Do good. Always.

Do good. Always.

Sunday, October 27, 2013

Sambut Birthday kat Santai


Assalamualaikum.

Oktober dan November, dua bulan berbeza, dua bulan kelahiran sahabat karibku, Kapalah (Faridah) dan Aishah, 23 tahun lepas. Aku, Ainsya dan Jijah dah plan nak sambut birthday diorang sama-sama, sebab Faridah punya birthday jatuh dalam masa kitorang posting. Posting pulak tempat lain-lain, jadi lagi susah nak sambut nanti. Huhu. Kitorang memilih Restoran Santai kat Tanjung Lumpur sebagai tempat meraikan hari bahagia mereka. Ceh, macam kahwin pulak aku rasa. Haha. Restoran Santai ni lawa nak mati. First time aku kenal tempat ni masa keluar makan dengan Ara dan Afiqah lah. Diorang lah yang berjasa memperkenalkan tempat ni kat aku, lawa dia sampai aku cakap, "Ada rupanya restoran cantik kat Kuantan ni". See?? nak cakap yang aku impressed gila. Tema restoran ni macam garden lah. Malam lagi lawa sebab lampu-lampu dia romantik je. Hehe.






Semua gambar kat atas ni aku cilok dari Google. Gambar kat bawah ni pulak dari atas pondok tempat kitorang makan. Gambar dari kamera aku je, memang tak mampu lah nak lawan DSLR kan? haha.








Lawa kan, kan, kan... Makanan yang menarik kat sini semuuuua menarik, tapi tarikan dia lebih kepada Western kot aku rasa. Unluckily, masa kitorang pergi ni, Western food takde. Entah lah aku pun tak tahu kenapa, chef dia cuti kot. Agak kecewa jugak lah sebab aku mengidam nak makan lamb chop tapi tak kesampaian pulak. Haish. Last-last kitorang decide makan nasi, ikan siakap 3 rasa bla bla bla je. Yang penting kenyang. Memang kenyang pun, sampai nasi putih tak habis kot. Haha. Tempat lawa kan, so tak pelik lah kalau harga makanan pun agak mahal sikit lah. Macam aku makan lamb chop, selalu makan dalam RM 10-14, tapi kat sini harga dia RM 17. Tapi seriously sedap sangat, portion dia pun besar, pastu tak bau kambing langsung tau.


Okay, bila aku nak start cerita pasal kitorang sambut birthday ni sebenarnya, asyik puji tempat makan je. Bukan dapat elaun dari restoran ni pun. Haha. Aku, Ainsya dan Jijah pergi awal dulu sebab nak set up tempat. Lagipun kitorang 5 orang, kereta pulak tak muat 5, jadi Faridah dan Aishah kena pergi dengan motor. Kitorang pergi awal sebab takut penuh dan berjaya lah dapatkan tempat makan dekat pondok tingkat atas. Privasi sikit, nasib baik awal, takde orang lagi kat situ. Kalau tak mesti penuh punya lah. Ada kek, kitorang decorate sendiri, ditekankan di sini, decorate sahaja sendiri, cheesecake tersebut kami beli di kedai kek sahaja. Hehe. Nak tengok hasil kreativiti aku, Ainsya dan Jijah???


Tadaa!!! Kreatif tak?Haha. Beralaskan penutup tupperware, kitkat
disusun disekeliling kek menggunakan Nutella sebagai 'gam', tulis
nama menggunakan coki-coki, serta dihiasi M&M dan Skittles!!


Okay laahhh, kitorang punya surprise dikira berjaya jugak lah, diorang berdua terkejut jugak, even plan ni Faridah pun involve jugak, tapi dia tak tahu yang surprise ni untuk dia jugak. Kira plan dalam plan. Haha, best!. Ada lah record jugak, wishes semua tapi segan pulak nak upload kat sini sebab macam over sikit, especially aku lah! Hahaha. Pastu tunjuk video yang kitorang bertiga buat, tapi sebab miscommunication, ada 2 videos pulak. Dua kali pulak ter'edit' nye. Tunjuk je lah dua-dua versi, bonus untuk mereka! Haha. Pastu makan, waaaaaaaaaaaaaa... makan, memang lapar ni!


Kami!


Ikan siakap tiga rasa. Nampak macam pedas tapi tak pun :)




Kenapa Aishah tidur???


Pastu, habis makan, awal lagi pulak bila tengok jam. Baru 9.30 malam. Ainsya ajak pergi lepak Benteng jom, then kitorang pun jommmm je laaaa....


Haha, licinnn!!!

Ni lah Benteng. Macam Waterfront kat Kuching.






Pokok I-City. Tak dapat bergambar masa kat Kuala Krai, kat sini
pun jadi lah. Haha.




Then, nightmare happened................






*BERSAMBUNG*




PERANG DUNIA PERTAMA (GREAT WAR)

- Bermula 28 Julai 1914- 11 November 1918
- Antara Rusia-Perancis-Itali-Britain-USA-Kanada VS Austria-Jerman-Turki-Bulgaria
- Tercetus apabila Putra Mahkota Austria- Hungaria, Franz Ferdinand dan isterinya dibunuh oleh pengganas Serbia, Gavrilo Principe.
- Berakhir apabila diadakan perjanjian damai dikenali sebagai Perjanjian Versailles.
- Mengorbankan lebih 8 juta orang. 

2 comments: