Assalamualaikum.
Aku rasa yang Part 1 aku tulis 2, 3 tahun lepas kot. Nampak sangat lama gila tak jumpa aweks ni secara beramai-ramai, 6 orang sekali. Eh, 6 ke 5? 5 je kali ni, yang ke-6 tu tak dapat join pulak atas sebab yang tertentu. Macam sebelum ni pernah je join, tak pernah pun. Haha. Tapi takpe lah, yang penting kami berlima enjoy reunion kali ni. Semua orang Kelantan, tapi buat reunion kat KL, pehal? Haha.
Mamai nak turun Kuantan dulu, sebab katanya tak pernah naik bas dari Kelantan ke KL. Takut katanya. Aku dengan berbesar hatinya menerima kedatangan beliau ke UIA Kuantan. Mamai sampai Khamis malam, Jumaat pagi tu aku sempat lah bawa dia pergi Bukit Gambang Waterpark sebelum naik bas ke KL jam 2.30 petang. Agak cuak lah sebenarnya sebab aku memang buta jalan, pastu bertolak balik dari Gambang dah pukul 1 lebih, malang tak berbau aku sesat pulak terlepas simpang nak balik UIA, pastu sebab masa tu orang solat Jumaat, jalan jadi sesak gila. Kitorang dah cuak dah takut terlepas bas, dahla masa tu tiket ke KL habis. Barang tak pack lagi. Habis aku! Tapi Alhamdulillah lah even kitorang sampai terminal jam 2.35 petang, bas tak gerak lagi. Ceh rupa-rupanya bas Mata Air ni tunggu tempat duduk penuh baru dia gerak, pastu free seats je. Dah macam bas lompat dah aku tengok. Tapi tak kisah lah even kitorang dapat tempat duduk paling belakang *takde sapa suka tempat duduk paling belakang sebab dekat dengan enjin, tayar dan nanti goncang kuat sangat* dan panasssss, yang penting selamat lah sampai destinasi yang dituju. Hihi.
|
Makan dulu sesampai. Lapar kot dari pagi tak makan. Poyo je sorang order
sampai 2 dishes, pastu tak habis.Hehe. |
|
On the way ke rumah Liza. |
Malam pertama kitorang berdua tidur kat rumah bujang Liza. Liza buka cerita hantu, aku tengok. Habis cerita hantu, Liza buka Bangkok Love Story, terus aku tutup muka dengan bantal................ tak nak tengok, nak Zzzzzzzzzzzzzzzz.............. konon je, padahal last-last aku yang terlelap paling lambat *sigh*. Liza ni dah ada plan sendiri dah, dah paksa kitorang berdua teman dia jog pagi keesokan harinya. Aku dah cakap awal-awal dah, aku jalan je bolehlah, jogging pleaseee lah, tak suka! Dia cakap okay, start jogging lepas Subuh, konon lagi....
Keesokan harinya...
Kitorang tak jadi pergi jogging pun, kitorang sepakat pergi swimming, swimming dalam selimut +_+
|
Breakfast Liza sediakan. |
|
Shopping kat Jalan TAR duluuu.... |
|
Konon macam tourist pulak. |
|
Pekena Carl's Jr dulu... |
|
Liza dan Ajeng. |
|
Mamai, aku dan Iqa. |
|
Bowling dulu, pastu wayang. |
|
Mereka yang aku sayang. |
|
Cukup 5 orang. Takkan cukup kot 6 -.-" |
Malam kedua, kitorang berlima tidur di rumah Ajeng kat Shah Alam. Tengah-tengah malam tu jugak lah kitorang bahagi-bahagi hadiah yang dibeli dan disimpan yang dah berkurun tu. Pastu, lepas mandi. kitorang sepakat semua pakai baju yang aku beli kat Sarawak. Comel sangat tengok semua pakai baju sama, nampak harmoni gitu. Walaupun dah lewat, kitorang masih ambil kesempatan untuk bersembang dan bercerita perihal diri masing-masing. Yang paling jadi mangsa aku lah. Aku tak tahu lah kenapa, mungkin sebab aku ni banyak cakap orangnya kot *banyak cakap dengan orang tertentu sahaja ye* Jadi potpetpotpet lah aku malam tu. Best gila bila semua orang punya cerita yang latest, pasal kerja dan macam-macam lagi lah, semua nak berebut cerita. Seronok yang amat ada kawan macam diorang ni. Kecoh rumah. Haha. Bak kata Faridah dan Pija, semua kawan-kawan baik aku spesis macam aku, banyak cakap pastu mudah mesra. Aku tak tahu, orang cakap okay. Mujurlah ada kawan-kawan macam ni, tak awkward bila diorang berjumpa. Macam Liza jumpa dengan Pija masa raya haritu, dan masa Ainsya, Faridah dan Farah jumpa. Senang je nak ngam, tak payah aku rasa nak berbelah bagi nak layan sape. Haha.
|
Mamai beli kat Bali. |
|
Tukar-tukar gifts, masa ni lah baru boleh bagi kat semua orang. |
Hari ketiga, kitorang dah bincang dah nak pergi melawat Rashid kat Ampang General Hospital, tapi sebelum tu kitorang pergi breakfast kat pasar tani Shah Alam. Pasar tani terbesar kat Malaysia kot, kat situ jugaklah jumpa dengan Kak Hasni, kakaknya Huril 'Ain roomate aku dulu. Terkejut jugak dia aku still ingat dia, padahal masa Form 3 dulu kot aku pernah bermalam kat rumah dia. Ala dia tak banyak berubah pun even anak dah dua, tu yang senang je nak cam. Huhu. Then, dalam tengahari jugak lah kitorang bertolak ke Ampang dari Shah Alam. Jauh, lebih sejam jugak nak sampai sebab sesat even guna GPS. Huh.
Sebab aku dah biasa dengan hospital, aku lah yang lead kengkawan aku semua ni untuk cari wad Rashid. Rashid ditempatkan kat wad Oncology *of course* dan mula-mula jumpa Rashid aku agak terkejut sebab tak dapat nak cam dia sebab dah botak. Dia dan ibu nya sangat ramah melayan kitorang even tak kenal sangat pun masa kat sekolah dulu. Sebab dia banyak guna medical terms untuk cerita pasal penyakit dia tu, hanya aku yang faham dan banyak tanya, yang lain blur, tapi lepas tu aku explain balik lah kat diorang, baru diorang angguk-angguk tanda faham. Yang paling aku respect kat Rashid dan ibunya, mereka sangat tabah dan fikir positif je, aku dapat lihat daripada cara percakapan mereka. Moga Rashid kuat semangat untuk melawan penyakit kanser darah (lymphoma) yang dihidapinya sejak Mac lalu. Be strong ya Rashid =)
|
Sempat lagi bergambar kat rooftop hospital. |
Balik dari hospital, kitorang singgah UIA Gombak untuk solat, berehat dan menenangkan diri masing-masing akibat baru terasa sedih terkenangkan keadaan Rashid.
|
Tak tahu nak buat gaya apa daa... |
|
Jom tukar tempat! |
|
Alaaa.. camera fokus lain pulak. |
Pergi KL Festival City untuk makan malam. Mula-mula masuk, jumpa kucing mengada ni...
|
Mana-mana kamera aku fokus, dia akan pergi situ. |
|
See.......... |
|
Muka kelaparan semua ni... |
Masing-masing lapar, gambar tengah makan pun takde lah. Haha. Malam ketiga kami berdua (dengan Mamai) bermalam kat UIA. Iqa bawa kitorang pergi cafe UIA, Mamai cakap "cantik". Aku cakap lah "Haha. Awak belum tengok lagi kat Kuantan punya cafe :p".
Terima kasih daun keladi buat 6 Serangkai: Amalina Mohd Fauzi, Nik Nur Afiqah Nik Alwi, Noor Azliza Arias, Amira Mohd Ashri Aminuddin dan Noor Amira Nordin (tiada, tapi sempat call minta maaf).
Dalam kereta masa dalam perjalanan balik dari melawat Rashid, semua senyap sebab sedih, tak tahu nak cakap apa. Then, diorang tanya aku,
D: "Kenapa awak nampak tak sedih pun Munie?"
Aku: "Dah biasa... Tengok yang meninggal depan mata pun ada..."
Suasana kembali sepi.
No comments:
Post a Comment