Do good. Always.

Do good. Always.

Friday, June 28, 2013

1. Perkampungan Budaya Sarawak


Assalamualaikum.


Kali ni, saya nak cerita tentang salah satu destinasi yang kami lawati di Sarawak tempoh hari. Izinkan saya berpantun 2 kerat. Okay dah kenapa mintak izin , ini memang blog saya pun :p hahaha~


Saya budak baik kan kan kan?,
Perkampungan Budaya lah yang saya maksudkan.


Pantun apakah itu, Munie? Ah, biarlah, ada saya kisah. Muahahaha~ Okay, back to the topic. Selepas selesai kami ber-12 bersarapan (ada yang bersarapan maggi segera, bubur segera, roti, chipsmore pun ada), van kami yang setia berkhidmat sepanjang kami di sana pun tiba tepat jam 8 pagi. Encik Ridzuan, tourist guide kami sangat punctual okay, kalau rasa macam akan lambat sikit, nanti dia akan call bagitahu lambat 10 minit ke, 20 minit ke. Bagus bagus bagus! I like... oh dia dah kahwin ye? Haha~ Walaupun rupamu macam gangster dan memang layak lah kalau Syamsul Yusof nak ambil jadi pelakon KL Gangster 3, 4, 5 dan seterusnya, tapi dalam hatimu, ada taman. Muahaha~ Lol, bila nak start cerita ni? Dah melalut sampai ke laut dah ni... 


Okay, okay.. start balik. Kami sampai di Perkampungan Budaya ni dalam 9. 30 pagi jugak lah sebab ada persinggahan di atas jambatan (nanti next entri lah). Oh ya! Nak masuk sini boleh guna kad pelajar/ kad siswa yang kerajaan bagi tu sebab tempat ni memang tanggungjawab kerajaan negeri, yakni kerajaan Malaysia lah. Harga bagi pelajar hanya RM 15.  Kalau penduduk tempatan (Sarawakian) seorang RM 25 manakala pelancong luar dicaj RM 60. Jadi, berbaloi-baloi kami dengan tidak sengaja bawa kad pelajar masa ni. Banyak sangat save bajet kat situ. Dua orang lupa bawa kad pelajar, yakni bukan salah mereka sebab memang saya tak remind pun, tapi 2 orang bagi kad pelajar masa kat matrik PJ dulu. Nasib baik abang yang kutip kad tu tak perasan, kalau tak masakkkkk... menipu! Berani kau menipu di negeri orang.... bukan menipu, ikhtiar namanya tu. Hehe~  


Ni gambar kat pintu gerbang. Tak nampak kan tulisan dia? Buat tulisan
warna putih, mana nampak lah. Tak sempat nak complaint kat pihak yang
berkenaan (padahal lupa)

Menaiki jambatan buluh. Hati- hati ya anak-anak.



Persinggahan pertama kami.

Mula-mula kami ambil gambar dari side kiri, tapi tak lawa, gelap. Pastu
pakcik ni yang cakap, dari side ni dik. Dah biasa lah tu bergambar dengan
pengunjung. Hehe.

Berlatar belakang kan rumah erkkk... rumah .... apa entah dah lupa. Hehe

'Koridor' belakang rumah Bidayuh. Sedia menuju ke
rumah Iban.

Persinggahan ke-2.

Ha, kat belakang tu ada persalinan yang orang Iban selalu pakai masa
menari yang macam ayam nak terbang tapi tak berjaya sebab energy
kurang. Ingat tak, ingat tak?


Konon je tolong bancuh tepung nak buat sarang tebuan tu, tapi lepas
bergambar, terus, " Terima kasih makcik" haha







Totally like this pic, eventhough without me. Haha.

Background rumah panjang Iban la tu.

Rumah Penan ni kecil je. Save bajet katanya :p


Ahaha. Asalnya ambil sumpit tu, nak buat konon- konon
tengah bagi khutbah, pastu Faridah dan Kak Miza
khusyuk dengar, tapi dah jadi lain pulak. Nampak diorang
tengah mintak ampun sebab masuk gua tanpa kebenaran,
setelah dimarahi bapak jin (saya).

Yang sumpit ni best. Bayar RM 1 boleh sumpit 3 kali sampai kena tin. Saya
bangga sebab kena tin tu kali ke-2 sumpit. Yahoooo!!!

Orang kaya biasa lah. buang tablet pc macam tu je, tapi
masih di tempat yang sepatutnya ye? hahahaha~

Persinggahan ke-4.


Orang Ulu cantik tau...

Diminta duduk bertenang sebelum mereka mempersembahkan tarian orang
Ulu.


Background cantik :)


Ada jual cenderamata macam rantai dan key chain yang sangat sangat
cantik, tapi mahal lah pulak.

Tinggi nak naik tangga runah orang Ulu ni.

Comel lah Faridah :))

Singgah sebentar di gerai beli air hilangkan dahaga.
Lega sangat!
Persinggahan ke-5

Praktis main bendalah ni.





Bikil kat rumah orang Melanau.

Rmah Melanau ni dahlah tinggi, pastu banyak tingkat pulak.
Tangga pulak menakutkan, tengoklah, buat dengan batang
pokok kelapa je.


Persinggahan ke-6.

Haha. Hariza nak jugak ambil gambalr dengan bendera
merah tu. Budak suka merah!





Dari loteng.


Persinggahan terakhir, ke- 7.



Secara keseluruhannya, kampung budaya ni ada 7 buah jenis rumah beserta tradisi yang mereka amalkan turun-temurun. Lepas tu rumah Orang Ulu dan rumah Melanau siap ada bilik untuk disewa lagi. Kalau ambil pakej sekali dengan makan pagi sampai malam tapi agak mahal lah kan nak menginap kat sini. Kalau kaya dan tak sayang duit dan nak rasa dan hayati tinggal kat sini, silaaaakanlah~~


Pastu nanti pukul 11.30 pagi, loceng akan dibunyikan (dari semua rumah boleh dengar). Loceng ni menandakan persembahan tarian di dewan akan bermula dan semua pengunjung digalakkan hadir. Nasib baik masa tu kami dah kat rumah Cina, rumah terakhir. So, terus lah kami menggerakkan diri ke dewan tersebut. Ha, pasal waktu persembahan tu, tulis kat main entrance pukul 11 pagi dan 3 petang, tapi tak boleh percaya sangat lah. Nanti masa nak bayar fees kat entrance tu, boleh tanya kat abang kakak yang jaga situ, pukul berapa persembahan mula. Nanti boleh bajet masa kan? Tak pun, memang abang kakak kat situ akan bagitahu siap-siap selalunya. So, tak payah risau akan terlepas performances tu lah. Hehe. And, persembahan-persembahan tu sangatlah menarik! Rugi kalau tak tengok. Sayangnya, masa tu jugak lah bateri kamera nak kong kan kalau tak boleh rakam diorang buat persembahan tu. Nasib baik boleh cas guna powerbank Hariza sepanjang persembahan tu. Thanks Hariza :)

Ada saya- GELAP

Tanpa saya- eh, apasal cantik pulak?? Apakah makna semua ini???

Dalam perjalanan menuju dewan.


Lampu periuk kera dalam dewan. Cantik sangat!

Sempat ambil gambar ni je.


Berakhirnya persembahan tarian, maka berakhirlah juga kunjungan kami ke Perkampungan Budaya Sarawak. Next??? Next entry lah! 


Clue:





p/s: Maaflah, gambar-gambar yang perkenalkan jenis rumah tu, mesti ada saya. Salah saya sebab lupa ambil gambar nama rumah dan rumahnya sahaja. Saya pun tak suka sangat tengok muka sendiri banyak kali sebenarnya. Tapi kena redha~ haha.




Okay, bye!

No comments:

Post a Comment