Do good. Always.

Do good. Always.

Thursday, February 28, 2013

Weekend yang MENARIK - Part 1


Assalamualaikum.


This is just a short entry, but still an interesting one.hehe. Hujung minggu lepas, Makcik kecilku, yakni Che Farah, datang bertandang ke bumi Kuantan terchenta, kerana terlalu merindui anak saudaranya yang terrrrrcomel ini. Ok, tak. Kebetulan je, nak tengok bola sebenarnya kat stadium, sambil-sambil, datang la menziarahi aku ni. Kalau tak, mana dia nak tinggal??? Huahuahua.


Tengahari pada hari yang beliau dijangka sampai *amboi dah macam jauh benar je dia datang*, aku menelefon umi, bertanya khabar. Alangkah terkejutnya diri ini *kau memang selalu over munie* apabila umi cakap yang Abg Chik bakal menyusul untuk sama-sama menyaksikan perlawanan bola sepak, Kelantan VS Pahang, keesokan harinya. Ceh, hari tu, aku tanya cakap tak nak, sekarang duk bising-bising suruh aku cari tiket. Oleh sebab kesiankan dirinya yang sudah membeli tiket bas untuk ke mari, dan takkan aku sampai hati tengok dia menonton bola hanya di rumah abang long, aku bertekad mahu mencari tiket di stadium, ketika menjemput makcikku nanti.


Pada saat ini, aku mula merasakan yang kawan lelaki sudah tidak berguna lagi *eh, kau ada kawan lelaki ke weyh?*.Jadi, dengan ditemani sahabat baikku, Ainsya dan Faridah, aku meredah liku-liku perjalanan ke terminal yang terletak hanya bersebelahan Stadium Makmur itu. Malangnya, setelah berapa kali pusing stadium, kami mendapati yang memang sah kaunter tiket tutup. Bukan salah kami yang tak pernah ada pengalaman beli tiket. Hahaha.



Ni lah Che Farah ku. Dah macam pelancong dah nampak.
Semua tempat dia nak ambil gambar. Haha.


Lepas, singgah di Masjid UIA untuk solat Asar, kami bergerak ke rumah abang longku di Pekan. Tujuannya untuk memperkenalkan rumah abang long kepada ibu saudaranya. Hehe. Selepas solat Maghrib dan makan malam, kami bergerak ke Pantai Teluk Chempedak. Yelah, Che Farah kan pelancong, dan pelancong-pelancong yang ke Kuantan, tak sah kalau tak singgah sini kan? 



Aku dan makcikku yang sebaya.

Aku, dia, dan Faridah.

Again.

And again.

My besties.




Terima kasih daun keladi kepada: Nik Faridah Seman, Nur Ainsyafinaz Shamsuddin, Tuan Farhanie Tuan Sulaiman, serta kamera Ainsya, yang sampai sekarang tak tahu nak setting night mode.Haha.


No comments:

Post a Comment