Do good. Always.

Do good. Always.

Wednesday, May 8, 2013

First-timer


Assalamualaikum.




Ha, ambik kau, poyo giler lepas bagi salam terus letak gambar sendiri. Ok, ini bukan poyo namanye, ini semangat yang tinggi demi menyelamat dan memperkukuh masa depan negara. Cehh~ Gambar ini diambil di salah sebuah masjid di Kelantan masa dalam perjalanan menjemput abang ngah yang pulang untuk mengundi dari Sarawak. Kuala Krai- Pengkalan Chepa, supposedly hanya mengambil masa sekitar 1 jam untuk sampai, tapi kali ini perjalanan kami mengambil masa hampir 4 jam! Hal ini disebabkan oleh *BM ok* kesesakan jalan raya akibat rakyat jelata pulang mengundi di kampung halaman masing-masing. Prihatin betul mereka, bertanggungjawab dengan pendirian masing-masing demi menentukan masa depan negeri dan negara yang disayangi. Respect2! By the way, ini kali pertama saya dan abang long saya *terutamanya sebab dia kan driver* tak rasa stress langsung terperangkap dalam jem. Kami seronok tengok markas-markas parti di sepanjang jalan, flashmobs, dan juga pelbagai kereta yang dihiasi pelbagai logo/stiker/bendera parti yang disokong. Apa lagi, HON TANDA SOKONG!!! Hahaha.



Oh well, disebabkan saya dah cukup umur, tanggal 5 Mei 2013, saya dengan sukahati dan rasa penuh tanggungjawab bangun pagi dan pergi mengundi seawal jam 8 pagi. Alah, macam kira antara yang terawal lah. Semangat tak, semangat tak?? First timer kan, memang excited sangat lah kan, nasib baik tak blur je sebab ditemani my big brothers yang protective  sangat. Hehe. Masa nak pangkah tu, takut menyelubungi diri, takut salah pangkah, entah berapa kali cek balik kertas undi. Lagi satu, dahlah saya kidal, pastu awek calit dakwat 'kekal' calit kat jari kiri, takut kena kertas undi, nanti jadi undi rosak, jadinya pangkah dengan tangan kanan macam tak lawa lah pulak kannn~ haha. Oh, awek calit dakwat tu comel sangattt, berbaju kurung kuning.teeheee...



Pehal kau siap edit gambar??? Haha. Gambar asal telah di edit untuk
dijadikan DP FB. Jadilah gini. hehe.



Alhamdulillah, walaupun agak kecewa kerana parti yang disokong BELUM berjaya menawan Putrajaya, negeri Kelantan KEKAL menjadi milik yang paling layak. Saya yakin dan pasti pada PRU14 nanti, yang benar pasti akan menang dengan kehendakNya. In syaa Allah. Selagi misi dan visi mereka masih tidak terpesong daripada landasan kebenaran, pasti mereka itu yang menjadi pilihan saya selama-lamanya. Sesungguhny yang benar pasti MENANG!!! Cuma masanya belum tiba.



Status yang saya baca di FB, sedikit sebanyak menenangkan hati ini,


Saya menceritakan rasa sedih PAS tidak
memenangi Putrajaya kepada seorang Murabbi.
Dengan tenang beliau menjawab, "itulah tanda
perjuangan PAS di landasan yang betul".
Islam xakan menang jika masih ramai lg
masyarakat jahil.
Islam xakan menang jika ada yang gilakan jadi
pemimpin.
Islam tidak akan menang jika jentera tidak
menghidupkan islam dalam diri, keluarga dan
masyarakat.
Islam.
Kita berjuang kerana Allah bukan kerana
semangat. Bukan kerana gilakan kuasa.
Mari kita muhasabah diri kita. Muhasabah jentera
kita.
Jika salahudin al ayubi memeriksa solat malam
tentera mereka.
Adakah jentera kita cukup solat jemaah 5 waktu?
Perjuangan ini masih panjang.


No comments:

Post a Comment