Do good. Always.

Do good. Always.

Friday, April 4, 2014

Perjalanan yang dinanti


 Assalamualaikum.

Sejak masuk semester 2 ni, aku memang banyak kali jugak lah balik rumah kat Kelantan. Datang UIA 2 hari yakni hari posting, pastu balik seminggu. Ini membuatkan abang aku dah malas nak layan jemput aku kat stesen bas. Ada sekali bila aku mesej dia, boleh ke tak jemput aku kat stesen bas pada awal pagi, tapi yang dibalasnya .... "Daripada aku bangun semata-mata nak ambik kau, baik aku bangun tengok bola...". Alangkah luluhnya hatiku ini, terguris. Haha. Tapi aku tahu, dia cakap je macam tu, tapi sayang aku gak. Haha. Masa sekolah rendah dulu, ada kawan aku suka hati dia je conteng baju sekolah aku, pastu aku report kat abang aku, abang aku datang kelas, abang aku tampar budak pompuan tu. Budak tu report kat cikgu kelas, abang aku pulak kena tampar dengan cikgu. Haha, macam kelakar pulak rantaian hidup masa tu, budak-budak kan...


Apa aku nak cerita kat sini adalah pasal abang aku tu la. Beberapa hari lepas, berlaku salah satu hari yang paling bahagia dalam hidup abang aku, aku rasa lah. Bahagia lah kot, kalau dah 'diikat' dengan insan tersayang tu. Dan, disebabkan itu jugak lah, aku kembali menyusuri jalan yang sering kali aku susuri suatu ketika dahulu. Ya, Grik. Sungguh aku rindu jalan berliku di Grik. Dipenuhi flora dan fauna di kanan-kiri jalan. Teruja gila tunggu hari berkenaan setelah hampir 8 tahun tak lalu selepas aku meninggalkan bumi Transkrian yang terchenta.

Antara pemandangan yang sempat aku rakamkan.
Flora...


Banyak jugak kenangan-kenangan kat sini yang masih aku ingat. Kat Tranx, anak Kelantan agak ramai. So, kalau cuti panjang, bas maktab akan jadi bas balik kampung kitorang. Senang, tak payah nak pergi terminal bagai bila nak balik kampung. Ada sekali, aku tak sempat makan, so, aku tapau telur gedik (telur separuh masak) untuk dimakan dalam bas. Aku pun gedik jugak, tapau makanan macam tu dan makan kat jalan yang berliku-liku kat Grik tu, terus aku meluahkan segala isi perut beberapa saat selepas diisi. Hmmm, kali pertama muntah dalam bas. Euwww...


Satu malam pakcik bas berhenti kat perhentian betul-betul kat atas bukit (serious aku dah tak ingat nama tempat tu). Malam yang sama jugak lah kejadian jatuh dalam longkang besar secara berjemaah berlaku sebab kawasan tu gelap. Haha, tapi aku tak jatuh lah, sebab aku tak turun bas. Tapi kesian lah, jatuh longkang, habis baju diorang kotor dan busuk. Mamai pulak, benjol kepala sebab terhantuk longkang berkenaan. Kesian. Apa lagi, perjalanan yang seterusnya dipenuhi dengan bau minyak wangi yang pelbagai disebabkan nak cover bau longkang. Haha. Kat perhentian sama jugak lah, disebabkan Grik ni memang hutan, aku pernah jumpa seekor rama-rama yang paling besar pernah aku tengok. Saiz dia macam lebih kurang anak beruk yang selalu intai aku tidur kat bilik. Haha.


Then, kat Grik jugak ada tasik cantik. Tasik yang juga dijadikan destinasi pelancongan di Malaysia. Berdekatan dengan Hutan Belum.

Tasik Banding. Tempat paling cantik dalam perjalanan melalui Grik.


Ku sangkakan panas hingga ke petang,

Rupa-rupanya hujan di tengah hari,

Ku sangkakan hutan hingga ke hujung,

Rupa-rupanya gondol di tengah jalan.

Uuuu... sedih... :'(



Last but not least, aku nak ucapkan Happy Birthday yang ke 58 kepada ayah tersayang yang jatuh pada 1 April lepas. Semoga ayah dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta sentiasa gembira disamping umi, kitorang (anak-anak) dan cucu-cucu :)




Itu sahaja untuk kali ni. Bye! 

No comments:

Post a Comment