Do good. Always.

Do good. Always.

Thursday, June 20, 2013

Memorial Batu Bersurat


Assalamualaikum.

Beberapa minggu yang lepas, semasa dalam perjalanan pulang ke Kelantan sempena cuti akhir semester, ayah membawa kami (umi, saya, adik, dan Faridah) berhenti sekejap di Memorial Batu Bersurat yang terletak di Kg Buluh, Kuala Berang, Terengganu. Penemuan batu bersurat inilah menjadi bukti agama Islam telah sampai di Terengganu lebih kurang 700 tahun yang lalu. Dalam setengah jam juga lah kami berada disini.




Batu bersurat ini asalnya ditulis dalam bahasa Jawi, tetapi pada replika batu bersurat tersebut telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Namun, kami masih sukar untuk memahami maksud setiap perkataan dan ayat. Serba-sedikit terjemahan oleh pak guard di sana yang sangat baik hati, membantu kami untuk memahami maksudnya. Tapi, saya tak faham juga sebab asyik ambil gambar je. Tak dengar pun sebenarnya. Haha.


Antara isi kandungan batu bersurat:











Ha, amacam? Faham ke?*menyesal tak dengar explanation abang tu*. Ok saya janji lain kali saya datang sini lagi, saya spend masa lama-lama dengar cerita pasal kandungan isi batu bersurat ni. Hehe. Sekian, bye!





Thanks to ayah, Tuan Sukri Tuan Sulaiman, Umi, Nik Asnawiah Che Mustapha, adik, and Faridah.

No comments:

Post a Comment