Assalamualaikum.
This is one of my lazy nights. Tapi, apa yang ingin diperkatakan di sini ialah, kami warga Septimus telah mengadakan satu lawatan sambil belajar (sebab kena buat report) ke sebuah pusat latihan untuk orang buta, dikenali sebagai Pusat Latihan Pertanian Orang Buta Taman Harapan yang terletak di daerah Temerloh, Pahang. Perjalanan kami bermula seawal jam 7 pagi, dimulakan dengan..............
1. REGISTRATION.
2. MENAIKI BAS UIA.
3. TIBA DI DESTINASI DITUJU.
4. MENINJAU HASIL KERJA ORANG-ORANG BUTA.
5. SESI TEMUBUAL BERSAMA PENGHUNI.
6. BERGAMBAR KENANGAN.
7. PULANG.
Sejujurnya, saya memang tabik spring loley-loley la kat penghuni kat sini. Mereka masih mampu tersenyum dan seronok menjalani kehidupan seharian, biarpun ramai antara mereka hilang salah satu nikmat dunia, iaitu penglihatan. Tiada langsung riak sesalan dan sedih di wajah masing-masing. Malah, mereka telah membuktikan yang golongan kurang upaya seperti mereka tiada bezanya dengan manusia yang cukup sifat. Buktinya, ada di antara mereka berjaya menyandang jawatan yang tinggi seperti Prof. Datuk Dr. Ismail Md. Salleh (Presiden Persatuan Orang Buta Malaysia), En. Mohd Yassin (Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Orang Kurang Upaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan En. Ahmad Kamal Ariffin (Pensyarah). Paling membanggakan, ada di antara mereka merupakan seorang hafiz dan hafizah! MasyaAllah....
Tak dapat saya gambarkan perasaan saya jika berada di tempat mereka? Bolehkah saya setabah mereka? Mengetahui yang saya tak sesempuna insan lain? Saya dapat rasakan yang saya tak cukup kuat. Kita sering merungut dan mengeluh atas kekurangan diri, tapi ingatlah masih terlalu ramai lagi insan yang kurang bernasik baik daripada kita. Ya Allah, biarlah aku menggunakan nikmat yang Engkau kurniakan dengan sebaik-baiknya kearah jalan yang diredhaiMu. Aminn~
Special thanks to: Pengurus, penyelia, staf, dan penghuni Taman Harapan, Sr. Meriati Mohamad, pakcik(s) driver bus, serta warga IIUM Septimus.
No comments:
Post a Comment