Assalamualaikum.
BGSP.
Bukit Gambang Safari Park.
Terletak di dalam kawasan Bukit Gambang Resort City, bersebelahan atau lebih tepat, naik atas sikit sebelah Bukit Gambang Waterpark. Kalau aku tak silap lah, BGSP ni baru je dibuka tahun lepas, tapi tak berminat nak pergi sebab dulu tiket nak masuk sini mahal, pastu fikir awal-awal ni mesti takde haiwan sangat, so macam tak berbaloi bagi seorang student miskin macam aku nak beli tiket mahal semata-mata nak tengok berapa 'ketul' haiwan je. Haha. Jadi kenapa kali ni hati aku terbuka untuk ke sini??? Antara sebab yang munasabah adalah:
1. Tiket masuk sini dah murah sikit lol, affordable lah bagi students, yang paling penting bila nak datang sini, bawa MyKad okay, so that hanya bayar RM 28 untuk siang dan malam (harga biasa RM 68), dan RM 23 untuk malam sahaja (harga biasa RM 48). Harga yang aku cakap ni harga seorang dewasa, dan aku guna perkataan mudah, sebenarnya untuk siang nama dia: Wild Savannah, dan untuk malam: Night Jungle. Waktu operasi BGSP pula adalah dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, kecuali Sabtu.
2. Abang long dapat tiket FREE! *ni lah sebenarnya satu-satunya sebab macam mana aku boleh terjebak sampai ke sini hahahaha*
|
Kaunter tiket, bukan nak beli ye, nak tunjuk je kitorang dah ada tiket. Hihi. |
|
Belum apa-apa dah snap gambar dulu. |
|
Entrance Waterpark kat tingkat bawah ni je. |
|
Ha tu! Laluan nak ke waterpark. |
|
Lobi. Kat sini ada restoran, kedai cenderamata dan sepasang suami isteri
singa haha. |
|
Kat sini jugak naik tram ni untuk ke Eagle Station. |
|
Dalam tram. |
Untuk tram ni, naik kat lobi kan, kena bayar lagi RM 1 setiap orang untuk ke Eagle Station. Sampai je Eagle station, boleh lah pilih mahu ke mana. Kitorang pilih nak pergi pusing tengok haiwan dengan tram. So, naik lah tram lain pulak. Dalam satu tram, akan ada lah seorang tourist guide yang akan cerita pasal semua haiwan yang bakal dilawati. Destinasi kami adalah ke Afrika dan Hutan Hujan Tropika. Perjalanan ini hanya mengambil masa 30 minit. Kau bayangkanlah terbang ke Afrika pastu balik Malaysia balik dalam masa 30 minit je. Fuhh, hebat lol!
|
Ini dia Cik ke Puan Akma, tourist guide tram ni. |
Sekarang kita akan mengunjungi haiwan-haiwan yang terdapat di Afrika ye. Mula-mula sampai dalam hutan ni, sepatutnya jumpa hippo dulu tapi takde jodoh nak ketemu beliau, beliau berendam je dalam kolam, mungkin sebab cuaca yang panas ni kot, pastu tak timbul-timbul. Penat tunggu. Jom mengenali haiwan-haiwan lain pula!
|
Antelope. Kalu berbelang macam ni, betina lah ia, kalau takde belang
jantan lah ia. Yang kecik-kecik tu pula ialah... tak ingat nama dia tapi
antelope juga. |
|
Ini pun sejenis antelope jugak. |
Ada lagi lah gambar-gambar lain tapi semua antelope, tak berminat aku. Haha. Sekarang kita masih lagi berada di Afrika ye, tapi kita nak melawat yang ganas-ganas sikit. Tengok lat bawah ni siap ada benteng pertahanan awam lagi, double lagi...
|
Sebelum memasuki kawasan haiwan ganas-ganas ni, masuk sini dulu. |
|
Ini 2 ekor anak gajah sedang tidur. Umur mereka 18 bulan. Patutlah suka
tidur, baby rupanya..hehe. |
|
Ini singa Afrika, ngaumannya boleh didengari dari jarak 8 km. Kenapa
monyok? Kerana isteri beliau baru beranak...tengah pantang...hihihi. |
|
4 ekor cheetah berusia 4 tahun. Haiwan terpantas di dunia. |
|
Ini... puas aku fikir dowh, aku pun lupa bendalah apakah ini..hahaha. |
|
Kambing Afrika. |
Sekarang kita akan ke Hutan Hujan Tropika pula.
|
Lembu...sape tak kenal aku nak kesian lah kat dia. Haha. Yang putih tu
lembu dari Afrika tapi aku pun pelik apesal letak sini. |
|
Malayan tiger. Hanya boleh dijumpai di Semenanjung Malaysia dan selatan
Thailand. Haiwan yang mempunyai ingatan yang kuat, dan pendengaran
yang sangat tajam. |
|
Lembu pakai pampers dan stokin, kata Cik Akma. |
|
Rusa. |
|
Ni lah sebahagian daripada kawasan hutan yang kitorang lawati tadi. Mula-
mula tengok ingat kawasan pembinaan tak siap. |
Dah balik kat Eagle station balik, dari Eagle station ada nampak big bird dalam Sesame Street tapi aku lupa nama dia, burung Elmo ke apa entah. Sebelum turun tram, Cik Akma ada cakap ada lion feeding jam 3.30 petang, then ada show jam 4 petang kat Village Arena. Pusing-pusing sampai pening kitorang dibuatnya nak cari mana tempat yang dimaksudkan tu. Tanya Abangla yang kerja kat situ pun, satu hal jugak, dia tak faham lol. Haha. Kitorang pun jalan je laaa...
|
Kat Eagle station, jumpa dia ni. Ada sekor lagi, tapi yang tu tengah kencing.
Tak senonoh punya unta. |
|
Sebahagian daripada sangkar-sangkar yang terdapat di sini. |
|
Ni jumpa masa nak cari Village Arena lah ni. |
|
Ini Insects Museum. Eh, ye ke?? Hihi. |
|
Ni kat area Village Arena lah, nampak pony, masuk jap. |
|
Eh, Pony.. kenapa seeedihhh je nampak... |
|
Aku dah agah-agah pun, dia masih macam tu jugak??? |
|
Aku siap duk sebelah pun, dia masih tak tergoda???
Tugu ke apa... |
Sampai kat sangkar singa tu, aku terjenguk-jenguk lah, mana feeding nya? Sekali nampak kaki ayam je terkeluar daripada mulut si singa ini. Adusshh, terlepas pulak tengok diorang mesti rakus gila makan ayam. Kitorang stay je lah tengok mereka adik-beradik bergaduh pulak. Haha. Yang tak bestnya, cermin sangkar ni macam reflection, nampak muka aku balik kot.
Lepas tu dah pukul 4, cepat-cepat ke dalam dewan Village Arena nak tengok show haiwan-haiwan comel ini.
|
Pentas. |
|
Semua haiwan yang buat show memang dah well-trained, pandai keluar
masuk. |
|
Hehe, comel kan beruang ni minum susu daripada botol susu. |
|
Aloh, dahaga sangat tu nampak. Haha. |
|
Alpaca, macam unta tapi berbulu lebat. Dia ni sekor-sekor nya yang pandai
keluar tapi tak pandai masuk balik. Duk blur sekor-sekor kat tengah pentas.
Haha. |
|
Kuda ni pun sekor, sedih sangat gayanya. Break up dengan awek eh?? |
|
Kurang hajo, time aku datang ni lah kau nak down kan..haha |
|
Eh, ada 'Abang Wok' intai kite laaa.. kekekeke... |
Masuk sangkar cicak pulak... Semua spesis cicak kat dalam sangkar ni hanya dilepaskan bertebaran, even atas jalan yang kau jalan pun. Nasib lah kalau kau penakut, sampai bila tak boleh cross. Haha gurau je, ada penjaga kat dalam tu, kalau kau takut nanti dia pimpin tangan, eh tak tak.. nanti dia alihkanlah cicak-cicak yang menghalang laluan tu. Hehe.
|
Green iguana, ini pun kurang hajo, nak lintas jalan bukan nak tengok kiri
kanan, nasib baik aku tak terpijak. Hahaha. Tapi comel kaann?? |
|
Mak aii, bendalah ni buat aku terkejut je, tengah syok terhendap-hendap
cari kura-kura dalam kolam, sekali pandang belakang, hamik kau, besar
punyaaa! |
|
Kura-kura gergasi berteduh. Ni kat bawah kura-kura besar tadi. |
Malayan House pula ye..
|
Bestnya dapat rumah macam ni, macam tenang je... |
|
Anak menakan ku... ye tak awok?? :p |
|
Turkey, itik, ayam, angsa, buai semua ada.. |
Sebelah Malayan House, ada Petting Kingdom. Di dalamnya terdapat beberapa binatang yang biasa dijadikan pet macam arnab, alpaca, llama, kambing dan lain-lain lagi.
|
Yang dipegangku itu namanya Prairie Dog, macam tupai. |
|
Ni jumpa kat atas lobi Simba Hill Plaza tadi, suami isteri singa. |
Kitorang balik rumah sekejap, nasib baik rumah dekat, so senang lah nak rehat pastu datang balik malam nanti. Lepas Maghrib kitorang dah terpacak kat Village Arena balik sebab pukul 8 malam, ada show lagi, Tarzan: The Lost World. Show yang ni seriously best, kelakar. Hahaha.
|
Tarzan nak selamatkan yang jahat tu, tapi tak berjaya, yang jahat jatuh dalam
air terjun. Apesal air terjun dah nampak macam langsir ni... |
|
King Kong pun ada. |
|
Yang baju koyak rabak sebab kena bom tu, Jungle Researcher weyyy... |
|
Eeee.. mengada betul lah beruang ni! |
Show tadi tu hanya 20-30 minit je, pukul 9 ada show api pula kat depan Village Arena tadi. Sementara tunggu pukul 9, kitorang jalan-jalan kat Jungle Square dan Jungle Walk.
|
Sangkar-sangkar di kiri kanan yang menempatkan binatang-binatang yang
berjaga pada waktu malam. Yang aku nampak, semua spesis tikus je yang
kecik yang besar, pastu ada sugar glider. |
|
Semangat aku dan Kak Long terhendap-hendap cari mana haiwan ni??
Sekali........ (tengok gambar bawah) |
|
Kekekekeke... |
|
Percayalah, takde kelawar langsung. |
|
Supir gergasi. Ish kata berjaga waktu malam, tapi tidur jee... |
Last show...
|
Gambar terakhir ni diambil dari dalam bilik kaca untuk melihat dengan lebih
dekat suami isteri singa tadi. |
Begitulah cerita nya kitorang ke Bukit Gambang Safari Park ni. Kata abang long, ramai post cakap best datang sini, abang long sendiri cakap, "Emmm, tak best pun!", aku cakap... "Erkk, boleh laaaa..."
Mengikut abang long juga, banyak dah haiwan yang mati kat sini, lagi-lagi yang diimport dari negara luar, yelah tak sesuai dengan iklim Malaysia kot. Patut pun banyak sangkar kosong. So, ikut hati lah nak datang ke tak, sape tak pernah datang boleh lah cuba. Lagipun, BGSP ni adalah yang terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara. Jadi, berbanggalah kita sebagai anak Malaysia!
Special thanks to abang long, kak long and Humaira =)
No comments:
Post a Comment