Do good. Always.

Do good. Always.

Wednesday, June 26, 2013

Our trip- Kuching, Sarawak Bumi Kenyalang!


Assalamualaikum.

Tiba-tiba aku rasa sedih lah pulak masa-masa camni mengenangkan kembali result semester lepas yang jatuh tu. Rasa macam aku satu-satunya manusia dalam kelas yang resultnya jatuh. Down sangat :'( Padahal okay je sebelum ni, takde lah nak sedih sangat. Rasa macam nak salahkan semua benda. Kenapa aku tak study? Kenapa aku asyik online je bila dapat wifi UIA, padahal dulu guna broadband, takde pun nak online selalu. Kenapa 'kau' muncul masa aku nak exam? 'Kau' buat aku tertekan bila satu keputusan yang penting aku perlu ambil demi kepentingan bersama. Ya, aku bukan seorang yang boleh lupakan sekejap masalah dan tumpukan pada yang lebih penting. Tumpu pun tumpu jugak, tapi kepala berlegar fikir benda lain jugak. Haish, kenapa macam ni?


Okay, baiklah, untuk menenangkan fikiran aku yang tengah down ni, walaupun tengah posting, aku nak post benda-benda yang happy lah, macam trip aku dengan rakan-rakan sekelas ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini. Tapi, bila aku tengok balik gambar-gambar sepanjang kami di sana yang di capture oleh beberapa buah kamera, aku rasa banyak sangat lah pulak. Jadi, aku decide untuk buat beberapa entri berdasarkan tempat-tempat yang kami lawati di sana sepanjang  4 hari (to be exact, 3 hari je). Entri aku pasti penuh dengan gambar sahaja, itupun aku decide untuk upload gambar daripada kamera sendiri sahaja *tak larat den nak nengok dari semua kamera*. Dan untuk entri kali ini, aku cerita overall perjalanan kami bermula dari Kuala Lumpur --> Kuching --> Kuala Lumpur. 


LCCT, Kuala Lumpur.



Kuching International Airport (KIA)- tiada gambar sebab abang ngah dah menunggu lama. Haha.


Masjid Bahagian Kuching.



Lunch or dinner? @ Tun Jugah Mall.



Tugu Kucing.



Waterfront Sarawak- ada cruise



Homestay kami di Matang Jaya :)



Gunung Santubong.



Perkampungan Budaya.



Pantai di Kaki Gunung Santubong (berhadapan Perkampungan Budaya)



Lunch @ food court Kaki Gunung Santubong.



Dewan Bandaraya Kuching Utara.



Muzium Kucing.



Masjid Jamek Kuching.



Kedai Kek Lapis Zaharah.



Waterfront Sarawak again.



Menaiki teksi air di Waterfront.



Dinner @ Kubah Ria.



Pusat Hidupan Liar (orang utan) Semenggoh.



Jong's Crocodiles Farm.



Lunch @ Suhardi Cafe.



Muzium Negeri.



Muzium Islam @Dewan Tun Abdul Razak.



Padang Merdeka.



Again, Tugu Kucing- kali ni dah cukup 12 orang.




Dewan Undangan Negeri (DUN)



Dinner @ My Village Barok.



KIA- heading back to KL.



LCCT- gambar ni je yang ada??? Haha~




Ini macam sinopsis lah, cerita sedikit sebanyak tentang tempat-tempat yang sempat kami lawati sepanjang berada kat sana. Kata abang ngah dan En. Wan (tourist guide) kami, memang tak cukup 3 hari kalau nak habiskan tour satu Kuching. Besar giler Kuching ni rupanya. Penat betul berjalan, sampai homestay malam-malam, semua senyap je tidur kepenatan. Lain kali kena datang lama sikit lah, seminggu ke kan? Sebab nak jugak rasa masuk gua macam Gua Pari dan Gua Angin kan? Hehe~





Terima kasih tak terhingga kepada Abang Ngah, Tuan Fakhrulhadi, tourist guide kami, En. Ridzuan, dan semua classmates saya yang sudi menyertai trip ini (Siti Nur Aishah Hashim, Nik Faridah Seman, Nur Syuhada Sjarifuddin, Siti Kasma Amira Abdullah, Shatirah Hanim Mohamad, Hariza Muhamad, Ummu Nasyihin Razali, Nurul Nadia Yahaya, Madihah Abdullah, Noor Hamiza Ramli, dan Nurul 'Atiqah Ahmad Khairundin)

No comments:

Post a Comment