Do good. Always.

Do good. Always.

Saturday, July 19, 2014

Tak tahu nak letak tajuk apa


Assalamualaikum.

Sudah hampir 2 bulan aku tidak menulis sebarang entri di sini. Kemalasan yang nyata merupakan faktor utama di samping kesibukanku sebagai seorang suri rumah membataskan penulisanku di sini. Lagi pula, tiada sebarang cerita menarik mahu aku kongsikan di sini. Eh, ada juga tapi tak banyak. Haha.


Pada malam 6 Jun 2014, abang ketiga aku selamat melafazkan akad nikah sekaligus sah menjadi suami kepada kakak iparku yang berasal dari Baling, Kedah. Sama seperti abang kedua ku, mereka berdua belajar dalam satu kos di UPSI. Aku pula tidak pernah terfikir untuk mengikuti langkah kedua-duanya untuk bercinta dengan coursemate sendiri, macam pelik haha. Keesokan harinya, majlis kesyukuran diadakan di rumah pengantin perempuan di mana rumahnya terletak betul-betul ditepi gunung. Aku dah siap bayangkan dah macam mana kalau gunung tu runtuh ke... aiyakkk~~~

Mungkin ada yang pernah metonton video malu-malu mereka yang menjadi
viral di Facebook. Abang chik sangat tidak menyenangi video tersebut
diupload oleh rakannya.

Gunung tepi rumah.

Bersama umi dan ayah.

Ramai juga rakan mereka yang hadir. Ni antaranya.



Sekarang kedua-duanya selamat ditempatkan di Kudat, Sabah sebagai guru Pengajian Am di SMK Sikuati 1 & 2. Nasib baik dapat dekat. Huhu. Majlis belah lelaki dijangka pada raya keempat ni, Sesiapa berkelapangan nak jumpa aku, jemput datang. Haha.


Cerita seterusnya hmm... oh ya pada 14 Jun 2014, aku telah menerima kehadiran cahaya mata gegirl yang ke empat yang diberi nama T. Insyirah Husna (Una) dengan berat 3.2kg. Erk, cahaya mata disini bermaksud anak buah ye. Haha. Walau bagaimanapun, Una merupakan anak Pahang kerana kakak ipar dah terberanak awal di Hospital Kuantan (HTAA). Sepatutnya nak balik bersalin kat Kelantan, kain baju baby semua dah bawak balik, aku juga yang jadi mangsa berjalan dari hospital ke KP semata-mata nak beli baju dan keperluan Una. Malam tu pulak Pahang lawan Kelantan kat stadium. Dah kebetulan macam Una (Pahang) lawan Uwa, kakaknya (Kelantan). Haha.

Gegirl lagi...bila nak dapat boboy ni??Hehe.



Pastu, pastu erm takde dah kot aku duduk rumah kemas rumah je lah pastu jahit langsir rumah. Haha, kelakar gila jahit langsir, ada je yang terlebih kain sana sini, pastu bebel sorang-sorang sebab nak kena betulkan balik. Tak boleh jadi tukang jahit professional lah macam ni.






Oh, lepas tu aku kena datang awal untuk posting sebab ada ALUMNI Gathering hari Jumaat tu. Pagi-pagi lepas sahur dan subuh, aku dah gerak ke rumah Ainsya dulu. Sampai Kuantan dah tengahari tak sempat nak tidur pastu kena pergi ALUMNI pukul 2.45 petang. Nasib baik iftar lepas tu sedap gila makanan dia. Banyak pulak tu. Eeee apasal lah perut aku kecik sangat tak muat nak sumbat makanan banyak-banyak.

Sisters... i'll miss you all :'(

Makanan diooo... lauk pauk dah habis dah letak dalam pinggan masing2.





Sabtu lepas, harijadi aku, malam tu tak sangka pulak budak-budak ni buat surprise pulak untuk aku dan Ainsya. Dah tua-tua pun nak celebrate haha. Konon ajak aku pergi Tabari sebab ada junior nak beli tiket, padahal ada kek kat pondok tepi parking kereta haha.

Kanak-kanak sangat rupanya budak berdua ni haha

Jangan ikut ye cik-cik misi makan makanan tak berkhasiat ni.


Nak minum air tapi takde ais macam tak best pulak. Terus Aishah dan Faridah pecut pergi 7-E cari ais. Terharu... thanks korang celebrate birthday budak berdua umur 24 tahun ni. Doakan yang baik-baik untuk saya ya. Doakan cepat-cepat dapat kerja even tak bersedia lagi pun. Saya nak jadi surirumah... hahaha. Okay, berangan!


Ok lah, nak berbuka dah ni. Selamat berbuka dan Selamat Hari Raya Aidilfitri! (Amboi, nampak sangat malas nak update entri dah lepas ni haha)





Pray4GAZA# Pray4MH17#