Assalamualaikum.
Lepas jumpa masa raya hari tu, banyak kali jugak lah aku keluar dengan best friends paling senior ni. Kenapa ada senior ke junior ni ek? Sebabnya aku kenal diorang ni sejak sekolah rendah lagi. To be exact, kitorang mula rapat masa darjah 5. Especially dengan Fatin, dia budak lompat, so masa darjah 5 baru masuk kelas aku, kenal dengan aku then terus jadi best friends sampai sekarang. Hehe. Sekarang pulak, semua dah habis belajar, dua orang kat luar negara, Fatin dan Nadiah pun dah balik for good. Jadi banyaklah kalinya kitorang ambil kesempatan untuk bertemu mata dan jiwa. Ceh. Haha.
Cuci mata di Tasik Krai.
First time jumpa lepas jumpa masa raya. Tengok, budak jakun tak pernah naik motor. |
Ni sorang lagi. Pja punya gaya sama je kan? Haha. |
First, singgah kat sekolah rendah yang telah menemukan kitorang. |
Aku yang beriya nak bergambar kat sini, tapi tak cantik pun. Haha. |
Budak excited naik buai, jogging malas! |
Show our love. |
Here we were. Sama lah dengan Tasik Bandar kat Kuantan ni ha. |
Berbuka puasa.
Kitorang sering kali jugak ber'sms' tatkala diri ini tidak mempunyai Whatsapp/ WeChat/ Let's Line Neelofa! sedangkan yang lain ada. Peduli apa aku, handphone tak canggih, nak buat macam mana. Haha. Suatu malam yang hening, Fatin PM kat FB,
Fatin: "Sayang, jom keluar berbuka!"
Aku: "Erk, are you serious? Saya tak pernah keluar malam kot. Nanti ayah umi pelik."
Fatin: "Okay, kalau macam tu jom sahur!"
Aku: "Itu lagi lah harommmm saya nak buat. Haha. Lagipun, Kuala Krai ni tempat makan mana je yang bukak 24 jam."
Fatin: "Takkan takde???"
Aku: "Ada, ada! 7 E nak??? Hahahahaha."
Macam tu lah lebih kurang butir bicara kitorang yang mencetuskan idea memelikkan ibu bapa masing-masing, minta izin nak berbuka kat luar. Alasan aku?? Aku cakap je, Fatin yang ajak ni, dia kan baru balik sini, tu yang excited nak jumpa sokmo. Lagipun, Fatin kan dah alim, kalau dia boleh keluar malam, takkan aku tak boleh. Alasan tak boleh nak pakai sangat la dari segi siviknya, tapi umi ayah bagi je. So, approved! Haha.
Tiba- tiba.............................................................................
....................................................................
.......................................
..................
.......
.
BLACKOUT!!!!!
Maka. muncul lah kakak kerja restoran bersama lilin menyelamatkan kami daripada mengalami nycthophobia (takut gelap). |
See.. kembali tersenyum =) |
Lepas makan, ingat nak pergi tengok 'I-CITY' kat Tasik Krai tu, tapi bad day pulak, malam kitorang pergi tu, takde pulak di pasang pokok-pokok lampu tu =.="
Kenduri Kesyukuran.
Adik Nadiah boleh sambung studies kat India, dan kitorang dipaksa datang juga kenduri kesyukuran beliau. Padahal, aku dah hari last puasa 6 dah hari tu, terpaksa lah korban puasa terakhir. Hehe. Ayah dan mak Nadiah cikgu, jadi ramai juga lah cikgu-cikgu sekolah rendah kitorang datang masa tu. Lepas juga rindu kat cikgu-cikgu ni. Yang paling buat aku terharu, SEMUA cikgu yang aku jumpa tu still ingat lagi nama aku, nama penuh pulak tu. Pastu, tahu pulak aku belajar kat mana and ambil kos apa. Dah lama berbelas tahun kot aku tinggalkan sekolah rendah, saja je nak buat I terharu kan? Haha. Aku pun macam, okay okay, mungkin sebab ayah aku AJK PIBG sekolah kot. Haha tak boleh nak terharu lama-lama.
Date kat pantai.
Yang ni paling susah lah nak minta permission dengan umi ayah even aku tahu memang diorang bagi, sebabnya aku tak pernah pergi sendiri, maksudnya drive sendiri. Itu confirm ayah tak bagi. Fatin pun bagitahu lah, umi dia bagi pinjam kereta and dia yang akan drive. Yuhuuuu!!! Lepas 'imigresen' senang je! Tapi aku tak bagitahu lagi budak bertiga tu aku boleh join. Niat dihati nak bergurau yang aku tak dapat join, pastu buat ayat sedih, "korang pergi lah bertiga tanpa saya, enjoy k? Ambil gambar banyak-banyak. Takpe saya okay". Rupa-rupanya, di pihak yang lagi satu tu pulak diorang pun berbincang lah cancel date sebab aku tak dapat pergi. Aku dah gelak guling-guling dah. Dahla serentak diorang mesej aku buat ayat sedih, "Awak tak pergi, kitorang cancel lah. Tak seronok pulak takde awak. Takpelah tak pergi jauh-jauh pun, kita pergi dekat-dekat je okay". Aku macam malas lah nak reply lagi, malas la, malas la. Sekali hambikkk, pagi tu aku mesej cakap aku tipu je, semua kalut bersiap, nasib baik diorang tak merajuk tak nak pergi je. Selamat aku.Tapi, kesannya, dalam kereta kena bebel! :p
Main boling kat KB Mall dulu. |
Semua tak reti main. Haha. |
Dah sampai Pantai Irama, Bachok. |
Macam tinggi je lompat, poyo je. Haha. |
Budak paling excited main air. Siap bawak seluar extra lagi. |
Kahkahkah. Setiap kali tengok gambar ni aku nak gelak gila. Dah stylo dah pakai spek hitam, tapi slack pulak dengan plastik makanan tu. Kahkahkah. |
Dah lah plastik tu aku punya. Aku suruh dia bawak. Bila dia tengok gambar ni, bebel-bebel kat aku. Hahaha. |
Bergaduh ni, senyum-senyum pun. |
Jumpa bertiga kali terakhir.
Hari terakhir aku kat rumah, Fatin mesej lagi ajak keluar. Katanya, aku dah nak balik UIA, jom lah keluar jumpa buat kali terakhir cuti ni. See, berapa banyak kali gila kitorang keluar sepanjang cuti sebulan hari tu. Terasa diriku begitu berharga, eh? Haha. Nasib baik jugak ayah umi begitu memahami, tak pernah halang bila aku nak keluar, sebab diorang pun tahu dengan sape aku berkawan, ke mana kitorang nak pergi, dan apa yang kitorang buat. Ayah umi pun kenal je dengan ayah mak diorang tu. Huhu. So, kitorang pergi makan kat KFC je. Nadiah tak dapat join sebab ada hal. Jadi, aku, Fatin and Pja je lah. Masa on the way balik, lepas hantar Pja, Fatin bagi aku sesuatu yang dibelinya semasa berkunjung ke Disneyland, 4 tahun lepas. Dia tanya aku,
Fatin: Awak nak 'B' ke 'F'?
Aku: *terpinga-pinga* Huh, hrmmm... 'F' lah!
Fatin: Nah! *sambil mengeluarkan bendalah ni*
Rantai rama-rama. Sebelah 'BEST' Fatin ambil :) |
Takde pulak dia tanya aku kenapa aku pilih 'F'. Sebab 'F' tu kan nama dia, senang bila tiap kali aku tengok rantai yang aku pakai ni, aku ingat kat dia. Hehe. Jiwang. Biarlah, best friend kita :p
p/s: Looking forward for the next SKBG reunion =)
Thanks babies ku semua: Fatin Athirah Mohammed Shukri, Nurul Afiza Ahmad Bakhtiar, dan Nadiah Fatimah Mohd Aziz.
testttt..munieeeeeeeeee
ReplyDelete