Do good. Always.

Do good. Always.

Wednesday, August 14, 2013

3. Muzium Kucing


Assalamualaikum.

Maaf, sebab lambat sangat nak update pasal destinasi-destinasi lain yang kami lawati di Kuching gara-gara posting di Kemaman di mana tiada perkhidmatan wifi disediakan di homestay. Fuhh, panjang betul ayat, tahan nafas je lah nak baca. Hehe. Okay, back to the topic, Muzium Kucing ini bertempat di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Dalam DBKU ni selain mempunyai Muzium Kucing, ada juga pejabat-pejabat kerajaan di bahagian atasnya dan kedai cenderamata di ground floor (itu je yang saya perasan selain toilet).  





Bayaran masuk? -free je lah! tapi dengan syarat. Syarat? Ya, syaratttt.. Syaratnya adalah anda perlu masuk tanpa sebarang alat elektronik/ digital kecuali jam tangan digital bolehlah, haish~ Pastu, tak boleh ambil gambar lah kat dalam ni ek?? Boleh, sayang boleh, tapi kena bayar. Aik, kena bayar pulak? Haha dah itu syaratnya ikut je lah yang. Sebelum masuk dengan lebih dalam muzium ini lagi, kami dikerah untuk mengumpul semua alatan digital seperti telefon bimbit, tablet PC, dan kamera digital di dalam satu bekas, seterusnya disimpan oleh pegawai bertugas di kaunter. Nak bawak masuk jugak telefon bimbit? Boleh, bayarlah RM 3 untuk satu telefon bimbit. Kamera digital di caj RM 4, manakala DSLR di caj RM 7. So, kitorang decide untuk bawak masuk 2 kamera je, kamera saya dan Ummu, yang lain tinggallll....... 


Kepala kucing paling besar aku pernah tengok.



Kedai cenderamata dalam muzium. Mampu ambil gambar je,
nak beli?- mahal


Macam real, kan?


Ninja cats' band.

Gaya siapakah yang Shatirah cuba tiru?

Dia ni lah..haha~

Tak faham jugak kenapa bendalah ni termasuk dalam muzium kucing.
Bukan guna bulu kucing pun, guna tempurung kelapa jugak. Musykil~



Ni kubur lagenda kucing, apa entah nama 'beliau'.




Koleksi buku-buku kucing, tapi tak boleh masuk jugak,
 kunci. Berlagak je tu. Haha.

Nah, Hello Kitty untuk Kak Mufi!

Ni pun saya tak faham jugak. Buaya ni ada sejarah makan kucing ke apa?



Aishah dah kenapa, kenapa, kenapa??

Kucing bertelur?

Di luar muzium.

Maka, berakhirlah pengembaraan kami di Muzium Kucing. Berangkatlah kami ke Masjid Jamek Kuching untuk menunaikan solat fardhu, sekitar jam 4 petang. Masjid ni lawa gila, kat luar nampak biasa je, masuk dalam... perghhh.. ada kolam weyh.





Ha, imam masjib kampung ko hado pejabat cenggini?




Keluar masjid, lalu Perpustakaan Negeri Sarawak. Bagus library dekat
dengan masjid, kan?


Selepas itu, kami menuju ke kedai kek lapis untuk membeli kek lapis Sarawak buat santapan warga Semenanjung, cehh~ Menurut Encik Wan, sekarang Kedai Kek Lapis Zaharah lah yang paling mahsyur di Kuching. Nak yang fresh, boleh aja kok, datang awal macam kami, nanti keesokan harinya dapat yang baru. Siap ada delivery ke rumah lagi tahu. Hehe. Jadi, apa lagi? Serbuuuu........



Sapa paling depan bersungguh tuuuu...

Pelbagai jenis, pelbagai rasa.


Lepas tu, kami ke Waterfront. Hari-hari pergi Waterfront. Haha. Sekian dulu!


No comments:

Post a Comment