Assalamualaikum.
Form 2 dulu, semasa ustazah kelas aku, Ustazah Des mengajar topik 'TAQWA' dalam subjek Pendidikan Islam, beliau pernah cakap, "Ingat sampai mati, TAQWA bermaksud takut". Dan memang, sampai sekarang aku ingat weyh, haha. Pada hari yang lain pula, beliau ada berpesan, "Dalam hidup kita, kita kena amalkan 3 perkataan ni, sangat power. Iaitu 'MAAF', 'TOLONG', dan 'TERIMA KASIH'. Yang ni, saya nak awak semua ingat dan amalkan sampai mati". Dan, sekali lagi memang, memang aku ingat sampai sekarang. Perkataan yang paling power lah agaknya 'MATI' kot sebab bila cakap je, aku ingat, bila cakap je aku ingat. Tapi sebab 2 kali je ustazah cakap macam tu, 2 benda tu je yang aku ingat sampai sekarang. Haha.
"Saya minta maaf"
Susah sangat ke nak minta maaf? Mungkin kita rasa kita betul, mungkin juga sebab sifat ego yang tertanam dalam diri atau pun yang paling biasa lah, sebab maluuuuuu....haha. Alah, kalau malu nak minta maaf secara face-to-face takpe, tulis lah surat ataupun buat handmade card, sebagai tanda "saya minta maaf awak sebab hari tu ........." pastu letak bedak banyak-banyak kasi wangi, selit coklat ke, dan yang paling pentinggggg upah seorang 'posmen' tanpa gaji yang sanggup untuk berjalan ke kelas paling hujung dan menyerahkan surat berkenaan kepada yang merajuk tadi. Hehe, macam ada pengalaman buat macam tu je aku ni... ish, mana ada!!! Orang yang buat kat aku ada lah, sebab aku suka merajuk, hahaha pastu aku balas balik surat tu, lol~~~ haha. Akhirnya, hiduplah kami dengan bahagia :))
Aku rasa macam, ah tak matured nye, tak matured nye muda-muda dulu main berbalas surat tu. Malu, malu...hahaha. |
*****************
"Aku ada hal. Kau boleh tak tolong ambik beg aku kat kerusi baris belakang sekali belah kanan paling hujung tu. Tolong eh.."
Cuba baca ayat di atas tanpa perkataan 'tolong'. Nampak macam arahan, kan? Amboi dah macam aku gajikan driver, nama dia Schumacher, dia panggil aku Sir, aku panggil dia der je kan. Kalau ada 'tolong' lembut sikit bunyinya, daripada rasa nak marah disuruh angkut beg berat 13 kilo tu, terus berubah rasa nak angkut dengan tuan-tuan beg sekali hah. Siap boleh tanya lagi, "Kau bawak 1 je ke beg hari ni??" Hahaha.
*****************
"Terima kasih tau-tau"
Sila lafazkan ucapan di atas lepas dia ambik beg kau tadi. Haha. Percayalah, orang yang menerima ucapan ini akan rasa dihargai even dia balas, "Takde hal lah, small matter je pun".
Kesimpulannya, orang berbudi kita berbahasa. Peringatan untuk aku jugak :)
Nak letak jugak gambar bunga berkembang mekar di pagi hari, pagi tadi kat hostel. Nasib baik purple, kalau kuning dah lama aku petik habis. Haha. |
p/s: Aku rasa semua pensyarah aku patut guna ayat "Ingat ni sampai mati" untuk semua topik yang diajar. So that, aku ingat semua. Kihkihkih :p
No comments:
Post a Comment