Do good. Always.

Do good. Always.

Tuesday, December 17, 2013

Volunteerism


Assalamualaikum.

Sejujurnya, aku tak berapa nak update sangat pasal banjir kat Kuantan gara-gara berposting dan berjoli tak ingat dunia di KL. Yang aku tahu memang teruk ye, kawan-kawan yang berposting di Pekan pun kena balik sebab rumah homestay masuk air. Dahsyat. 


Daripada kami sampai ke UIA Kuantan, dari KL jumaat tu, aku terus hibernate saaaampai keesokan harinya. Haha. Bangun-bangun tidur, pening sebab tidur banyak sangat haha. Tengok handphone, Kak Husni mesej ajak jadi volunteer. Aku pun, jom ler kita. Hari tu hujan lebat gila. Aku ke kereta nak panaskan enjin. Alamak! Kereta tak hidup, call ayah katanya lama sangat tak hidupkan, memanglah. Kereta lama kan. Hihi. Call Nabilah, dia tolong aku tengah-tengah hujan tu, tukar bateri dengan kereta dia, macam jumper lah. Aishah Liyana pun datang jugak sebab dia je yang ada spanar. Haha banyak betul aku menyusahkan orang hari tu. Tengah-tengah hujan lebat pulak tu, payung pun macam basah je macam basah je. Hahaha.


Okay, tak nampak macam hujan pun even lebat nak....


Sabtu tu kitorang berempat dengan Kak Husni, Jijah dan Kasma ke OSC (One Stop Centre) dulu sebab nak hantar barang-barang baju makanan semua yang kitorang korek korek kat bilik tadi. Pastu bila tanya ada tempat kitorang boleh jadi volunteer ke. Jawapan dia...... BESOK.



LOKASI 1.

Keesokan harinya... Kami ke Sungai Isap setelah dibahagi-bahagi kawasan. Area ni antara yang paling teruk kena bah. Tergamam sekejap tengok kiri-kanan. Rumah yang kitorang berempat dan 2 orang brothers, Aizul dan Akmal ialah rumah Encik Fawzy, konsultan penilai harta. Aku pun tak tahu kerja beliau macam mana. Haha.



Sebelum. Bersih.







Memulakan operasi...






Haha. Ni interframe namanya bila nampak kamera.

Selepas. Erkkk... jantina pun bertukar jugak. Hehe.

Kesian anak ibu, baju dah kotor ye..


Berbincang rancangan seterusnya, even kitorang tak boleh join pun.

Sepeninggalan kami.


LOKASI 2. 

Selepas pulang sekejap untuk solat, kitorang ke Cenderawasih juga. Kali ini rumah yang bakal dibersihkan adalah rumah lecturer kitorang yang sekarang berada di UK, Sr. Lee yang  sambung PhD. Teruk juga rumahnya.





Tengok paras air banjir tinggi dia dekat sama dengan Hariza dah.


Dengan Dr. Miza (tengah)



LOKASI 3.

Seminggu kemudian, Ahad yang sama. Aku, Fatin, Jijah, Atiqah ke Sungai Isap, bantu NGO Nisa agih sumbangan daripada PAS. 






Katang molep bang! Hehe.




Sekian sahaja.




Terima kasih tak terhingga kepada yang membantu hidupkan keretaku, Nabilah dan Aishah Liyana, yang mengajak join volunteer, Kak Husni dan Fatin, dan semua team volunteer, Jijah, Kasma, Atiqah, Khalisah, Hariza, Faizah, Aizul, Akmal dan yang tak tersebut. Haha.




Al- Fatihah.


Abdul Rashid Abdul Rahim.
1990-2013.
Suffered from Non- Hodgkin Lymphoma less than a year.
Ex- MRSM Transkrian.


No comments:

Post a Comment