Do good. Always.

Do good. Always.

Sunday, April 20, 2014

Posting @ Fertility Centre


Assalamualaikum.

Untuk semester terakhir ini, selain daripada FYP, final year students jugak dikehendaki memilih mana-mana subjek elektif yang ditawarkan. Aku memilih Fertility and Diagnostic Nursing Practice (DNP). Subjek ini adalah subjek yang baru diperkenalkan oleh kulliyyah. Pada mulanya, kami ber-7 perlu dibahagi kepada 2 kumpulan sama ada Fertility atau DNP. Atas kedegilan dan ketamakan masing-masing, kitorang bertekad nak ambil dua-dua. Dah lah subjek baru, pastu nak ambil dua-dua, boleh ke??? In shaa Allah, kita try eh. Hehe. Posting elektif yang sepatutnya adalah pada sepanjang short semester, tapi kitorang punya subjek untuk Fertility perlu dimulakan dengan lebih awal gara-gara short semester jatuh pada bulan puasa, dan Fertility Centre ditutup pada bulan berkenaan. Sebab tu lah, posting kitorang start dari minggu ke-3 lagi. Ikuti cerita postingku yang panjang berjela-jela. Haha!


Minggu 1.

Semangat aku bangun pepagi dan iron baju malam tadi sebab hari ni dah start posting kat Fertility Clinic Jalan Hospital Campus (JHC). Tapi, rupa-rupanya kami hanya pergi JHC tayang uniform je di kala posting period yang sebenar-benarnya belum tiba, sehingga menimbulkan tanda tanya students lain. Tunggu punya tunggu kat dalam clinic tu, patutlah takde orang, rupa-rupanya clinic dibuka sama ada di Indera Mahkota Campus (IMC) ATAU di JHC, bukan dua-dua.  Baru kami tahu staff clinic pun orang yang sama sahaja, patutlah salah satu je buka. Shortage of staff rupa-rupanya *ish, banyak betul ‘rupa-rupanya’ ni haha*. Jadi kami pun pulang begitu saja!


Keesokan harinya, kami dikerah ke Fertility Clinic (FC) JHC sebab petang semalam baru PA Dr call katanya clinic di JHC. Tidak disangka-sangka sekali lagi kami hanya menayangkan uniform di JHC kerana FC dibuka di IMC ye anak-anak. Haha. Sebab dah lewat, lecturer kami suruh kami balik bilik je sambung tidur. Hahaha. Hari Rabu esoknya pula baru betul-betul posting kat JHC. Dapat lah belajar satu perkara, iaitu SFA (Seminal Fluid Analysis) yakni procedure yang menghuraikan characteristics sperm si suami sama ada normal atau pun tidak, merangkumi kualiti, kuantiti, kelajuan ‘mereka’ untuk berenang, pH dan bentuk sperm. Oh, bau semen si suami sangat meloyakan ye, nak termuntah aku kat situ, dah lah takde mask pun. Kak Ti (psychology officer) cakap, sebab kitorang tak kahwin lagi kot, so tak biasa. Hahaha. Lagi satu yang menarik perhatian, semen si suami yang merokok adalah lebih likat dan lebih berbau busuk. Dan, perokok mempunyai peluang yang cerah untuk menjadi seorang yang infertile ye, semen ada tapi sperm sekor pun takde. Haish, engkau yang mandul sebenarnya, nak salahkan isteri tak boleh mengandung pulak.

IIUMFC IMC.

Pandangan dari atas kerusi urut haha.

Nampat tak kerusi urut kat belakang tu?


Minggu 2.

Minggu ni lebih teratur sikit lah, dan kami menjadi lebih produktif. Mana tak nya, patut seminggu kerja 2 hari je, kami rela kerja 3 hari. Faridah lagi lah, hari Ahad kena pergi tengok IVF (In Vitro Fertilization), sebab hari tu dia volunteer nak tengok OPU (Ovum Pick Up), iaitu keluarkan ovum dari si isteri dan fertilize dengan sperm dekat luar, then hari Ahad tu kena masukkan balik dalam uterus si isteri. Jika implantation berlaku dengan jayanya, mengandunglah si isteri, bersyukurlah si suami. Hihi.

Nampak tak 3 tong warna putih tu? Itu tong untuk buang lebihan sperm
dan ovum.
Tempat nak 'proses' sperm.


Minggu 3.

Akhirnya minggu ni aku dapat jugak kerja hari Isnin kat FC kat IMC. Hari Isnin dikatakan hari yang paling sibuk. Fuhh, memang sibuk gak la, patients ramai tak putus-putus datang. Aku yang jaga registration kat kaunter je pun, jadi pening dibuatnya. Budak baru belajar kan. Staff UIA pulak memang baik, faham je kitorang ni baru lagi, takde pun nak marah-marah. Bila kitorang buat silap, tak marah pun, siap backup lagi, cakap, "Takpe, takpe baru lagi". Tu yang syok bila posting kat UIA ni. Bila telefon bunyi, aku tolak kat engkau, engkau tolak kat aku. Semua tak nak angkat haha tapi diorang tak marah, terus suruh hulur kat diorang, even masa tu tengah consult dengan patient. Teruk betul kan students macam kitorang ni, tak membantu.

Minggu ni jugak paling banyak aku kena ambil darah patients. Cuak jugak bila tak dapat kan, tapi seriously patients kat Fertility Centre ni pun sempoi je. Bila tahu aku student, takde pun nak refuse tak nak bagi aku ambil. Bila aku ambil darah dia tak dapat, takde pun nak marah-marah or complain. Siap cakap, "Takpe, belajar kan, takkan nak terus dapat". Haaa, engkau... daripada rasa nak down sebab tak dapat darah yang diingini *hihi*, terus aku berkobar-kobar nak lagi nak lagi darah, macam dracula tak makan sebulan. Haha. Ada satu patient ni, staffnurse. Alamak, kena ambil darah lah pulak. Aku dah cuak dah kalau staff dari medical field ni.. kot-kot nervous sangat, aku buat silap, then, kena 'tembak' dengan macam-macam peluru ha. Sekali memang aku kena lah kan. Faridah dengan Ainsya lagi lah tak nak. Aku dah baca segala ayat dah masa nak cucuk tu. Biarlah dapat, biarlah dapat. Alhamdulillah, berjaya! Staffnurse tu pun rileks je, siap pesan lagi lepas tu, "Takpe, biarlah kita tak terer sangat pun, yang penting kena tunjuk yang kita confident, barulah patient yakin". Haippp, baik! Terima kasih puan atas nasihat :)


Bilik ambil darah, dan TVS.


Minggu 4.

Aku sampai Kuantan dari Kelantan dalam pukul 5.30 pagi. Sampai je bilik terus mandi, iron baju uniform, solat. Ingat nak tidur sekejap, tapi apakan daya, alarm bunyi dulu sebelum aku sempat terlelap. Stress gila, dah lah dalam bus pun tak boleh tidur. Pakcik (walaupun beliau tak tua pun, muda lagi) depan aku, kok ye pun nak tidur turunkan kerusi, agak-agak la. Serendah-rendah yang boleh dia turunkan, sampai tersepit kaki aku. Pastu, bukan nak tanya aku okay ke tak, lagi lah panaasss hati aku ni. Masa aku nak turun pun, dia boleh buat tak reti je even masa tu dia dah sedar, sampailah aku cakap, "Encik, boleh tak angkat sikit kerusi ni, saya nak keluar", barulah reti. Haish. Okay, back to the topic, nak cerita pasal posting tetiba cerita pasal pakcik dalam bas pulak hehe. Hari pertama untuk minggu ni, takde patients langsung. Aku online je dalam FC tu, nasib baik bawak laptop, bosan gila kottt. Kekecewaanku tak dapat buat sebarang procedure terubat gara-gara ada jamuan makan pizza lepas posting hari ni. Hari kedua, Kak Ti, psychology officer tunjuk video pasal fertility treatments punya procedures, lepas tu Kak Ti minta kitorang tolong masukkan data patients dalam SPSS. Apa lagi, ibarat mengantuk disorongkan bantal, kami menggangguk laju tanda setuju. Akhirnya ada jugak kerja yang nak dibuat. Haha. Bosan kan minggu ni. Hehe.



Minggu 5 & 6.

Cuti mid-semester. Yuhooo!!!!!!!!



Minggu 7.

Doktor baru balik umrah, dan doktor jugak nak pergi conference kat Kanada, so even hari Isnin yang kebiasaannya ramai patients pun, jadi takde patients. Ada patient datang pun sebab nak buat SFA je.  Jumlah normal sperm yang perlu ada dalam seorang lelaki ialah perlu lebih dari 20 juta, barulah peluang lebih cerah untuk kejayaan sperm itu bergabung dengan ovum dan meletup. Haha. 


Aku pergi posting habiskan masa atas kerusi urut je. Kerusi urut kat FC best, sampai sakit pinggang aku sebab lama sangat berurut hahaha. Aku kira Kak Ti pun bosan kot, dia gunakan kitorang bertiga sebagai subjek untuk test teknik hypnosis (kawalan minda separa sedar) yang dipelajarinya.


Bila Isnin takde patients. Aku dah kelihatan seperti Shrek
selepas kenyang diberi makan haha.



Minggu 8.

2 hari kerja minggu ni memang masukkan data patients dalam sistem je. Pastu menyembang sambil sapu hingus. Aduyai, lama pulak aku selesema kali ni, ada tu satu hari aku tak larat sangat aku tidur dalam FC tu haha. Nasib baik memang takde kerja. Kalau rajin, aku bukak lah sistem tengok info pasal patients. Paling aku suka tengok personal info dan history. Kalau tengok kerja dengan pendapatan, wooo memang hebat lah. Tapi bila baca history diorang dah 6, 7 tahun kahwin tapi takde rezeki memiliki anak sendiri, rasa sedih pulak. Lagi sedih bila tahu saudara aku pun patients kat situ :'(


Meneliti personal info patients.


Minggu 9.

Minggu ni minggu terakhir kitorang posting kat IIUMFC. Minggu terakhir ni jugak lah baru rasa Miss yang kitorang geruni sebenarnya baik jugak ek?haha. Dan Alhamdulillah minggu ni ambil darah patient berjaya semuanya. Haha, dan hari ni jugak aku berpeluang sembang dengan Dr yang super soft-spoken orangnya. Dia tanya aku pasal FYP, aku cakap final presentation FYP akhir bulan 5 dan dia terkejut dan dia marah aku sebab aku tak start pun analyze data lagi. Dia risau takut tak sempat, sampai aku pun rasa eh betul ke dah terlambat untuk aku ni. Haha, tapi dia marah pun boleh senyum. Alahai, doktor...doktor...


Dari kiri: Faridah, aku, Miss Azantee, Kak Bee, Kak Yati dan Kak Ti.




Assignment untuk subjek elektif ni ialah kami perlu mengadakan satu sidang forum berkaitan dengan isu kesuburan. Itu nanti lah cerita. Huhu. Bye!





Terima kasih daun keladi ditujukan khas kepada Assoc. Prof. Dr. Roszaman, Kak Siti, Kak Ina, Kak Yati, Kak Bee, Miss Azantee dan juga patients kerana telah memberikan kami peluang merasai pengalaman menjadi salah seorang staf di pusat kesuburan. Super best power! Haha.

Saturday, April 12, 2014

Today is Monday!


Nope, today is Saturday. (fact)


Assalamualaikum.

Perlu bangun awal dan pulang lewat petang membuatkan terasa seperti hari Isnin yang tipikal. Dah lama pun tak rasa macam ni sebab dah takde jadual ketat macam semester-semester lepas dah. So, agak mengantuk bila terlalu lama berada dalam kelas. Oh, talk Sure Hired oleh Che E tadi sangat menarik, tapi tak terdaya aku mahu menidakkan nafsu mulut sendiri daripada menguap dua kali seminit. Dah lah tak dibenarkan menyalin tips menghadiri temuduga, lagi lah galak syaiton bergayut kat bulu mata aku ni. Haha.


Lama menunggu, aku dah start cari POU dah.



Sedang aku khusyuk menaip isi-isi kat atas tadi, terlihat oleh ekor mataku kelibat sesuatu laju bergerak di luar tingkap bilikku. Haaa, misteri bukan? Dengan semangat ingin tahu yang tinggi, aku tertinjau-tinjau ke luar cermin tingkap yang tertutup kemas. 
Tiba-tiba............................................................................................................
...................................................................................................
........................................................................
.............................................
...........................
...........
...
.

Mak aiiii... terkejut beruk aku dibuatnya. Nasib baik memang beruk. Boleh dia menyorok kat tepi, pastu bila nampak aku tertinjau-tinjau dia datang menerpa dengan gaya ala-ala sergah. Pandai dia ni buat lawak kan, saja nak bagi aku terkejut. Dahlah rambut punk, pandai pulak dia buat rambut macam tu. Berlagak rock ler tuuuu........

Aku rasa dia ni remaja lah, sebab tu minat aku :p hahaha

Sedih aku tak layan, siap 'nganjing' lagi tak boleh masuk
bilik. Aku berani lah sebab dah tutup tingkap. Haha.



Okay bye, nak mandi. Tadi dalam kelas peluh-peluh sebab takde aircond. Uuuu... sampai hati buat kitorang kepanasan seharian :'(

Satu kebaikan yang diingati...


Assalamualaikum.

Aku tak boleh tidur malam ni gara-gara aku tidur dari pagi saaaampai petang hari ni. Post office call berbelas kali dari pagi pun aku ignore je gara-gara tak mampu nak bukak mata pun. Adoyai, esok dah la kena bangun awal sebab ada talk dan kelas, tapi macam mana nak kasi lelap niii... Semalam aku call Liza sebab birthday dia, bergayut lebih 2 jam cerita pasal macam-macam, throwback kejadian-kejadian yang berlaku masa kat sekolah dulu bagai sampai tergendala kerja pejabat yang perlu dia siapkan. Kawan yang paling suka melayan aku yang banyak cakap ni, even dia busy gila pun, kalau aku cerita, mesti dia layan dengan bersungguh-sungguh even kadang-kadang buat aku naik angin sebab tengah-tengah serious, dia boleh buat lawak. Hehe. 


Tiba-tiba masuk topik sape kawan sekolah lama kitorang yang dah kahwin. Fikir punya fikir keluarlah satu demi satu nama. Last-last keluar nama si P ni. Dia tak kahwin lagi dan dulu dia sangat jahat sebab satu geng dengan budak yang suka buli aku. Walaupun dia budak kelas lain, tapi asal waktu prep je terpacak muka dia dalam kelas aku. Tapi aku cakap kat Liza, sejahat-jahat dia pun, dia pernah buat satu kebaikan kat aku yang aku ingat sampai bila-bila. 


Satu pagi, masa aku masuk kelas, aku tengok ada orang tukar kerusi aku. Diorang letak kerusi kotor dan rosak kat meja aku, pastu sorok kerusi lebih dalam kelas, dengan harapan aku tak dapat tukar kerusi lain. Saja nak tengok respon aku, aku tahu.. tapi aku buat tak kisah, control muka nak marah dan terus duduk. Sebab kelas mula lambat lagi, tiba-tiba P muncul dalam kelas aku, nak buat kecoh lah tu, tapi tak jadi lepas dia tengok kerusi aku yang buruk tu. Dia pergi ambil kerusi lain yang elok, then minta aku tukar, tapi aku marah-marah kat dia, sebab selalu pun dia memang suka kacau aku dan kawan-kawan. Tanpa putus asa, dia tarik-tarik kerusi yang aku tengah duduk tu, macam paksa dan akhirnya aku terpaksa mengalah. Kawan-kawan dia marah dia sebab buat macam tu, tapi bagi aku, satu kebaikan dah dia buat kat aku, yang memang aku akan ingat sampai bila-bila. Dan, memang satu kebaikan tu je lah yang dia buat, sebab lepas-lepas tu, sama je perangai kalau dah satu geng macam tu. 


Itulah salah satu contoh satu kebaikan yang boleh buat orang ingat sampai bila-bila. Satu kebaikan pun kita buat, dah boleh buat orang ingat kita. Ni kan pulak kalau banyak kebaikan yang kita buat. Tapi, dalam kes yang lain pulak, kalau orang buat keburukan kat kita pun, kita ingat jugak. Memang ada kata-kata yang berbunyi, "Ingat kebaikan orang buat kat kita, lupa keburukan orang buat kat kita". Dah kalau orang buat jahat, kalau aku lah, paling mulia perbuatan yang aku balas adalah dengan memaafkan, tapi nak lupa memang tak lah. Jadi, jangan sesekali kita buat jahat. Jangan memfitnah, jangan buka aib orang, jangan putarbelit cerita boleh tak? Aku kan, kalau engkau buat macam ni, aku takkan maafkan pun orang macam engkau ni. Nak mengaku kawan pun, aku dah gagap awal-awal.


Last but not least, aku pun banyak buat salah jugak, tapi rasanya takde lah tergolong dalam kalangan yang aku mention kat atas tu. Minta dijauhkan.





Selamat malam. Eh malam ke pagi???Hehe.

Monday, April 7, 2014

Annual Graduation Dinner!


Assalamualaikum.

Tiba-tiba otak aku blank, tak tahu nak mula tulis macam mana pasal event yang dah lama dinantikan ni. Terharu lebih kot sebab diraikan sekian rupa, event yang super awesome diatur oleh adik-adik junior second year, di mana beberapa hari sebelum tu, aku lihat muka sorang-sorang memang jelas terserlah kepenatannya. Lalu bilik diorang malam-malam pun tengok sibuk je, balut hamper lah, buat poster lah, susun goodies bag lah... (oh, bilik kitorang terletak di floor yang sama). Bila ditanya, katanya "Dah 4 malam tidur lambat kak, buat preparation AGD ni. Tengok ni... eyebag...". Mak aiii, lagi terharu rasa...


Tema yang dipilih tahun ni adalah "Modern Classic", so puaslah aku dengan umi cari baju yang agak klasik tapi tak jumpa pun. Yang aku jumpa, baju kurung moden warna kuning lawa gilaaaaa, jiwaku meronta "nak nakkkk" tapi otak cakap "jangan, terpesong dah kau..." haha. Balik rumah, aku cari baju dalam almari nak pakai masa dalam majlis tunang, terjumpa pulak baju umi aku yang dia pakai masa hari abang chik aku konvo. Kain nampak macam klasik dah sebab batik lukis, terus minta permission umi nak pakai masa AGD. Haha, free. Padahal kalau senior punya AGD dulu beriya cari baju kena tema tapi AGD batch sendiri tak beli pape pun. Jimat. Tapi still keluar hari-hari sebelum hari kejadian tiba sebab teman budak-budak ni pulak cari baju. Sebab diorang keluar cari baju lah, aku boleh terjebak beli wedges. Tak pernah-pernah dalam hayat aku 24 tahun pakai wedges, tapi pakai jugak malam tu haha gedik. Nasib baik tak jatuh sepanjang event berlangsung tapi nasib baik ku tak begitu panjang tempoh hayatnya, kerna akhirnya aku kecundang jatuh terjelepok di atas rumput parking lot. Hahahahahahaha sengal gila, sakit perut aku gelak. Sampai bilik, terus demam. Aku tahu dah sebab dia apa, mesti sebab kena infection masa jatuh atas rumput tadi tu. Haha.

Yeay, dah sampai!



Macam jakun je budak bertiga ni haha. Hibiscus Hall.



Alkisahnya. masa register kat luar dewan awal-awal tu, telah ditetapkan oleh pihak committee meja masing-masing. Tengok nama aku, alamak, tak sama pulak dengan geng sendiri, tapi sebab patuh terlebih punya pasal, aku duduk jugak lah kat meja berkenaan tapi tak lama sebab lepas sesi fotografi, aku terus tukar ke meja yang diingini kerana ada kekosongan. Hehe. 


Haaa dah penuh. Tengok lah belah mana yang paling penuh makanan. Hihi

Sedap gila makanan yang disediakan. Dari Western sampai rojak semua ada.



Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada:

1. Tenaga kerja a.k.a pihak komiti junior second year yang bersusah-payah dalam menjayakan event ini.



Bujang lapok.






2. IIUM Rector, lecturers and KoN staff.











3. Audiences (juniors)














4. Performers. Yang terima cabaran lucky draw pun performers jugak lah kan...

Deklamasi sajak oleh Sr. Najmin, clinical instructor.

Year 3 performance.

Year 2 performance.

Mentor saya, Sr. Hanida. Challenge: tongue twist.

Sr. Wan. Challenge: tiup belon sampai pecah. Kelakar gila.

Bro Kamil. Challenge: chicken dance.



5. Mestilah to my batchmates, The Septimus! Haha, gambar sisters sahaja okay. No kumbang-kumbang.

Our beloved mentor.

Bestfriends.

Bestfriends. Baru cukup korum.


3 beautiful girls.









Eh, terlepas pulak kumbang sekor. Hehe.












Me and 24 adorable girls of Septimus. Lagi 11 tak sempat nak tangkap. Haha.




Aku kan ambil makanan banyak gila akibat mengikut nafsu semata-mata, padahal yang habis hanyalah spageti dan kek coklat. Pastu dah tersandar kat kerusi tengok performances sebab kenyaaang. Ingat nak sambung makan balik lepas bergambar sakan, sekali tengok meja dah licin. Swiss Garden punya orang dah angkut itu punya makanan lah. Adoiii... Dahaga punya pasal sanggup berhenti kat 7 Eleven beli air. Haha.






Keesokan paginya.... yeay! Ada workshop pulak, present pasal nursing model untuk di implement kat UIA punya hospital nanti. Malasnya nak bangun, tapi digagahkan jugak.



Suka sangat bila pakai baju batch ni.



Last but not least, Happy Graduation Day to me and my batchmates. Walaupun aku tak dapat kad yang orang wish tu dan goodie bag (sedih okay), tapi aku puas hati lah dengan event ni.


Badge belas ihsan Jirjas Singh.


p/s: Sorry tak banyak caption dan gambar agak tak tersusun. Tak boleh nak menulis panjang-panjang akibat kedemaman, hingus pun meleleh je. Haha.





Credit photos: Kak Madihah, Kak Mufi, Kak Husni, Hariza, Jirjas Singh, Aishah, aku, dan FB Ahmadi. Thank you.