Do good. Always.

Do good. Always.

Friday, March 21, 2014

Camping


Assalamualaikum.

Ketika aku tengah syok 'menelaah' muka buku tadi, tetiba keluar kat newsfeed, Adventure and Recreational Club (ARC) adakan trip pergi panjat Gunung Stong weyh. Best, trip tu dengar macam best je, dan bayaran nya sangatlah murah, hanya RM 50 satu kepala. Kenapa aku tak join? Sebabnya tarikh tu aku balik rumah laaa. Lagi satu, confirm takde sape nak teman aku pergi punya. Takde kawan yang kenal tak best lah, kaann? Lagi pula, aku dah pernah join camping yang dianjurkan ARC suatu ketika dahulu. Ceh, bunyi macam dah lama sangat, padahal baru tahun lepas. Hehe.


Apa point aku nak cakap sebenarnya ek? Owh, firstly, macam yang aku cakap tadi, camping ARC yang aku join tu tahun lepas, tapi tak diceritakan pun kat blog ni. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab aku sebagai seorang penulis untuk menulis segala memori suka duka di dalam blog ini yang secara rasminya adalah diari aku, erk.... walaupun perkara tersebut sudah lama berlalu hihi. Secondly, sebab aku teringatlah kisah-kisah yang aku suka sangat pasal ARC ni dan juga yang aku kuranggg suka.


Yang aku suka pasal ARC ni, even aku baru sekali tu je join program, aku nampaklah silaturrahim atau ukhuwah yang terjalin antara ahli-ahli adalah sangat rapat. Ahli baru macam aku pun, diorang memang layan baik punya. Dan sebab aku tengok diorang ni boleh siap bergelak ketawa, bertepuk tampar, aku tanya lah salah seorang, "Dah lama join ARC eh? Ni kali ke berapa dah join camping?". Sekali dia jawab first time. Pelik aku, macam mana boleh mesra macam tu sekali dengan ahli-ahli yang lain even tak pernah kenal sebelum ni. Tapi aku akui lah, diorang memang layan sama je, kalau nampak ada ahli macam pasif macam aku, diorang ajak sembang. Memang dari awal macam tu. Sempoi. Tak rasa awkward sebab ahli baru, takut takde orang nak kawan pun. Tapi aku tetap aku. Dah payah nak mesra tu, payah lah jugak. Hahaha.


Pastu aktiviti pun best-best ARC ni. Malam tu ada buat persembahan mengikut kumpulan, lepas tu ada night walk, dalam hutan tapi yang cuak sikit bila dia lepaskan sorang-sorang. Aku bukan takut apa, aku takut pacat, kalau sorang-sorang sape nak buang pacat kat kaki aku nanti. Ada jugak pihak agro resort ni letak hantu pocong lah, apa lah nak menakutkan, tapi ketakutan aku terhadap pacat mengatasi segalanya, aku jalan laju-laju sebab tak nak bagi pacat masa untuk memanjat. Haha. Pagi keesokkan harinya ada aktiviti berkayak lah, berenang lah, tapi aku dengan Faridah pergi tempat lain sebab tak nak join, diorang mandi sama-sama. Kitorang ikut abang agro resort bagi ikan makan, lepas tu abang tu bawak kitorang tinjau keindahan alam kat resort ni. Memang lawa gila! *gambar takde nak tunjuk pun -.-"*

Camping site: Peladang Setiu Agro Resort, Terengganu.

Muka tak ikhlas datang. Hehe.

Nasib baik Faridah nak temankan, kalau tak keseorangan lah aku.

Gambar ni je ada. Haha.

Tak banyak gambar? Haha, firstly, sebab lupa bawak charger camera. Secondly, sebab banyak rakam video masa persembahan malam tu, tapi ada error bila nak upload kat sini. So, macam dah give up lah kan, malas dah try, malas dah. Haha.


Yang aku kurang suka pula ialah silaturrahim atau ukhuwah yang terjalin antara ahli-ahli adalah sangat rapat. Full stop.


Ni aku jumpa video comel dua beradik. Ramai gila orang view kat youtube, tapi agak kesian, aku baru jumpa. Hahaha. Upload video dari youtube boleh pulak.





Mood sekarang: Nak anak! :p

No comments:

Post a Comment