Do good. Always.

Do good. Always.

Wednesday, February 5, 2014

EMAREZEM ku...


Assalamualaikum.

Di kala ku kesepian dan ke'nervous'an menunggu detik-detik nak present proposal esok lusa ni, teringat pulak kat kawan-kawan sekolah dulu. Ingat lagi, masa muda-muda dulu aku skema, innocent je dalam kelas, tapi garang. Haha. Tak pernah disuruh tutup kipas sebab sejuk pagi-pagi even aku duduk paling depan dan paling dekat dengan suis kipas, tak pernah dipinjam barang sebab selalunya kalau diorang (bebudak laki) nak pinjam barang, mesti diorang skip aku haha, so aku rasa.......... pehal korang takut dengan aku woiii??? Waktu prep malam, masa dah nak balik tu ingat lagi nyanyi lagu 3 malam tanpa bintang dengan Wan Yaya, suara dengar tak dengar je tapi siap dengan gaya yang disorok-sorok sebab takut classmates nampak, nanti maluuu... haha. Pastu kalau prep petang, selalunya tak buat homework pun apatah lagi nak study, semua tidur je takpun main bola takpun sembang-sembang, takpun makan keropok lekor beli kat cafe, macam aku. Normal je kalau dah nama pelajar sekolah asrama, sape-sape tak pernah tidur dalam kelas, memang aku tabik laaa. Haha.


Minggu lepas, memori-memori kembali menjengah, makin kuat selepas menjejakkan kaki ke tempat itu, setelah 7 tahun meninggalkannya. Tinggalkan kelas 5B, lab, library (PSP), dewan selera, surau, cikgu-cikgu. 7 tahun tak pergi tuuu... even rumah aku 1 kilometer dari situ je lol. Haha. Ni boleh datang balik ni sebab Arabella Grace Garcia lah ni, mesej aku katanya tetiba rindu kat maktab lepas jumpa balik majalah maktab kat rumah. Eleh, mesej bagitahu aku dia rindu je, tapi maksud tersirat dia aku tahu...nak suruh teman lah tu. Haha. Aku pun, yelah yelah datang lah Ara, ajak yang lain-lain jugak, baru best ramai-ramai. Huhu. Pastu, katanya entah kenapa dia berkenaannn sangat dengan hari Selasa. Aloh, bagitahu je lah nak ke maktab hari Selasa. Aduyai. Hahaha~

Kami berenam sahajalah labu.

Yup, inilah sekolahku yang terchenta.

Dataran ni special kot, yang buatkan aku menyesal sampai sekarang. Menyesal sebab aku siapkan homework yang cikgu bagi masa cuti sekolah. Kalau tak mesti aku merasa kena denda keliling dataran ni disaksikan semua students dari kelas masing-masing. Baru syok, ada kenangan dan pengalaman kena denda, ini sebab aku siapkan kerja sekolah lah ni, semua kena denda kecuali aku dan Furqan. Aku hanya menyaksikan mereka didenda dengan pandangan sayu je dari tepi tingkap kelas. Kan dah cakap, aku skema -.-"


First jumpa HEP, Cikgu Hasnizam. Dulu cikgu Sejarah je ni, dan warden
jugak. Garang tapi kelakar.

Terserempak dengan Cikgu Rohana, guru Biologi sekarang Ketua Jabatan
Sains. Dulu beliaulah yang mengajar kelas kitorang yang ada 5 orang
students je tu.

Cikgu Aziz, maintain comel. Pernah nampak beliau naik basikal, serius macam
student. Haha.

Ketua Jabatan Matematik, Cikgu Faridah.

My favourite teacher, Teacher Ismawati, teacher AddMath. Aku tak pernah
dapat selain A masa form 5 sebab beliau lah.

Cikgu Bustaman... guru ermmm guru ermmm guru apa eh? Haha.

Pembantu makmal merangkap ibu angkat.


Kat lab ni jugak lah kitorang berlima budak Biologi (aku, Mamai, Iqa, Azie dan Mira) belajar sebab kitorang kan dimasukkan dalam kelas budak Perakaunan. Cikgu Rohana ajar satu meja je, jarang sekali guna whiteboard. Haha. Pastu jarang ada kelas, cikgu suka cancel sebab cepat je habis silibus, ajar sikit punya students kan, faktor malas pun ye jugak kot. Haha. Pastu kalau takde kelas Bio, kat lab ni jugak lah kitorang bersantai tengok movie guna TV lab. Penyalahgunaan hak milik maktab jelas di situ ye. Haha. Lagi selamba bila Che Su, ibu angkat kitorang tu layan je, siap buatkan teh dan makan keropok lekor time tu jugak. Lab tu memang kitorang punya pun :p hahaha. Last yang aku ingat, masa minggu aktiviti, kitorang dikehendaki buat persembahan, dan kat lab ni jugak lah kitorang rehearse nyanyi lagi In The End by Linkin Park. Even kitorang 5 orang je, kitorang bangga sebab akhirnya dapat nombor 2! Hehe.

Eeehhh.. amboi cikgu cantik laaaahh~~ haha.

Sempoi punya cikgu.

Ha, cikgu ni garang, tengah mengajar pun cekak pinggang. Haha.

Yang kedua dari kanan tu Cikgu Amni, cikgu Fizik merangkap classmate aku
dulu. Haha.




Apesal time aku dulu takde pun taman depan office??

Yeay kami di sini!


Sebelum balik, Cikgu Bustaman ajak dengan bersungguh-sungguh a.k.a. paksa kitorang ke rumahnya. Jadi kitorang pun terpaksa lah jugak pergi, siap pergi keluar beli pizza kot untuk makan sama-sama kat rumah cikgu. Ayu, si engineer berjaya yang belanja yaww~~ Sekali lagi masa kat parking lot Teacher Dee (nama sebenar Teacher Zarini Riana) yang cantik jelita ajak pergi makan-makan rumah beliau. Alamak, nak pergi tapi dah lewat, terpaksa tolak dengan baik. Nampak teacher macam kecewa tapi apakan daya kami semua anak dara teacher, harus pulang sebelum siang melabuhkan tirainya, haha. Keesokkan harinya, nampak Cikgu Rohana post kat FB, 

"Majlis Perpisahan Teacher Dee"

Oh, Teacher Dee nak pindah, tidakkkkkkk~~ Sampai sekarang rasa bersalah tolak pelawaan makan malam beliau :'(




Thanks to Siti Zaharah (Arabella Grace Garcia), Amalina, Tuan Nur Izzati, Masidayu, Nurul Izyan dan Amni Izzati. 

No comments:

Post a Comment