal kejadian berkenaan mesti akan gelak gler2. xley blah la..





inilah rumet2 kesayanganku dulu. Makcik Mariah tepi sekali belah kiri. Makcik Shidah tiga dari kiri(berdiri). Ini tyme celebrate birthday kitorang pada Ogos 2009 (^_^)..
Kenapa ada 6 orang? Sebabnya yang lagi 3 orang tu, roomates sy

tyme kitorang kena pindah pegi Mahallah Aishah (AC) masa SEM 2,

first year, sebab Mahallah KC nk kena renovate. Kat AC, dalam 1 bilik

tu ada 2 compartments, so, di sinilah kami bertemu. Lagi 3 orang tu

nanti sy akan ceritakan pada entri2 yang akan datang. Nak beritakan

semua, 88 pages blog ni pun blom tentu habis.hehe.



Appreciation to: Mariah Mohd Hamzah, Shahidah Ismail dan Nurul Farhana.

Thanks 4 being such nice and most sporting roommates 2 me.=))

Sunday, January 9, 2011

cerita seorang Apex..

Usai sudah mengerjakan tugasan yang diberikan guru yakni PBL (Problem Based Learning)*ceh bm lanjutan ok* , sy terkebil-kebil seorang diri menyaksikan kawan sy yang sedang saket tido. mengenang naseb diri sendiri x dapat tido gak sebenarnya.huh. sebelum sy menulis entri ini, sy telah membaca blog awek kepada beliau ini.ciittt, die da tulis sal ni jgk, kantoi ciplak dari sokerleaks.blogspot.com. sesape yang minat nak tau sal bola sepak dalam atau luar negara, bolehla melayarinye ye..huhue..ok, back to the topic again.sebenarnye ni nak cite sal temubual pihak sokerleaks ni ngan jaguh penjaga gol Harimau Malaya kite ni, yang sangat meletup tup tup, yang sangat menjadi kegilaan ramai gadis2 di luar sane ni. Beliau telah mengharumkan nama negara kite, Malaysia setelah memenangi AFF Piala Suzuki tempoh hari. Beliau ialah x laen x bukan..jeng, jeng, jeng... Khairul Fahmi Che Mat a.k.a KFCM..kelas gitu.. Kelakar kot die nih. Ikuti temubual mereka2 yang panjang tapi menarik ini..



SokerLeaks: Apa khabar lu sekarang? Masih berada di awang-awangan atau dah stabil?
Khairul Fahmi: Alhamdulillah gua sihat. Sekarang masih dalam mood teruja dan gua tak tahu bila nak habis feel ni. Tapi menang AFF Piala Suzuki hari tu memang paling pure dia punya feel.

SokerLeaks: Ok, sebelum gua teruskan, lu nak gua cakap KL ke nok kawe kecek Kelate?
Khairul Fahmi: Cakap KL pun gua takde hal tapi kalu demo reti kecek Kelate koho molek, sedak sikik. (Cakap KL pun gua takde hal tapi kalau lu reti cakap loghat Kelantan lagi syok)

Untuk memudahkan pemahaman lu orang seme, gua translate temubual dalam loghat Kelate tersebut ke cakap KL! KL y'all!

SokerLeaks: Ok, soalan intro. Macam mana lu boleh berkenalan dengan cik Jejari Runcing?
Khairul Fahmi: Gewe gua orang KL kalau nak tahu, urban bro. Le ni stadi kat Kelantan dan kami saling mengenali beberapa tahun sudah melalui kawan. Sekarang hubungan gua dengan dia dah masuk 1 tahun 4 bulan 3 minggu. 143 beb! Maksud dia I Love You! Hehehe..

SokerLeaks: Sape mengorat sape?
Khairul Fahmi: Gua yang mengorat dia sebab gua rasa dia punya love kat gua memang true. Masa takde sorang pun orang luar yang kenal gua sebagai pem
ain bola sepak, dia dah kenal dan minat gua sebagai player bola. Daripada situ cinta gua dengan dia berputik dan berbuah. Ceewaaaah!

SokerLeaks: Eleh, makwe lu ada kat sebelah kemain lagi lu punya jawapan, nak jaga hati letteww! (kata gua sambil jelir lidah :D)
Khairul Fahmi: Eh, tak la. Semua jawapan gua tadi memang true dari lubuk hati gua yang dalam. Gua profesional beb. Jawapan gua pun profesional. Cewaaahh lagii..


ni awek die ok??namenye Elia. Gadis2, jgn berangan ye, Apex da berpunye. Nape I amek gmbr ni eh?ok fine, korang da tau, pasal kete tu kaler kuning k?ahakkss~


SokerLeaks: Ok lah kalau macam tu. So, BM dapat berapa masa SPM?
Khairul Fahmi: Dapat kredit.

SokerLeaks: Kredit tu berapa?
Khairul Fahmi: Entah, serius gua dah tak ingat. Tapi sebagai anak Melayu tulen, gua tak fail BM, ok la tu kan?

SokerLeaks: Ambik aliran sains ke sastera time SPM?
Khairul Fahmi: Erm..erm..rahsia.

SokerLeaks: Sebagai anak jati Kelate lu memang terer speaking kelate, macamana pulak cakap luar?
Khairul Fahmi: Cakap KL? Sikit-sikit tu boleh la.

SokerLeaks: Ha, cuba la cakap sikit.
Khairul Fahmi: Saye pandai cakap KL sebab makwe saye orang KL dan kawan-kawan saya ramai jugak dari KL, so its not a problem for me...well, you know me (jawab KFCM sambil mengangkat sedikit bahu dan menelengkan kepalanya sedikit ke kanan)

SokerLeaks: Perghh..mantap! Suka pergi clubbing?
Khairul Fahmi: Gua jawab pendek je, tak.

SokerLeaks: Ok, syukur. Itu gua suka. Penyanyi yang paling lu minat sape?
Khairul Fahmi: Amy Search, sebab suara dia meletop, true rocker! Dia pun member baik dengan tok guru kita, so lagi gua suka.


bangga ah tu, ley jumpe Ayah Zik..

SokerLeaks: Apa pulak band pujaan lu?
Khairul Fahmi: Gua memang minat dengan Search, tak ada lain.

Sokerleaks: Lu minat Search sebab lu minat Amy?
Khairul Fahmi: Tak lah, gua minat Search sebab memang Search bagus, legend tu beb! Amy naik pun sebab Search, so memang gua true dengan Search.

SokerLeaks: Apa pendapat lu tentang kemerosotan Chelsea secara mendadak?
Khairul Fahmi: Gua tak follow sangat BPL, so gua tak tau nak komen. Gua harap, belilah player power-power dan mahal-mahal lagi. Kalau nak player murah tapi power, carilah kat Malaysia..keh keh keh.

SokerLeaks: Erm, lu memang nak main posisi kiper ke?
Khairul Fahmi: Masa kecik dulu ada jugak try main posisi lain. Tapi bila dah serius main bola, sejak daripada sekolah rendah gua dah start main kiper sampai sekarang. Terima kasih buat semua coach yang pernah latih dan ajar gua selok-belok ilmu nak jadi kiper ni. Jasa diorang seme sampai bila-bila pun akan gua kenang.

SokerLeaks: Ok, soalan ni ramai juga nak tahu, suka tak sultan bola?
Khairul Fahmi: Mestilah sukaaaa. Banyak jasa dia kepada bola sepak negara. Sekarang ni Harimau Malaya naik balik pun atas usaha gigih dan kesabaran dia.

SokerLeaks: Ok cukup. AJL nanti lu harap sape menang?
Khairul Fahmi: Gua harap dan gua rasa Black akan menang, tak pun Faizal Tahir.

SokerLeaks: Lu minat dengan Black?
Khairul Fahmi: Minat gilerrr bro!

SokerLeaks: Rajagopal kalau marah selalu kuar ayat mencarut ape?
Khairul Fahmi: Rajagopal tak mencarut, dia marah macam biasa je.

SokerLeaks: Selalu kena tengking?
Khairul Fahmi: Kena tengking tu dah biasa sangat. Ni bukan game orang pondan stok tak boleh kena tengking. Kena tengking tu yang buat kami jadi kuat dan semangat.

SokerLeaks: Pagi-pagi dengar Hot FM ke Sinar FM?
Khairul Fahmi: Dua-dua gua dengar.

SokerLeaks: Aiseh! Jawapan jangan la nak diplomatik sangat bro.
Khairul Fahmi: Eh mana ada, memang gua dengar dua-dua, tukar-tukar channel.

SokerLeaks: Yela, yela, gua buat-buat percaya. Erm, sape striker kat Malaysia yg paling lu gerun?
Khairul Fahmi: Of course la Mat Yo (merujuk kepada Norshahrul Idlan Talaha).


Ayah Su ku..*perasan je aku anak buah die, padahal same muke je pn*. Apehal si Anderson tu?maen tolak2 lak..aissshhh

SokerLeaks: Takkan sorang tu je?
Khairul Fahmi: Lagi sorang Indra, sebab shooting dia mantap.

Sokerleaks: Lu layan Raja Lawak?
Khairul Fahmi: Layan, apesal?

SokerLeaks: Apa harapan lu terhadap Raja Lawak musim baru?
Khairul Fahmi: Gua harap lawak musim baru nanti lagi bagus dan mantap daripada yang sebelum ni. Yang sebelum ni dah bagus dah, tapi kalu ada lagi bagus tu lagilah bagus. Apa kebenda yang aku cakap ni? Ah macam tu la, buat lawak-lawak lagi padu la.

SokerLeaks: Apa rahsia paha lu putih melepak? Ada pakai bedak sejuk kat paha sebelum tidur?
Khairul Fahmi: Kah kah kah! Paha ni melepak sejak azali, takde rahsia apa-apa. Tak caye, tanyalah bapak gua. Dia tengok paha gua dari kecik dulu lagi. Apa barang main bedak sejuk! Hahaha

SokerLeaks: Dulu lu rambut panjang macam Yakuza, kemain lagi tau! Erm, menyesal tak potong rambut?
Khairul Fahmi: Tak menyesal la, sebab masa gua botak kepala tu pun tahun 2009, masa tu sebab nak pergi umrah.


ok, ni rambut die tyme dolu2 ye..

SokerLeaks: Oh, alhamdulillah, sejuk perut gua dengar.
Khairul Fahmi: Ada rezeki nanti insyaAllah gua nak naik haji pulak.

SokerLeaks: Alhamdulillah, sejuk perut gua dengar.
Khairul Fahmi: Dan kalau ada rezeki dan sampai jodoh, insyaAllah gua nak bina mesjid.

SokerLeaks: Alhamdulillah, sejuk perut gua dengar.
Khairul Fahmi: Hahaha, dari tadi sejuk perut, nak sejuk sangat letak ais batu la brader. Hahaha

Suasana hening seketika, cengkerik berlagu riang. Gua togok air mineral sejuk beberapa teguk.

SokerLeaks: Alhamdulillah, ini baru betul-betul sejuk perut gua. Ok, kita sambung, apa perancangan kerjaya lu dalam tempoh 5 tahun?
Khairul Fahmi: Kalau ada rezeki kelab luar negara panggil, gua memang nak main luar. Kalau dalam liga Malaysia setakat ni rasanya gua nak setia dengan Kelantan. Tapi tu la, semua bergantung pada keadaan.

SokerLeaks: Kami geng SokerLeaks rate lu punya perfomance 8/10. Lu puas hati dengan perfomance sekarang?
Khairul Fahmi: Gua rate diri sendiri 6/10. Gua muda lagi, sumpah banyak lagi nak kena belajar. So, kalau gua teruskan dengan progress sekarang, insyaAllah gua nak kejar rate 9.5/10, barulah tip top. Nak dapat 10 tu tipu sangat la kan?

SokerLeaks: Haah tipu tak agak-agak la kalau nak rate 10/10 tu. Lu suka makan budu?
Khairul Fahmi: Nate apo tanyo oghe kelate suko make budu ko dok, feveret tu boh! (Apa gila tanya orang Kelantan suka makan budu ke tak, itu feveret gua tu bro!)

SokerLeaks: Lu kenal Hanis Zalikha?
Khairul Fahmi: Kenal, blogger femes tu bro!

SokerLeaks: Dia cantik tak?
Khairul Fahmi: Hehehehe..bodoh punya soalan.

SokerLeaks: Kikiki. Lu tahu tak Nora Danish pernah tweet 'sweetheart XOXO' pasal lu, suka?
Khairul Fahmi: Biasela, mestilah gua suka. Nora Danish kemain top lagi tweet macam tu untuk gua, sape tak suka? Tapi gua profesional. Secara personal memang takde lebih-lebih la..ermmm..dok tahu la..hahaha.

SokerLeaks: Ok cukup. Nanti bangga tak sudah Nora Danish kalau cerita pasal dia lebih-lebih. Erm, apa respond lu pasal ada orang yang buat page facebook benci lu punya makwe?
Khairul Fahmi: Gua malas nak amik port, gua buat tak tahu je. Makwe gua pun steady je, tak de hal la. Tak penting pun kan? Makwe gua bukan buat salah apa pun. Tapi gua harap-harap kalau boleh tu tak payahla. Kalau nak teruskan jugak, go ahead!

SokerLeaks: Selama ni ada niat atau berangan nak carik awek artis?
Khairul Fahmi: Takde la. Sape la gua ni nak ngorat artis. Tapi kalau artis-artis Hollywood tu ok jugak rasanya. Hahaha. Tapi tu la, memang takde gua berangan nak usha artis.

SokerLeaks: Tak beragak pulak lu punya jawapan, takpe, gua doakan yang bagus-bagus untuk lu. Sape artis wanita paling diminati dalam negara?
Khairul Fahmi: Kalau pelakon tu gua minat gila babi dengan Fauziah Nawi, dia ni bawak watak mak-mak memang kelas! Kalau bawak watak sedih-sedih pulak confirm berhantu. Gua respek gila dengan dia. Kalau penyanyi pulak gua pilih Dato' Siti sebab..ahh, sape tak tahu kehebatan dia? Takyah la gua explain lagi.

SokerLeaks: Sekarang lu pakai kereta apa?
Khairul Fahmi: Sekarang pakai kete Kancil je bro.

SokerLeaks: Itu sebelum nama lu naik, sekarang nama dah naik, gaji pun takyah tipu la kalau tak naik sama. Sekarang rezeki dah meletup ni takkan tokse tukar kereta?
Khairul Fahmi: Gua rasa tak lagi. Buat masa ni gua plan nak beli kereta untuk mak bapak gua dulu. InsyaAllah nanti-nanti kalau ada rezeki lebih gua tukar la kancil tu jadi bapak kancil.

SokerLeaks: Wow, sungguh mithali juga lu ni brader. Lu hisap rokok?
Khairul Fahmi: Dulu hisap jugak, tapi dah lama berenti. Iya la, nak jadi sportman kena elak benda-benda tu kalau nak karier bertahan lama.

SokerLeaks: Cewaaahh! Kemain lagi semangat. Rasa-rasa semangat macam ni boleh simpan lama tak? Ke hangat-hangat chicken shit je?
Khairul Fahmi: InsyaAllah gua jaga apa yang patut. Main bola ni periuk nasi gua sekarang sampai gua hujung karier, so benda-benda yang tak patut tu gua akan cuba elak.

SokerLeaks: Apa komen lu pasal fans Indon yang kata Malaysia malingshit apa semua tu?
Khairul Fahmi: Gua tak heran la benda tu. Kalau nak ikut masa kat Indo hari tu lagi teruk kena maki dengan orang-orang sana. Gua pun tak tahula nak cakap apa, pada gua kalau kita kalah, terimalah dengan hati terbuka. Tapi kalau nak kutuk-mengutuk jugak macam tu, terpulanglah.

SokerLeaks: Nak cerita pasal orang sana memang 3 hari punya surat khabar pun tak habis. So gua pun rasa lantak diorang lah. Yang penting kita dapat piala, ye dak?
Khairul Fahmi: Ye sangat la tu, itu yang paling penting.

SokerLeaks: Lu tahu tak lu ada peminat-peminat gay kat luar sana, so apa pesanan lu kepada diorang?
Khairul Fahmi: Terus terang gua cakap yang gua ni lurus, macam pembaris. Gua tak minat lelaki sama jenis. Tapi kalau dah suka tu tak boleh la gua nak larang.

SokerLeaks: Lu pernah pakai seluar dalam lebih 3 hari?
Khairul Fahmi: Tak pernah. Lebih 2 hari pun tak pernah. Sebab tiap-tiap hari gua tukar spenda 3 kali.

SokerLeaks: Wow! Gila babi betul?
Khairul Fahmi: Hahaha. Iya la, gua kan training bola, so kena la tukar 2-3 kali sehari. Logik la tu bro.

SokerLeaks: Make sense, tak terpikir pulak gua. Ok, apa pasukan luar negara yang lu sokong?
Khairul Fahmi: Gua peminat setia Bayern Munich. BPL gua tak layan sangat. La Liga pulak gua sokong Barcelona.

SokerLeaks: Real Madrid?
Khairul Fahmi: Tak berapa, sebab rival Barcelona.

SokerLeaks: Cis, gua fan Real derr, terasa gua. Takpe, so team BPL mana yang paling lu rasa cap ayam dan paling lemau macam beskot masuk angin?
Khairul Fahmi: Macam gua cakap tadi gua tak berapa layan BPL, tapi daripada apa yang gua tengok, gua pilih Liverpool sebagai team paling Ayam Brand. Jersi tu pun elok tukar daripada 'Standard Chartered' jadi 'Standard Ayam'. Kah kah kah! (kemain lama lagi KFCM gelak masa ni, gua tunggu je bila nak habis).

SokerLeaks: Ok dah letteww gelak. Gua nak tanya soalan lain pulak ni.
Khairul Fahmi: Hehehehe, tak tahan bro. Lawak, lawak.

SokerLeaks: Ok cukup. Lu pernah kentot masa game?
Khairul Fahmi: Ada.

SokerLeaks: Huraikan.
Khairul Fahmi: Iya la, time game rasa nerves tu memang tak boleh nak elak. Jadi kadar angin yang nak keluar tu pun mesti bertambah. So, kalau gua rasa nak kentot tu gua kentot je la. Bukan orang tau pon. Hahaha.

SokerLeaks: So game lepas ni kalau gua tengok lu sengih sorang-sorang kat pintu gol masa tak kena serang tu gua dah boleh agak yang mesti lu tengah kentot itu jam. Ok?
Khairul Fahmi: Takdok hal boh! (Takde hal la bro!)

SokerLeaks: Ok, soalan last daripada kami. Apa perancangan peribadi lu?
Khairul Fahmi: Plan nak tunang dengan cik jejari Runcing tapi kena tengok jadual kerja. Iya la, dia pun lagi setahun setengah nak habis belajar. Gua malas nak kacau stadi dia. Gua tunggu dia habis stadi dulu.

SokerLeaks: Jap, kemain setia dan yakin sekali gua tengok statement lu tu.
Khairul Fahmi: Bro, gadis ni la yang follow gua dari bawah. Masa gua main Piala Presiden dulu dia dah kenal gua. Masa gua tak tahu gua nak naik macam sekarang lagi dia dah sapot gua, apa nak lagi?

SokerLeaks: Ok kemas! Gua mewakili pihak SokerLeaks ucapkan tahniah lagi sekali atas kejayaan itu hari dan atas kecemerlangan lu jaga gawang gol negara kita. Pesanan daripada gua, kalau ada rezeki tu kahwin la cepat, ramai gadis tengah que kat luar sana tu. Kang tak pepasal jadi macam kes Mawi, haru derr!
Khairul Fahmi: Terima kasih bro. InsyaAllah benda yang baik tu akan ditunjukkan jalan daripada tuhan.


Pihak SokerLeaks sangat teruja dengan sikap jatuh ke bumi Khairul Fahmi. Kami doakan kejayaan anda dalam karier. Semoga dapat terus meneraju kejayaan Harimau Malaya hingga terubat sakit dan kepingin peminat bola sepak tanahair untuk kejayaan yang seterusnya. Teruskan progress anda, kami akan sentiasa menyokong!


Hidup Red Warriors!!!*tetibe je kn*. Sape yang kukenali lg di situ ya?ya, Indra Putra, Azizi Mat Ros, Akmal Rizal, Daud Su..2 je yg sy kenal setakat ni..hehe



p/s:mesti bangga gler die dowhhh sy buat kisahnye jd second entri...hua3..ehem2..

Saturday, January 1, 2011

Happy New Year 2011!!

Hari berganti hari, tahun berganti tahun, dan kini tibalah tahun 2011..yang aku xtahu masih adakah waktu untuk aku nikmati hari2 berikutnye sepanjang tahun baru ini. Dan aku??? sudah memasuki umur 21 tahun!!satu lingkungan umur yang bukan lg dipanggil "adolescent" tapi "adult" atau dalam istilah Melayu nye didefinisikan(btol ko BM aku nih) sebagai DEWASA!!! kalau kat negara omputih, usia 21 tahun dianggap sebagai satu simbol kebebasan terhadap seorang anak. Maksudnye di sini ialah... mereka dianggap tidak mempunyai sebarang pertalian dengan keluarga masing2 setelah usia mereka mencecah 21 tahun. Dalam erti kata yang lain, ibu bapa mereka tidak lagi bertanggungjawab ke atas mereka, dan begitu juga dengan mereka, tidak lagi mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa. Mereka bebas berpindah dari rumah mummy daddy dan hidup di atas kaki sendiri tanpa memikirkan bahawa mereka sebenarnya masih mempunyai keluarga. Tapi kalau anak itu seorang yang sayangkan parents nye, tiada masalah untuk mereka terus tinggal bersama. 21 hanyalah sebagai simbolik kebebasan.

Bagi diriku, umur 21 ni menunjukkan bahawa aku kini semakin tua. Iyelah, da boleh kawen da pun...hehe.. Aku kini sudah semakin matang *sebenarnye, blom lg.. tgh berusaha untuk jd semakin matang* . Banyak yang aku perlu pelajari untuk menjadi yang lebih baek berbanding tahun lps dan kne improve skills yang ptot ade pada seorang wanita. Contohnye skil memasak la..haha~ Itulah azam tahun baru aku.. nak yang lebih specific?? biarlah rahsia...haha

ok2.. ni aku nak tunjukkan serba sedikit la foto2 yang sempat dirakam sepanjang tahun 2010..saksikanlah..