Do good. Always.

Do good. Always.

Friday, February 14, 2014

Teringat...


Assalamualaikum.

Sekarang aku tak tahu nak buat apa, mengadap laptop dari tadi, marathon cerita pun dah bosan. Cerita pun bosan kot tengok aku, agaknya. Sebenarnya ada je kerja, of course FYP, tapi biasalah aku ni bukan seorang yang rajin, kalau tak terdesak, memang kerja tak jalan. Memang agak pelik lah, dari sekolah orang cakap aku rajin, aku rasa mereka tak kenal betul siapa aku agaknya. Haha. Jadi, kenapa aku tak balik rumah kalau dah bosan? Jawapannya, ada kerja yang perlu aku uruskan, iaitu menunggu. Haha macam pelik kan jawapan, hanya aku yang faham.


Biasalah kalau dah bosan- bosan, aku tergolek-golek lah atas katil sorang-sorang. Nak kacau roomates pun, semua berdedikasi buat FYP. Mengapa mereka begitu rajin, tapi bukan aku??? Aku golek-golek, ingat nak tidur, tapi tak lelap. Ingat nak berangan, tapi tak tahu nak berangan pasal apa haha. Last-last, yang muncul, memori yang bercampur-campur tak kira tarikh dan masa. Kot ye pun nak mengimbau memori silam, ikut lah tarikh wahai brain ku tersayang, adoiii... 


Teringat hari tu salah seorang kawan baik aku bagitahu yang dia akan sambung Master kat luar negara, dan kalau ikut tarikh hari ni, kurang 3 minggu lagi beliau akan berlepas ke sana sob sob sob :'(. Teringat masa aku Form 5, aku gaduh dengan Liza teruk gila, pastu sebab ego tak bertempat, aku taknak minta maaf. Beberapa bulan selepas tu *see, betapa ego nya...*, masa birth day aku, tiba-tiba dapat handmade birthday card daripada Liza, dah macam couple mintak sambung hubungan balik, mula-mula nak bercakap pun malu-malu, then dia ajak aku pergi taman sekolah, kitorang sembang lama gila segala secrets yang dipendam dalam beberapa bulan tu, semua diluahkan. Memang nak luah kat dia pun, tunggu masa baik balik je haha. Teringat masa cuti hari tu, cuti paling best sebab sejuk gila, pukul 9 pagi pun masih berkabus,sidai kain pun tak kering-kering. Haha.

Ni suasana jam 9 pagi kat kampung aku.


Teringat yang aku ada berhajat nak beli wedges, sebab nak jadi seorang perempuan yang sejati, pakai dress dengan wedges, tapi apakan daya bila mana aku nak tengok wedges comel-comel di internet supaya aku tidur bangun keesokan paginya, ada sepasang wedges di hujung katil, tapi yang terjadi adalah... otak masih obsessed, lantas jari jemari pantas menaip "s-n-e-a-k-e-r-s". Hihihihi, tak sengaja. Walaupun aku obsessed, tapi aku memang jarang beli sneakers. Aku tak suka ada banyak-banyak tapi tak pakai pun, masa beli beriya sebab ikut nafsu semata-mata. So setakat ni, tolak yang dah diberi kepada adik, aku ada satu je yang aku sayang gila, sampai aku pernah cakap, kalau rosak yang ni, aku akan beli yang sama haha, except kalau jumpa yang lagi comel lah.

My one-and-only...


Yang kat bawah ni yang aku berangan nak ada, kalau jumpa laaa... 







Pattern sama je kan, haha simple! Aku tak boleh kalau pelik-pelik sikit aku dah mula fikir, takut ada orang tengok la, padahal mana ada pun. Haha. Entri aku takde point kan, macam bosan, tapi kisah apa aku, aku yang nak baca balik jugak nanti-nanti. Haha. Bye!


No comments:

Post a Comment