Do good. Always.

Do good. Always.

Friday, February 28, 2014

Interbatch


Assalamualaikum.

Rasa macam dah lama sangat tak update blog, padahal baru seminggu lebih. Hal ini disebabkan aku sibuk dengan interbatch games sepanjang minggu ini. Cehhh, jangan percaya, aku tipu, mana ada main pape pun, jadi supporter je. Haha, tipu pun mengaku kan.. baguslah daripada aku menipu dengan memutarbelitkan cerita yang boleh mengaibkan orang lain, kan... 


Petang Selasa, sempatlah aku ke court netball untuk menjadi penyokong kepada team year 4. Dengan ber'skirt' dan dengan gahnya, aku berjalan memasuki kawasan court tersebut. Tiba-tiba rasa malu sebab pakai skirt, padahal sebelum tu aku yang beriya paksa Ainsya dan Faridah terus ke sport complex setelah kami balik dari bandar petang tu. Kihkihkih.

Team netball year 4. Tiada dalam gambar: aku. Haha.


Keesokan petangnya, game volleyball pulak, game yang memang aku wakili sebelum ni, kecuali tahun ni. Dengan bangganya, memang aku bangga lah, kitorang masih berjaya menjadi juara bertahan 2 tahun berturut-turut. Pada awalnya, agak cuak lah, tengok junior second year hebat kotttt, tapi masih rezeki kitorang menang lagi tahun ni. Yang paling membanggakan, dan layak untuk diundi masuk Malaysia Book of Records, ialah straight serve oleh kak Madihah sehingga kitorang menang 21-1. Haha, kau mampuuuu?? Bangga aku sebagai manager team (eh???) hahaha.

We're the champion!

Gabungan pemain baru dan lama.


Malam tu pulak, aku semangat dah janji dengan Aishah nak turun sokong team badminton dan ping pong. Jadi, aku dengan Khalisah pun pergi lah. Agak melampau lah kan Khalisah bawak nasi goreng makan tepi court belakang pemain yang tengah main badminton. Nasib baik menang. Haha. Single, second place kot, double first place. Alhamdulillah. Sokong Adah main ping pong, nasib tak menyebelahi beliau, kecundang di tangan Dr. Mariam (one of the players lah). Dr. Mariam hebat gila lol, semua games boleh main. Dari netball saaampailah ping pong, tuan kecik je, tapi lincah. Beliau masa ambik PhD, buat research ke practise main??Hehehe..gurau je boh!

Ha, ni aku tengah ajar Nabil main ping pong.


Masa aku kecik-kecik dulu, masa sekolah rendah lah, ayah aku ada lah beli meja ping pong ni, letak kat garaj kereta. Jadi, berduyun-duyun lah jiran-jiran aku main setiap hari tak kira siang atau malam. Situasi berkenaan berlarutan sekian lamanya, sehinggalah meja ping pong itu hancuuurrr dengan sendiri nya akibat kerakusan manusia. Haha. Tapi, dari situ lah jugak aku belajar main ping pong walaupun pada masa itu aku tak berapa nak cukup tinggi. Haha. Sebab tu boleh ajar Nabil main, even aku sendiri pun tak hebat langsung pun, setakat tahu pukul bola ping pong tu dah kira okay apa. Hihihi.


Okaylah, itu sahaja untuk entri kali ni walaupun agak pendek. Entri terakhir bulan Februari. Bye!

No comments:

Post a Comment