Assalamualaikum.
Untuk semester terakhir ini, selain daripada FYP, final year students jugak dikehendaki memilih mana-mana subjek elektif yang ditawarkan. Aku memilih Fertility and Diagnostic Nursing Practice (DNP). Subjek ini adalah subjek yang baru diperkenalkan oleh kulliyyah. Pada mulanya, kami ber-7 perlu dibahagi kepada 2 kumpulan sama ada Fertility atau DNP. Atas kedegilan dan ketamakan masing-masing, kitorang bertekad nak ambil dua-dua. Dah lah subjek baru, pastu nak ambil dua-dua, boleh ke??? In shaa Allah, kita try eh. Hehe. Posting elektif yang sepatutnya adalah pada sepanjang short semester, tapi kitorang punya subjek untuk Fertility perlu dimulakan dengan lebih awal gara-gara short semester jatuh pada bulan puasa, dan Fertility Centre ditutup pada bulan berkenaan. Sebab tu lah, posting kitorang start dari minggu ke-3 lagi. Ikuti cerita postingku yang panjang berjela-jela. Haha!
Minggu 1.
Semangat aku bangun pepagi dan iron baju
malam tadi sebab hari ni dah start posting kat Fertility Clinic Jalan Hospital
Campus (JHC). Tapi, rupa-rupanya kami hanya pergi JHC tayang uniform je di kala
posting period yang sebenar-benarnya belum tiba, sehingga menimbulkan tanda
tanya students lain. Tunggu punya tunggu kat dalam clinic tu, patutlah takde
orang, rupa-rupanya clinic dibuka sama ada di Indera Mahkota Campus (IMC) ATAU
di JHC, bukan dua-dua. Baru kami tahu
staff clinic pun orang yang sama sahaja, patutlah salah satu je buka. Shortage
of staff rupa-rupanya *ish, banyak betul ‘rupa-rupanya’ ni haha*. Jadi kami pun
pulang begitu saja!
Keesokan harinya, kami dikerah ke
Fertility Clinic (FC) JHC sebab petang semalam baru PA Dr call katanya clinic
di JHC. Tidak disangka-sangka sekali lagi kami hanya menayangkan uniform di JHC
kerana FC dibuka di IMC ye anak-anak. Haha. Sebab dah lewat, lecturer kami
suruh kami balik bilik je sambung tidur. Hahaha. Hari Rabu esoknya pula baru
betul-betul posting kat JHC. Dapat lah belajar satu perkara, iaitu SFA (Seminal
Fluid Analysis) yakni procedure yang menghuraikan characteristics sperm si
suami sama ada normal atau pun tidak, merangkumi kualiti, kuantiti, kelajuan
‘mereka’ untuk berenang, pH dan bentuk sperm. Oh, bau semen si suami sangat
meloyakan ye, nak termuntah aku kat situ, dah lah takde mask pun. Kak Ti
(psychology officer) cakap, sebab kitorang tak kahwin lagi kot, so tak biasa.
Hahaha. Lagi satu yang menarik perhatian, semen si suami yang merokok adalah
lebih likat dan lebih berbau busuk. Dan, perokok mempunyai peluang yang cerah
untuk menjadi seorang yang infertile ye, semen ada tapi sperm sekor pun takde.
Haish, engkau yang mandul sebenarnya, nak salahkan isteri tak boleh mengandung pulak.
Minggu 2.
Minggu ni lebih teratur sikit lah, dan
kami menjadi lebih produktif. Mana tak nya, patut seminggu kerja 2 hari je,
kami rela kerja 3 hari. Faridah lagi lah, hari Ahad kena pergi tengok IVF (In
Vitro Fertilization), sebab hari tu dia volunteer nak tengok OPU (Ovum Pick
Up), iaitu keluarkan ovum dari si isteri dan fertilize dengan sperm dekat luar,
then hari Ahad tu kena masukkan balik dalam uterus si isteri. Jika implantation
berlaku dengan jayanya, mengandunglah si isteri, bersyukurlah si suami. Hihi.
Minggu 3.
Akhirnya minggu ni aku dapat jugak kerja hari Isnin kat FC kat IMC. Hari Isnin dikatakan hari yang paling sibuk. Fuhh, memang sibuk gak la, patients ramai tak putus-putus datang. Aku yang jaga registration kat kaunter je pun, jadi pening dibuatnya. Budak baru belajar kan. Staff UIA pulak memang baik, faham je kitorang ni baru lagi, takde pun nak marah-marah. Bila kitorang buat silap, tak marah pun, siap backup lagi, cakap, "Takpe, takpe baru lagi". Tu yang syok bila posting kat UIA ni. Bila telefon bunyi, aku tolak kat engkau, engkau tolak kat aku. Semua tak nak angkat haha tapi diorang tak marah, terus suruh hulur kat diorang, even masa tu tengah consult dengan patient. Teruk betul kan students macam kitorang ni, tak membantu.
Minggu ni jugak paling banyak aku kena ambil darah patients. Cuak jugak bila tak dapat kan, tapi seriously patients kat Fertility Centre ni pun sempoi je. Bila tahu aku student, takde pun nak refuse tak nak bagi aku ambil. Bila aku ambil darah dia tak dapat, takde pun nak marah-marah or complain. Siap cakap, "Takpe, belajar kan, takkan nak terus dapat". Haaa, engkau... daripada rasa nak down sebab tak dapat darah yang diingini *hihi*, terus aku berkobar-kobar nak lagi nak lagi darah, macam dracula tak makan sebulan. Haha. Ada satu patient ni, staffnurse. Alamak, kena ambil darah lah pulak. Aku dah cuak dah kalau staff dari medical field ni.. kot-kot nervous sangat, aku buat silap, then, kena 'tembak' dengan macam-macam peluru ha. Sekali memang aku kena lah kan. Faridah dengan Ainsya lagi lah tak nak. Aku dah baca segala ayat dah masa nak cucuk tu. Biarlah dapat, biarlah dapat. Alhamdulillah, berjaya! Staffnurse tu pun rileks je, siap pesan lagi lepas tu, "Takpe, biarlah kita tak terer sangat pun, yang penting kena tunjuk yang kita confident, barulah patient yakin". Haippp, baik! Terima kasih puan atas nasihat :)
Minggu 4.
Aku sampai Kuantan dari Kelantan dalam pukul 5.30 pagi. Sampai je bilik terus mandi, iron baju uniform, solat. Ingat nak tidur sekejap, tapi apakan daya, alarm bunyi dulu sebelum aku sempat terlelap. Stress gila, dah lah dalam bus pun tak boleh tidur. Pakcik (walaupun beliau tak tua pun, muda lagi) depan aku, kok ye pun nak tidur turunkan kerusi, agak-agak la. Serendah-rendah yang boleh dia turunkan, sampai tersepit kaki aku. Pastu, bukan nak tanya aku okay ke tak, lagi lah panaasss hati aku ni. Masa aku nak turun pun, dia boleh buat tak reti je even masa tu dia dah sedar, sampailah aku cakap, "Encik, boleh tak angkat sikit kerusi ni, saya nak keluar", barulah reti. Haish. Okay, back to the topic, nak cerita pasal posting tetiba cerita pasal pakcik dalam bas pulak hehe. Hari pertama untuk minggu ni, takde patients langsung. Aku online je dalam FC tu, nasib baik bawak laptop, bosan gila kottt. Kekecewaanku tak dapat buat sebarang procedure terubat gara-gara ada jamuan makan pizza lepas posting hari ni. Hari kedua, Kak Ti, psychology officer tunjuk video pasal fertility treatments punya procedures, lepas tu Kak Ti minta kitorang tolong masukkan data patients dalam SPSS. Apa lagi, ibarat mengantuk disorongkan bantal, kami menggangguk laju tanda setuju. Akhirnya ada jugak kerja yang nak dibuat. Haha. Bosan kan minggu ni. Hehe.
Minggu 5 & 6.
Cuti mid-semester. Yuhooo!!!!!!!!
Minggu 7.
Doktor baru balik umrah, dan doktor jugak nak pergi conference kat Kanada, so even hari Isnin yang kebiasaannya ramai patients pun, jadi takde patients. Ada patient datang pun sebab nak buat SFA je. Jumlah normal sperm yang perlu ada dalam seorang lelaki ialah perlu lebih dari 20 juta, barulah peluang lebih cerah untuk kejayaan sperm itu bergabung dengan ovum dan meletup. Haha.
Aku pergi posting habiskan masa atas kerusi urut je. Kerusi urut kat FC best, sampai sakit pinggang aku sebab lama sangat berurut hahaha. Aku kira Kak Ti pun bosan kot, dia gunakan kitorang bertiga sebagai subjek untuk test teknik hypnosis (kawalan minda separa sedar) yang dipelajarinya.
Minggu 8.
2 hari kerja minggu ni memang masukkan data patients dalam sistem je. Pastu menyembang sambil sapu hingus. Aduyai, lama pulak aku selesema kali ni, ada tu satu hari aku tak larat sangat aku tidur dalam FC tu haha. Nasib baik memang takde kerja. Kalau rajin, aku bukak lah sistem tengok info pasal patients. Paling aku suka tengok personal info dan history. Kalau tengok kerja dengan pendapatan, wooo memang hebat lah. Tapi bila baca history diorang dah 6, 7 tahun kahwin tapi takde rezeki memiliki anak sendiri, rasa sedih pulak. Lagi sedih bila tahu saudara aku pun patients kat situ :'(
Minggu 9.
Minggu ni minggu terakhir kitorang posting kat IIUMFC. Minggu terakhir ni jugak lah baru rasa Miss yang kitorang geruni sebenarnya baik jugak ek?haha. Dan Alhamdulillah minggu ni ambil darah patient berjaya semuanya. Haha, dan hari ni jugak aku berpeluang sembang dengan Dr yang super soft-spoken orangnya. Dia tanya aku pasal FYP, aku cakap final presentation FYP akhir bulan 5 dan dia terkejut dan dia marah aku sebab aku tak start pun analyze data lagi. Dia risau takut tak sempat, sampai aku pun rasa eh betul ke dah terlambat untuk aku ni. Haha, tapi dia marah pun boleh senyum. Alahai, doktor...doktor...
Assignment untuk subjek elektif ni ialah kami perlu mengadakan satu sidang forum berkaitan dengan isu kesuburan. Itu nanti lah cerita. Huhu. Bye!
Bilik ambil darah, dan TVS. |

Bila Isnin takde patients. Aku dah kelihatan seperti Shrek selepas kenyang diberi makan haha. |
Minggu 8.
2 hari kerja minggu ni memang masukkan data patients dalam sistem je. Pastu menyembang sambil sapu hingus. Aduyai, lama pulak aku selesema kali ni, ada tu satu hari aku tak larat sangat aku tidur dalam FC tu haha. Nasib baik memang takde kerja. Kalau rajin, aku bukak lah sistem tengok info pasal patients. Paling aku suka tengok personal info dan history. Kalau tengok kerja dengan pendapatan, wooo memang hebat lah. Tapi bila baca history diorang dah 6, 7 tahun kahwin tapi takde rezeki memiliki anak sendiri, rasa sedih pulak. Lagi sedih bila tahu saudara aku pun patients kat situ :'(
Meneliti personal info patients. |
Minggu 9.
Minggu ni minggu terakhir kitorang posting kat IIUMFC. Minggu terakhir ni jugak lah baru rasa Miss yang kitorang geruni sebenarnya baik jugak ek?haha. Dan Alhamdulillah minggu ni ambil darah patient berjaya semuanya. Haha, dan hari ni jugak aku berpeluang sembang dengan Dr yang super soft-spoken orangnya. Dia tanya aku pasal FYP, aku cakap final presentation FYP akhir bulan 5 dan dia terkejut dan dia marah aku sebab aku tak start pun analyze data lagi. Dia risau takut tak sempat, sampai aku pun rasa eh betul ke dah terlambat untuk aku ni. Haha, tapi dia marah pun boleh senyum. Alahai, doktor...doktor...
Dari kiri: Faridah, aku, Miss Azantee, Kak Bee, Kak Yati dan Kak Ti. |
Assignment untuk subjek elektif ni ialah kami perlu mengadakan satu sidang forum berkaitan dengan isu kesuburan. Itu nanti lah cerita. Huhu. Bye!
Terima kasih daun keladi ditujukan khas kepada Assoc. Prof. Dr. Roszaman, Kak Siti, Kak Ina, Kak Yati, Kak Bee, Miss Azantee dan juga patients kerana telah memberikan kami peluang merasai pengalaman menjadi salah seorang staf di pusat kesuburan. Super best power! Haha.
No comments:
Post a Comment