Do good. Always.

Do good. Always.

Friday, February 14, 2014

Jelajah Kuantan!


Assalamualaikum.

Tak tahu macam mana nak conclude, sama ada semester ni macam heaven sebab class hari Selasa sahaja atau sebaliknya (you-know-what) sebab bakal sibuk dengan process collecting data untuk final year project. By the way, dah lega satu step dah lepas yakni proposal presentation. Alhamdulillah, examiners pun baik-baik, Walaupun banyak kena komen, tapi memang betul pun apa examiners komen. Aku memang kalau kena komen memang tak tahu nak jawab apa kan. Awal-awal dah confident betul, then bila dipersoalkan, sampai aku sendiri confused apa aku buat haha. Dan sudah di report kepada Daddy dan Daddy macam… "...okay some of them we can accept, some of them we just ignore all right." Haha. 


1. Air Terjun Sungai Pandan

Sebab terlampau lega presentation dah lepas dan demi meraikan final semester ni, kitorang sisters pun pergi lah berenang kat air terjun, keesokan harinya. Lokasi air terjun yang berkenan di hati adalah lokasi yang sama kitorang kunjungi masa second year dulu. Ok fine, lepas tanya Encik Google pun, beliau cakap memang kat Kuantan ni takde air terjun or sungai lain yang sesuai untuk dikunjungi oleh ‘manusia’. Yang sesuai dikunjungi oleh ‘buaya’ memang banyak lah. Hahaha. So, memang Air Terjun Sungai Pandan a.k.a Air Terjun Sungai Panching ni je yang ‘terpaksa’ diperkenankan oleh hati sanubari masing-masing. Hehe. Nasib baik dekat, dalam 20-30 minit gitu lah dari UIA Kuantan.

Haha. Tempat ni tak buka lagi, kitorang dah sampai. Beriya tak?

Setibanya... haruslah bergambar.

SubhanAllah.. lawa kan?

Pepagi dah terpacak kat sini. Tak kenal erti sejuk betul. Haha.


Berlindung di bawah waterfall.

Kapalah manaaaa???

Us.. beberapa lagi hilang pergi tukar baju.



2. Bukit Pelindung

Lenguh badan tak habis lagi akibat terlalu seronok berenang *tak tahu pulak nak berenang pun kena warming up*, kami mengambil keputusan untuk mendaki bukit pula. Selagi masih ada masa terluang dan selagi masih ada bukit untuk didaki, apa salahnya..haha. Sebelum ni, Bukit Panorama, kali ni Bukit Pelindung menjadi pilihan sebab tak pernah sampai lagi. Kalau sebelum ni daki Bukit Panorama dengan tangga, kali ni panjat Bukit Pelindung guna jalan tar sahaja. Sahaja sahaja pun, penat dia perrghhh..nak tercabut kaki rasa, even Bukit Pelindung tak setinggi Bukit Panorama tapi jalan dia memang curam.Macam mana lah uncle dan auntie tak mengah langsung daki bukit tu, siap potong kitorang lagi. Muda-muda dah takde stamina, memalukan betul haha. Bukit Pelindung boleh tembus Teluk Cempedak tapi kitorang tak lalu track tu sebab nak naik sampai puncak. Kalau nak lalu track ke TC tu tambah masa 35 minit, mengikut kata uncle lah. Sesampai je puncak, ceh, ada pencawang je takde view pun kecuali pokok-pokok lah haha pastu ada pondok pengawal tulis “Sila lapor di pondok pengawal”. Nak lapor apa entah, lapor yang kitorang dah berjaya sampai ke? Haha. Tapi tetap gembira sebab berjaya sampai ke puncak. Mula-mula rasa macam dah nak pancit je, gigil-gigil kaki mungkin sebab hypo tak makan tak minum langsung, tapi akhirnya berjaya jugak. Yeayyyy!!! Naik turun Bukit Pelindung memakan masa satu jam sahaja.

Nampak tak pencawang kat atas bukit? Tempat yang nak dituju.

Awal-awal, memang lah semangat lagi haha.


The road not taken. Left or right? Ans: right. Because we went left. Haha.

Yeay dah nampak pencawang!

We did it!


Aku dah rasa macam artis lalu redcarpet masa AJL dah kalau dah
ramai gini photographer haha.


Akhir-akhir pun semangat jugakk...haha


Oloh, dalam longkang pun jadi lah. hoho

Perbezaan ketara disitu. Individu bersenam dan individu malas bersenam,
tengok sahaja. Haha. Bersenam sangaaatttt...haha



3. Mini Zoo Taman Teruntum

Plan asal ingat nak breakfast then balik terus je, tapi alang-alang kat area yang sama, kitorang decide nak visit our ‘sedara-mara’. Hahaha, aku dah kenapa mengaku spesis-spesis ni sedara pulak. Mini zoo, dah nama dah mini kan, what do you expect? Ada ikan paus dalam akuarium? Akuarium pun takde, ni kan pula ikan paus. Akuarium yang ada pun letak ular dalam tu. Yang aku nak tergelak jugak lah, mungkin dah takde kot spesis unik jarang jumpa nak dibela dalam zoo ni, sampai ayam lembu yang biasa aku jumpa tepi rumah dan kat pasar pun ada kat sini. Hmmm… no comment.


Tak senonoh betul beruang matahari ni pose.

Ungka.

Nampak tak ostrich kat belakang tu? Bila kitorang dah beralih layan ungka,
mula lah dia nak tarik perhatian kitorang suruh layan dia haha.

Buah apa ni?? nampak macam diperbuat daripada plastik je.

Bosan tengok haiwan, main kat playground lah lagi seronok.





Last but not least, breakfast kat Taj. Akhirnya….. terisi jugak perut masing-masing. Alhamdulillah…





Oh, rasanya aku pernah cakap pasal trip kitorang nak pergi Tasik Kenyir tapi sayangnya, plan tu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Kini aku merancang untuk Eastcoast backpack trip Pahang-Terengganu- Kelantan tapi tak tahu bila haha. Hopefully jadi lah.. zam zam ala kazam!!! Haha bye!





Thanks to all Septimus sisters!

No comments:

Post a Comment