Do good. Always.

Do good. Always.

Monday, October 14, 2013

Aku ini perlu berinformasi!


Assalamualaikum.

Agak tersentak diri ini di kala lecturer bertanya di dalam kelas, " Who is the Minister of Health in Malaysia?" tapi aku tak dapat jawab. Memang selalu agak sukar lah suara aku didengari untuk jawab soalan even duduk depan sekali, tapi at least orang sebelah dengar pun takpe dah, dengar orang sebelah cakap, "Munie tahu..." pun takpe dah, tapi ni lain ooo. General info pun aku tak tahu. Seriously? Apa yang aku buat sehari-harian selama 23 tahun ni? Sekarang baru nak reflect diri, teruk betul aku. Jadi, aku dah bertekad and hopefully apa yang aku tekadkan ni akan kekal lah sampai hujung nyawa *amboi*. Apa yang aku tekad sangaaatt nak buat tu? Aku dikehendaki diri sendiri untuk:

1. Membaca berita online terkini setiap hari selama 30 minit.

2. Google apa-apa sahaja perkara berinformasi untuk menambah ilmu di dada dan otak selama 30 minit setiap hari.

Jumlah jam terkumpul = 1 jam.

24 jam - 1 jam = 23 jam.

23 jam lagi aku ada untuk tidur, makan, berangannn....... eh?. Haha mengarut! Tapi at least bila orang tanya ke, bercakap ke pasal isu-isu macam ni, aku tahu la kan. Ni tak, senarai kabinet menteri kat Malaysia pun aku tak tahu. Belum lagi tanya yang dunia punya. Tapi aku tahu bekas Gabenor California sape... Arnold Schwarzenegger! Haha tahu pun sebab dia pelakon, pastu info tu macam menarik. Manusia biasa macam aku ni memang, info yang menarik je yang aku ambil peduli, yang lain masuk longkang. Tapi sekarang yang masuk longkang tu lah yang aku kena ambil tahu.


Nah, senarai Menteri Kabinet Malaysia. Tak nampak sangat pun, yang jelas di situ PM dan TPM je. Google sendiri! Hehe.



Oh ya, lagi satu. Setiap kali aku update entri kat blog ni, aku akan letakkan satu column untuk tulis info yang menarik yang aku baru tahu. Haha. Okay, bye!




"Are those who have knowledge equal to those who do not have knowledge?!”

(Surah Az- Zumar, verse 9)

No comments:

Post a Comment