Do good. Always.

Do good. Always.

Thursday, April 25, 2013

2 hari di TS!


Assalamualaikum.

Selepas puas bergelandangan di sekitar Kuala Lumpur, saya mengambil keputusan untuk terus tinggal di sana sepanjang hujung minggu. Oleh sebab jam menunjukkan pukul 1 pagi selepas habis program kami, saya menumpang tidur di rumah kakak Faridah di Puchong *terima kasih tak terhingga kepada Kak Ida dan Abang Kimi atas layanan yang teramat istimewa, mereka sangat memuliakan tetamu :)*.  Awal pagi keesokan harinya, saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah makcik yang terletak di Pandan Indah dengan menaiki LRT. Banyak dugaan yang terpaksa dilalui, dengan sesatnya, betul rasa macam rusa masuk kampung, sebab dah lama tak turun KL. Hehehe. Tapi akhirnya, sampai jugak saya di rumah makcik. Alhamdullillah. 


Sesampainya saya di rumah Che Ma (makcik saya),  saya dimaklumkan bahawa Che Farah (makcik kecik yang sebaya) sedang menjalani latihan memandu dan dijangka pulang tengahari. Huh, baru ingat nak keluar jalan-jalan hari ni.hehe. Setelah beberapa ketika bersembang, saya meminta diri untuk berehat si bilik Farah. Huh, apa saya nak buat ni, tengok keliling penuh dengan novel cinta dan majalah DARA. Oh ya, makcik saya memang penggemar novel cinta Melayu, drama Melayu, dan filem Melayu! OMG, tak kena dengan taste saya lah. Kerana terlampau bosan menunggu, saya 'terpaksa' membaca majalah DARA berkenaan sampaiiiii...............................tertidur......... ZzZzZzZzzzzzzz........... *ha, kannn??? nampak sangat bosan sangat majalah tuuu*hehehe.. Dalam pukul 4, baru kami dapat pergi keluar jalan-jalan. Tempat yang dituju, Berjaya Times Square. Teman yang bakal ditemui, Amira Ashri, one of my 6 Serangkai BFFs :)



Yes, here we are! Sebelum menemui Ajeng (Amira).

Yeay! Dah jumpa beliau. Excited sangat boleh jumpa..teehee..

Di hadapan roller-coaster. Nak naikkkk......

Hoho. Tak malu betul kami.

Farah yang jadi pengunjung tetap TS pun, tak perasan
'MR' ni wujud.

Bajet comel!Hahahaha.

With Ajeng again. Dia memang excited sikit.Hehehe.

Times Square Theme Park. Nak masuk sini, tapi
masa tak menyebelahi.

OMG! Ada orang nak bunuh diri?

Di ceruk pelosok mana entah kami lepak ni.

Sedih kan muka keduanya? Mengetahui Liza tak dapat menghadirkan diri
melalui corong telefon. Sobs :(

Tak apa Liza, kami faham, rumah anda ada kenduri. See, our happy faces :)

The view...

Ini Che Farah, my auntie..sebaya je, ok?

Ini pula Ajeng, my BFF in MJSC KK.

Kat belakang tu tangga piano, bila pijak, berbunyi. Sejak bila TS buat
bendalah ni?

Kat bawah tu pulak, macam sejenis cecair, bila pijak, gerak-gerak macam air.

Buruk betul saya pakai spek. Ajeng, you look cute!

Sejak bila F.O.S jual Volkswagen?

Ok, diam-diam sudah ler ye?

Kitorang dah macam psiko dah turun naik tangga bunyi piano tuh, pastu buat alasan nak buat senaman. Hahahaha. Takpe, takde orang kenal pun, fikir kami. Haha. Jam dah pukul 8 malam, oh, kami bergegas pulang untuk menonton perlawanan bola TRW vs ATM. Ok, kami kalah 2-0!!!! *sigh*



Keesokan harinya, kami keluar lagi sebelum menaiki bas balik Kuantan jam 4.30 petang. Niat ingin menonton wayang cerita OBLIVION lakonan Tom Cruise dan Morgan Freeman, yang kami dah usha semalam. Farah agak tidak setuju, sebab dia kan ratu cerita Melayu. Kalau pergi tengok wayang pun, nak tengok cerita Melayu je. Tapi, sebab anak buah kesayangannya ini, dia hanya menurut. Dahlah yang belanja pun dia. First class punya wayang pulak tu, bapak besar screen dia. Mahal kott. Jahat saya!hahaha. Tapi tak best, tak ramai orang pun, sebab mahal kot. Saya nak gelak pun takde mood dah last-last tu, sebab malu orang tengok.Hahaha.


Saya di pintu masuk wayang. Patutlah takde orang lalu, memang tak ramai
pun. Huh.

Di Terminal Bas Pudu. Dah cantik dah. Ni depan toilet,
tahu?

My present from Farah :)

Bersama Ainsya.

Adik Ainsya, Syahir dan Emira. What a lovely siblings...



Somethings that amazed me...

IN TS...

What's this?

What's this????

Tadaaaaa!!! Kedai je bawah tu.. kreatif sapa buat ni..loike!

Ni lah benda yang bila pijak gerak-gerak macam air. Apa entah nama
sebenar dia.. Hehe..

TS tanam bunga?? Are you serious?? Ok, bunga tipu je..hehe.


Ok, nak tidur dulu, esok keje. Selamat malam, diri!



p/s: Saya ditipu. Duit hilang hampir RM1000. Sedih.




A thousand thanks to: Che Ma and family, Che Farah, Ajeng (Amira Ashri), Kak Ida and husband (Abang Kimi), Ainsya, Faridah, and Azliza Arias & Nik Nur Afiqah Nik Alwi (kept calling me to say sorry they can't join, haha)

No comments:

Post a Comment