Do good. Always.

Do good. Always.

Thursday, August 15, 2013

4. Sarawak River Taxi


Assalamualaikum.


Entri raya sebelum ni adalah iklan semata-mata, jangan ingat saya nak cerita pasal raya lah di kala cerita trip kitorang tak habis-habis lagi, dah berhabuk, basi, berkulat dan errr... tak tahu dah nak kutuk apa lagi. Haha. Bila tengok balik gambar-gambar kat Kuching tempoh hari, rasa macam nak upload semua gambar je kat sini, tapi macam takut bosan pulak. Yelah, kadang-kadang gambar tempat sama, masa sama, gaya pun lebih kurang sama cuma gedik nak ambil banyak kali je, nak habiskan bateri kamera ke hape, mentang-mentang powerbank Hariza ada. Hehe.


Aktiviti kami yang lain di Kuching adalah menaiki Sarawak River Taxi di Waterfront. Waterfront ni macam.. macam... macam... riverfront Kuantan ataupun Tasik Putrajaya ke kan, tempat orang jalan-jalan. Pastu ada cruise boleh naik cruise. Tapi kitorang tak mampu nak naik cruise, kitorang naik river taxi je.... *nada sedih*. Hehe. Nak naik cruise mahal, RM 60 seorang, naik river taxi, RM 28 seorang, tapi kitorang dapat RM 20 seorang lepas nego, sebab kitorang ambil 1 taxi terus, takde kongsi-kongsi naik dengan penumpang lain. Eh, taxi tu bukan taxi kereta sewa tu, tak muat nak sumbat kitorang ber-12 ni. River taxi tu macam bot besar, ada bumbung siap, besttt!!! Yang lagi best, kitorang book river taxi pukul 6.30 petang, dan satu tour mengambil masa lebih kurang sejam. Jadi, kitorang boleh melihat sunset! Yeay!!


Tengok, sempat je nak ambil gambar sebelum naik taxi. Hehe.

Yang warna kuning tu lah river taxi kitorang. Ni kat dek sebelum naik.

Sementara isi minyak, bergambar dulu.....

Haha, selalu buat 'peace' ni semua tak buat sebab ada orang persoalkan.
Hehe.



Eh, kenapa yang paling depan tu excited sangat nampak..

DUN (Dewan Undangan Negeri) Sarawak dari atas bot.


ASTANA (kubu James Brooke dulu). Tak boleh masuk pun.




Kondominium mewah.


Model of the .... err... taxi???hahaha~

Dah malam.

Grand Margherita and Riverside Majesty Hotel.

Nak makan kat sini tapi mahal.. sedihhh~~




Mana sunset? Takde sunset laaa.. Hari nak hujan, jadi matahari segan nak tenggelam *eh?* tak nampak lah jadinya matahari tenggelam. Takpe lah cik Bedah...haha. Ha lagi satu nak cerita, bestnye naik taxi ni sebab tourist guide aka driver taxi ni kan, banyak gila information dia bagitahu sepanjang tour kitorang. Lalu DUN, cakap pasal sejarah pembinaan lah, lalu ASTANA, cerita pasal James Brooke masa menjajah dulu lah, macam-macam. Kalau lah ada subjek Sejarah Waterfront, saya yakin abang ni mesti dapat award best student. Haha. Saya pulak tak minat lah dengan sejarah-sejarah ni, masuk sekejap-sekejap je, pastu duduk dekat belakang dekat enjin, boleh menikmati sungai dan suasananya. Manalah kot-kot ada buaya timbul tapi takdeeee punnnn~~~ teeheee... :p

Sampai kat waterfront disambut budak demam ni.


Chau! :)

No comments:

Post a Comment