Do good. Always.

Do good. Always.

Thursday, March 17, 2011

Hari BEST Posting 1

ke Hari Posting BEST 1?? erm, x kisah la..

Tapi ianya berlaku pada Selasa, 15 Mac 2011. Kenape hari tu best ye?? Ini adalah sorotan peristiwa-peristiwa menarik sepanjang hari berkenaan.


8.00 pagi

Hari tu sy kerja syif petang, masuk pukul 2. Tapi sy pergi awal bukan sebab rajin nak study ke ape, tapi sebab nak tolong seorang teman sy uruskan kedai Kiosk nye.heee.. Tapi rupe2 nye da ade orang yang settlekan, so, kami lepak di library sahaja. Nasib baik bawak lappy pagi tu, so, dengan semangatnya berusaha menyiapkan assignment Parasitology sy. Teman sy tu pulak, tak tahu kenapa, tido je dari mula sampai nak dekat tengahari. Menurut beliau, " Mungkin sebab sy tengah baca notes 'Dying' kot, sebab tu sy pon asyik tido". Sy, " Huh? ade kaitan kerrrr??"


1.50 petang

Lepas makan dan solat, kami pon beriringan ramai2 ke HTAA aka Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Petang itu,posting bermulakan dengan penuh kebosanan.huh. Tak sabar rasenye nak cepat2 abis posting hari tu dan pergi kelas Anatomy keesokan harinye. Sampai macam tu sekali sy suka kelas Anat. Oh, tidak sebenarnye!!haha.


5.00 petang

Tyme ni masa melawat bagi waris2 pesakit. Ada la sorang mamat ni, waris sorang pesakit yang agak tenat keadaannye. Rasenye mamat ni asal dari Bangladesh kot, mintak tolong nurse sedut kahak kat dalam tekak warisnye yang sakit tu. Oleh sebab nurse tu busy, nurse tu suruh la kami, students nurse yang buat. Sorang teman tu x berani nak buat, jadi dia mintak tolong sy yang buat. Padahal sy baru first time jugak nk buat, tapi buat2 beranikan diri la.cehhh haha~ Sebab warisnye yang tadi tu xreti buat, jadi kami ni nak la ajar dia buat. Punya la susah nak terangkan niat kami yang suci murni tu, sebab dia xpaham bahasa Melayu, sampai kami terpakse mintak tolong sorang cleaner ni yang berasal dari Bangladesh jugak untuk terangkan kt dia. Nasib baek paham jugak kan. So, kami teruskan la procedura yang mencabar itu. Terketar-ketar tangan sy haa. Sy buat procedure je, teman2 sy yang laen yang terangkan kt dia. Yang sy dengar, diorang just ckp, " like this... like this" je sambil tunjuk kat ape yang sy buat, sebabnye mamat tu kan x paham..hehe. Last tu, nak la suruh dia buat sendiri depan kami, ade ke dia cakap, "next time" pastu terus blah. Huh, penat je kawan2 sy gunekan segala bahasa isyarat td.haha.

Lepas kami abis buat procedure tu, nurse td pon suruh kami bagi feeding lak kat patient yang same.

Nurse: Adik, boleh bagi feeding tak kt patient ni? Da sampai masa dia makan nih.

Kami: Eh, boleh je, boleh boleh! *yakin giler jawab, padahal x ponah2 buat pon heh*. Erkk, tapi boleh tak nurse tolong tengok kami buat, sebab ni first tyme nak buat kat patient btol, selama ni buat kat patung je.hee

Nurse: Eh, mesti la boleh. Sy ade kat tepi nanti, jangan risau. Bancuh reti kan? Bancuh senang je..

Sy: *dalam hati*. Bancuh?? Bancuh tu la yang aku x reti. Kitorang diajar cara2 bagi susu yang dah dibancuh je, mane ade belajar cara2 bancuh pon. Tapi xpe ah, same je kot cam bancuh susu kat umah.

Setelah diberi arahan untuk membancuh susu Nutren Diabetik sebanyak 300 ml, sy dan seorang teman pon mula lah membancuh susu dalam satu jug. Usai sudah procedure bancuh-membancuh, sy pon bawaklah jug berisi susu dan teman sy bawak jug berisi air masak serta syringe di tangannye menuju ke katil patient. Nampak je kami bawak susu dalam jug, nurse tu menjerit...

Nurse: Ya Allah adikkkk!!!! Kenape bawak susu datang sini dengan jug?haha. Bukan macam ni la adik, ade bekas dia la*geleng-geleng kepala*

Bergegar satu wad tu haa dia g kecoh2. Terkejut kot first time ade orang buat camtu. Sume staff nurses gelakkan kami. Malu kami, tapi memang salah kami pon. Sape suh pandai2 buat dalam jug.haha. Xpe2, amek pengajaran.


6.30 petang

Nurse: Adik.. adik.. Mai sini jap, boleh tolong akak x?

Sy dan awak pon pergi la dekat ngan nurse tu.

Sy: Kenapa nurse? Nak mintak tolong ape?

Nurse: Kenal PCU tak? Bleh turun g sane tak?

Sy dan Awak: Huh? PCU? Erm, x kenal la nurse. Nak suruh kitorang buat ape?

Nurse: Laa.. tak kenal ke? Pastu, cane nak g?hrmmm...

Awak: Haa.. xpe nurse, kami boley cariiii...hik3.. *nampak sangat nak merayau*. Nurse bagitau je katne, nanti kami cari la, mesti jumpe nyer la..hehe

Nurse: Ermm.. boley ke ni? x pela. Camni, awak g kat Lorrist (Low Risk), PCU kat tepi Lorrist tu je. Lorrist kenal kn kat mane? dekat ngan cafe tu, kena kuar bangunan la dik..

Kami: *terdiam* Errkkk, xpe2 kami cariiii..

Nampak kami sangat dalam ke'blur'an, lantas nurse itu mengambil sehelai kertas, lalu menulis..






Kami: Laaa... Low Risk ke??hahahaha..

Sy: Sy ingat 'Lorrist' , name cafe ke ape.haha

Awak: Sy ingat kedai bunga!

Sy dan Nurse: Itu florist la awak!haha

Sy dan Awak pon berjalan la menuju ke tempat berkenaan. Keluar2 bangunan tu, memang da nampak tulisan besar, 'LOW RISK', tempat bersalin berisiko rendah. Pusing kanan terpampang, 'Unit Rawatan Paliatif'.

Awak: OOooo... kat sini pon ade Unit Rawatan Paliatif...oooo...

Sy: Eh??*terdiam seketika*. Sy rase kan awk, PCU tu Palliative Care Unit la kan?

Awak: Ha'ah la awk. Tu la sape suruh x tanye tadi, buat2 taw lak. Naseb baek jumpe,kn?

Sy: Hehehe.. critical thinking sunggoh kite..heee..

Awak:???


9.00 malam

Kaki da lenguh, perut da berbunyi, mata da layu, katil dah menunggu,tibalah masanye untuk kami balik! Yeay3!!! Boleh balik, boleh balik, boleh tido, boleh tido, yeay3! Tapi, kat luar hujan x berenti. Haishh, da la payung tertinggal kat JHC. Terokla camni, terpaksela meredah ujan malam tu. Tetibe rase nak makan Cool Blog la lak, jadi kami melencong la ke Kuantan Parade. Naseb tak menyebelahi sy, gerai Cool Blog da tutup!

Takpe2, baru kul 9.30 malam, KFC bukak lagik.hehe. Then, kitorang pon ape lagi, laju je jalan menuju KFC, maklumla perot da bunyik2 dari td lagi nih. Sampai kat kaunter...

Saya: Ermmm, M..........

Kakak KFC: Bungkus sahaja ye.

Saya: *Cehhh~ aku baru nak bukak mulut cakap makan kat sini. Lapar nih, lapar nih*
Ehehehe, bley bungkus je eh? Erm xpe la bagi sy X-Meal Pocketful satu!

Berbekalkan muka yang sedih ditambah dengan perut yang lapar, kami berjalan penuh longlai menuju bas yang setia menunggu depan JHC. Naik je bas, sebab x mampu nak tahan lapar, kami tabahkan diri makan KFC dalam gelap.Hanya brteman bulan dan lampu jalan je. Sadis sunggoh! Sesungguhnya, saat dan ketika itu rakan-rakan kami yang lain menunjukkan rasa simpati yang menebal dan tak putus-putus melontarkan kata-kata semangat yang sungguh bermakna bagi kami. Terima kasih sume, jasa kalian memberi semangat untuk menghabiskan KFC dalam bas akan kami ingat sampai bebile. Huuuu....






kepenatan ye..



mereka yang x jemu2 memberi kata-kata semangat~


Appreciation to: All sisters and nurses in Kiambang 5C Ward, all my posting group members: Siti Nur Aishah Hashim, Nik Faridah Seman, Ummu Nasyihin Razali, Siti Sa'adah Azhari, Nur Syuhada Sjarifuddin, Nurul Nabilah Mohd Hanapi, Muhammad Farhan Mahmud, Muhamad Amirul Shahmir Rosari, Mohd Syirazie Mirza Hasan, Nuur Asyrafuddin Mohd Said and Nik Muhd Fathullah Nik Ahmad. Enjoy working with all of you, guys!(^_^)..



No comments:

Post a Comment