Do good. Always.

Do good. Always.

Thursday, April 11, 2013

Minggu chocs saya!


Assalamualaikum.

Sepanjang minggu lepas, saya telah mendapat baaaaanyakkk chocs dari peminat kawan-kawan saya. Ianya sesuatu yang boleh dibanggakan kerana saya jarang mendapat chocs sebanyak ini dalam masa seminggu melainkan memang saya sendiri yang mendapatkan 'mereka' di kedai-kedai berhampiran *sedih hidup kau Munie.. sobs~*


Kenapa saya dapat banyak chocs sepanjang minggu lepas? Ha, meh nak cerita. Sebabnya, minggu lepas telah diadakan minggu usahawan di kulliyyah saya di mana salah satu gerainya adalah gerai dedikasi. Entahlah nama sebenarnya apa, tapi mereka ada la menyediakan khidmat dedikasi chocs ke, atau buah ke, atau minyak wangi ke kepada orang tersayang. Jadinya, ramai lah yang mengambil kesempatan untuk mendedikasikan bendalah yang disebutkan di atas tadi kepada kekasih, kawan-kawan, tak lupa juga kepada para pensyarah. Tapi, saya dapat daripada kawan-kawan je :p




Inilah antara chocs yang saya dapat:

1. Owh ya, chocs yang banyak dan dibalut rapi ini merupakan hadiah kemenangan saya meneka berapa banyak kacang yang ada dalam jar. Yeay, jawapan saya yang paling hampir tepat, tau? Hehe..

2. Daripada Kak Maziah Mat Abdul Ghani, classmate saya. TQ kak (^_^)

3. Daripada teman baik saya, Ainsya.

4. Daripada Ainsya jugak. Katanya dah lama nak bagi saya rasa choc ni, tapi setiap kali pergi kiosk UIA tu, choc ni selalu habis. Kebetulan jugak lah, dalam minggu lepas, pergi kiosk, jumpe ni. Dia kata sedap tapi manis.Heee...

5. Daripada teman sekelas saya, Nurul 'Atiqah Ahmad Khairundin yang tetiba bagi ni. Mungkin sebab saya sering kali enggan menerima sebarang bayaran untuk perkhidmatan print kot. Hehe. Anyway, thanks awak, saya tak mampu nak tolak choc.Hahaha.

6. Daripada teman baik saya jugak, Siti Nur Aishah Hashim. 

7. Haaa... yang ni saya bengang sikit la, sebab sampai sekarang saya tak tahu sape yang bagi. Orang yang dedicate ni pulak taknak cakap. Tapi yang penting bukan secret admire lah ye.. Saya takde..Teehee..


Uuuuuuuuuuu... sayang nya nak makan chocs ni semua. Sampai sekarang saya tak makan-makan pun. Biar cair dalam loker je, dahla musim panas sekarang.Hehe.

No comments:

Post a Comment