Assalamualaikum.
Selalunya, aku akan tulis tajuk entri lepas habis tulis isi-isinya, sebelum 'publish'. Tapi untuk kali ni memang tajuk lah aku tulis paling awal sebelum upload gambar lagi. Banyak perkara yang aku kesal dan kecewa mengenai event ni, sebelum dan semasa. Tetapi harus aku ingatkan diri agar tidak menceritakan nya, yakni kerana kat atas tu dah cakap dah, entri-entri dalam blog ni tidak mempunyai unsur-unsur negatif sedemikian.... Soooo, let's gelak! Hahahahaha~ Walaupun kami tidak disediakan meja, dan ditempatkan di meja committees (mungkin sebab datang lambat, tapi supposedly kalau nak penuhkan meja kami dengan yang datang awal, seharusnya kami dapat meja Year 1 lah kan? sebab sebelum2 ni meja disusun mengikut ke'senior'an. Ke macam mana? Takkan salah kira jumlah yang hadir kot) Ah tapi tak kisah lah, yang penting makanan sama, dan boleh makan banyak-banyak sebab kami memang 'reserve' perut untuk jadi sekosong-kosong yang boleh. Hehe~
Mujur jugak kawan-kawan baik ada bersama dan menghalang niat aku untuk membatalkan kehadiranku di sini. Kecuali Aishah, semua ada... Jijah, Ainsya, Faridah, dan Syu. Kami jugak sama-sama cari baju colour block petang hari tersebut, di mana pada malamnya event ini berlangsung. Memang dah tekad dah, ada je yang berkenan terus grab. Kalau tak, tak ber'AGD' lah engkau, Munie. Hahaha. Tapi okay lah kan, aku jumpa baju warna oren di mana bakal menjadi baju rayaku nanti (tema raya: oren). Haha, kesian kau Munie, baju sama je pakai. Tapi tak kisah lah, baju lip lap lip lap macam ni memang pakai sekali dua je dalam setahun, segan aku nak pakai saja-saja pergi kelas ke, jalan-jalan ke, bersiar-siar kat Teluk Cempedak ke... (eh?). Baju cotton, harga pun okay. Ahamdulillah, senang jumpa dengan bantuan teman-teman baik :)
Ok, that's our committees' meja and makanan. Nyum-nyummm! |
Mereka yang saya sayang :) |
With junior, Izyan. Ha, baru nampak baju dengan jelas :) |
Cukup kami 13 orang. |
Jijah yang gorgeous sangat malam tu :)) |
Sorry Faridah, pasal inner kamu yang jadikan muka kamu bulat :p Baju yang sangat cantik, dari Jordan tu... |
Suka bangat gambar baling belon nih. Hahaha~ |
Ada lah alkisah lucunya dengan inner tudung Faridah sekembalinya kami ke bilik. Lucu amat. Aku yang tengah menulis ni pun masih gelak-gelak je terkenang insiden tersebut. Hahahahahaha~ Guling-guling aku gelak masa nak tarik bukak inner dia. Dah macam cowboy yang main dengan lembu pulak, berbekalkan tenaga tangan yang dikatakan memang kuat ni, aku dengan sekuat hatinya tarik keluar inner tudung dia, nasib baik tak tercabut kepala je. Hahahahahaha. Macam okay, bukan samakan dengan lembu. Ketat giler okay, masa mula-mula dia cakap, kitorang tak percaya, paksa jugak dia pakai sampai lah habis AGD. Lepas insiden tu, lepas gelak aku dah reda sikit lah, haha, aku try sarung kat kepala, rasa macam pakai stokin kat kepala je. Sambung balik aku gelak guling-guling dengan Faridah. HAHAHAHAHAHAHAHAHA~~~
At least, ada lah benda yang mampu buat aku gelak dan mengubat kekecewaan.
p/s: Aku selalu perasan nak pakai selendang, walaupun aku tahu hakikat sebenar, memang muka aku tak sesuai pakai selendang *sigh*
Terima kasih daun keladi kepada Norazizah Jemaat, Nik Faridah Seman, Nur Ainsyafinaz Shamsuddin, Nur Syuhada Sjarifuddin, Kak Madihah Abdullah, Hariza Muhamad, Khalisah Dzulkifly, Nur Fathihah Jasmin, Kak Noor Hamiza Ramli, Kak Habibah Abd Aziz, Nurul 'Atiqah Ahmad Khairundin serta Kak Maziah Mat Abd Ghani sebab kehadiran anda menjadi sebab saya menghadirkan diri :)
No comments:
Post a Comment