Do good. Always.

Do good. Always.

Monday, April 7, 2014

Annual Graduation Dinner!


Assalamualaikum.

Tiba-tiba otak aku blank, tak tahu nak mula tulis macam mana pasal event yang dah lama dinantikan ni. Terharu lebih kot sebab diraikan sekian rupa, event yang super awesome diatur oleh adik-adik junior second year, di mana beberapa hari sebelum tu, aku lihat muka sorang-sorang memang jelas terserlah kepenatannya. Lalu bilik diorang malam-malam pun tengok sibuk je, balut hamper lah, buat poster lah, susun goodies bag lah... (oh, bilik kitorang terletak di floor yang sama). Bila ditanya, katanya "Dah 4 malam tidur lambat kak, buat preparation AGD ni. Tengok ni... eyebag...". Mak aiii, lagi terharu rasa...


Tema yang dipilih tahun ni adalah "Modern Classic", so puaslah aku dengan umi cari baju yang agak klasik tapi tak jumpa pun. Yang aku jumpa, baju kurung moden warna kuning lawa gilaaaaa, jiwaku meronta "nak nakkkk" tapi otak cakap "jangan, terpesong dah kau..." haha. Balik rumah, aku cari baju dalam almari nak pakai masa dalam majlis tunang, terjumpa pulak baju umi aku yang dia pakai masa hari abang chik aku konvo. Kain nampak macam klasik dah sebab batik lukis, terus minta permission umi nak pakai masa AGD. Haha, free. Padahal kalau senior punya AGD dulu beriya cari baju kena tema tapi AGD batch sendiri tak beli pape pun. Jimat. Tapi still keluar hari-hari sebelum hari kejadian tiba sebab teman budak-budak ni pulak cari baju. Sebab diorang keluar cari baju lah, aku boleh terjebak beli wedges. Tak pernah-pernah dalam hayat aku 24 tahun pakai wedges, tapi pakai jugak malam tu haha gedik. Nasib baik tak jatuh sepanjang event berlangsung tapi nasib baik ku tak begitu panjang tempoh hayatnya, kerna akhirnya aku kecundang jatuh terjelepok di atas rumput parking lot. Hahahahahahaha sengal gila, sakit perut aku gelak. Sampai bilik, terus demam. Aku tahu dah sebab dia apa, mesti sebab kena infection masa jatuh atas rumput tadi tu. Haha.

Yeay, dah sampai!



Macam jakun je budak bertiga ni haha. Hibiscus Hall.



Alkisahnya. masa register kat luar dewan awal-awal tu, telah ditetapkan oleh pihak committee meja masing-masing. Tengok nama aku, alamak, tak sama pulak dengan geng sendiri, tapi sebab patuh terlebih punya pasal, aku duduk jugak lah kat meja berkenaan tapi tak lama sebab lepas sesi fotografi, aku terus tukar ke meja yang diingini kerana ada kekosongan. Hehe. 


Haaa dah penuh. Tengok lah belah mana yang paling penuh makanan. Hihi

Sedap gila makanan yang disediakan. Dari Western sampai rojak semua ada.



Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada:

1. Tenaga kerja a.k.a pihak komiti junior second year yang bersusah-payah dalam menjayakan event ini.



Bujang lapok.






2. IIUM Rector, lecturers and KoN staff.











3. Audiences (juniors)














4. Performers. Yang terima cabaran lucky draw pun performers jugak lah kan...

Deklamasi sajak oleh Sr. Najmin, clinical instructor.

Year 3 performance.

Year 2 performance.

Mentor saya, Sr. Hanida. Challenge: tongue twist.

Sr. Wan. Challenge: tiup belon sampai pecah. Kelakar gila.

Bro Kamil. Challenge: chicken dance.



5. Mestilah to my batchmates, The Septimus! Haha, gambar sisters sahaja okay. No kumbang-kumbang.

Our beloved mentor.

Bestfriends.

Bestfriends. Baru cukup korum.


3 beautiful girls.









Eh, terlepas pulak kumbang sekor. Hehe.












Me and 24 adorable girls of Septimus. Lagi 11 tak sempat nak tangkap. Haha.




Aku kan ambil makanan banyak gila akibat mengikut nafsu semata-mata, padahal yang habis hanyalah spageti dan kek coklat. Pastu dah tersandar kat kerusi tengok performances sebab kenyaaang. Ingat nak sambung makan balik lepas bergambar sakan, sekali tengok meja dah licin. Swiss Garden punya orang dah angkut itu punya makanan lah. Adoiii... Dahaga punya pasal sanggup berhenti kat 7 Eleven beli air. Haha.






Keesokan paginya.... yeay! Ada workshop pulak, present pasal nursing model untuk di implement kat UIA punya hospital nanti. Malasnya nak bangun, tapi digagahkan jugak.



Suka sangat bila pakai baju batch ni.



Last but not least, Happy Graduation Day to me and my batchmates. Walaupun aku tak dapat kad yang orang wish tu dan goodie bag (sedih okay), tapi aku puas hati lah dengan event ni.


Badge belas ihsan Jirjas Singh.


p/s: Sorry tak banyak caption dan gambar agak tak tersusun. Tak boleh nak menulis panjang-panjang akibat kedemaman, hingus pun meleleh je. Haha.





Credit photos: Kak Madihah, Kak Mufi, Kak Husni, Hariza, Jirjas Singh, Aishah, aku, dan FB Ahmadi. Thank you.

No comments:

Post a Comment