Nope, today is Saturday. (fact)
Assalamualaikum.
Perlu bangun awal dan pulang lewat petang membuatkan terasa seperti hari Isnin yang tipikal. Dah lama pun tak rasa macam ni sebab dah takde jadual ketat macam semester-semester lepas dah. So, agak mengantuk bila terlalu lama berada dalam kelas. Oh, talk Sure Hired oleh Che E tadi sangat menarik, tapi tak terdaya aku mahu menidakkan nafsu mulut sendiri daripada menguap dua kali seminit. Dah lah tak dibenarkan menyalin tips menghadiri temuduga, lagi lah galak syaiton bergayut kat bulu mata aku ni. Haha.
Lama menunggu, aku dah start cari POU dah. |
Sedang aku khusyuk menaip isi-isi kat atas tadi, terlihat oleh ekor mataku kelibat sesuatu laju bergerak di luar tingkap bilikku. Haaa, misteri bukan? Dengan semangat ingin tahu yang tinggi, aku tertinjau-tinjau ke luar cermin tingkap yang tertutup kemas.
Tiba-tiba............................................................................................................
...................................................................................................
........................................................................
.............................................
...........................
...........
...
.
...........................
...........
...
.
Mak aiiii... terkejut beruk aku dibuatnya. Nasib baik memang beruk. Boleh dia menyorok kat tepi, pastu bila nampak aku tertinjau-tinjau dia datang menerpa dengan gaya ala-ala sergah. Pandai dia ni buat lawak kan, saja nak bagi aku terkejut. Dahlah rambut punk, pandai pulak dia buat rambut macam tu. Berlagak rock ler tuuuu........
Aku rasa dia ni remaja lah, sebab tu minat aku :p hahaha |
Sedih aku tak layan, siap 'nganjing' lagi tak boleh masuk bilik. Aku berani lah sebab dah tutup tingkap. Haha. |
Okay bye, nak mandi. Tadi dalam kelas peluh-peluh sebab takde aircond. Uuuu... sampai hati buat kitorang kepanasan seharian :'(
No comments:
Post a Comment