Do good. Always.

Do good. Always.

Friday, February 28, 2014

Interbatch


Assalamualaikum.

Rasa macam dah lama sangat tak update blog, padahal baru seminggu lebih. Hal ini disebabkan aku sibuk dengan interbatch games sepanjang minggu ini. Cehhh, jangan percaya, aku tipu, mana ada main pape pun, jadi supporter je. Haha, tipu pun mengaku kan.. baguslah daripada aku menipu dengan memutarbelitkan cerita yang boleh mengaibkan orang lain, kan... 


Petang Selasa, sempatlah aku ke court netball untuk menjadi penyokong kepada team year 4. Dengan ber'skirt' dan dengan gahnya, aku berjalan memasuki kawasan court tersebut. Tiba-tiba rasa malu sebab pakai skirt, padahal sebelum tu aku yang beriya paksa Ainsya dan Faridah terus ke sport complex setelah kami balik dari bandar petang tu. Kihkihkih.

Team netball year 4. Tiada dalam gambar: aku. Haha.


Keesokan petangnya, game volleyball pulak, game yang memang aku wakili sebelum ni, kecuali tahun ni. Dengan bangganya, memang aku bangga lah, kitorang masih berjaya menjadi juara bertahan 2 tahun berturut-turut. Pada awalnya, agak cuak lah, tengok junior second year hebat kotttt, tapi masih rezeki kitorang menang lagi tahun ni. Yang paling membanggakan, dan layak untuk diundi masuk Malaysia Book of Records, ialah straight serve oleh kak Madihah sehingga kitorang menang 21-1. Haha, kau mampuuuu?? Bangga aku sebagai manager team (eh???) hahaha.

We're the champion!

Gabungan pemain baru dan lama.


Malam tu pulak, aku semangat dah janji dengan Aishah nak turun sokong team badminton dan ping pong. Jadi, aku dengan Khalisah pun pergi lah. Agak melampau lah kan Khalisah bawak nasi goreng makan tepi court belakang pemain yang tengah main badminton. Nasib baik menang. Haha. Single, second place kot, double first place. Alhamdulillah. Sokong Adah main ping pong, nasib tak menyebelahi beliau, kecundang di tangan Dr. Mariam (one of the players lah). Dr. Mariam hebat gila lol, semua games boleh main. Dari netball saaampailah ping pong, tuan kecik je, tapi lincah. Beliau masa ambik PhD, buat research ke practise main??Hehehe..gurau je boh!

Ha, ni aku tengah ajar Nabil main ping pong.


Masa aku kecik-kecik dulu, masa sekolah rendah lah, ayah aku ada lah beli meja ping pong ni, letak kat garaj kereta. Jadi, berduyun-duyun lah jiran-jiran aku main setiap hari tak kira siang atau malam. Situasi berkenaan berlarutan sekian lamanya, sehinggalah meja ping pong itu hancuuurrr dengan sendiri nya akibat kerakusan manusia. Haha. Tapi, dari situ lah jugak aku belajar main ping pong walaupun pada masa itu aku tak berapa nak cukup tinggi. Haha. Sebab tu boleh ajar Nabil main, even aku sendiri pun tak hebat langsung pun, setakat tahu pukul bola ping pong tu dah kira okay apa. Hihihi.


Okaylah, itu sahaja untuk entri kali ni walaupun agak pendek. Entri terakhir bulan Februari. Bye!

Friday, February 14, 2014

Jelajah Kuantan!


Assalamualaikum.

Tak tahu macam mana nak conclude, sama ada semester ni macam heaven sebab class hari Selasa sahaja atau sebaliknya (you-know-what) sebab bakal sibuk dengan process collecting data untuk final year project. By the way, dah lega satu step dah lepas yakni proposal presentation. Alhamdulillah, examiners pun baik-baik, Walaupun banyak kena komen, tapi memang betul pun apa examiners komen. Aku memang kalau kena komen memang tak tahu nak jawab apa kan. Awal-awal dah confident betul, then bila dipersoalkan, sampai aku sendiri confused apa aku buat haha. Dan sudah di report kepada Daddy dan Daddy macam… "...okay some of them we can accept, some of them we just ignore all right." Haha. 


1. Air Terjun Sungai Pandan

Sebab terlampau lega presentation dah lepas dan demi meraikan final semester ni, kitorang sisters pun pergi lah berenang kat air terjun, keesokan harinya. Lokasi air terjun yang berkenan di hati adalah lokasi yang sama kitorang kunjungi masa second year dulu. Ok fine, lepas tanya Encik Google pun, beliau cakap memang kat Kuantan ni takde air terjun or sungai lain yang sesuai untuk dikunjungi oleh ‘manusia’. Yang sesuai dikunjungi oleh ‘buaya’ memang banyak lah. Hahaha. So, memang Air Terjun Sungai Pandan a.k.a Air Terjun Sungai Panching ni je yang ‘terpaksa’ diperkenankan oleh hati sanubari masing-masing. Hehe. Nasib baik dekat, dalam 20-30 minit gitu lah dari UIA Kuantan.

Haha. Tempat ni tak buka lagi, kitorang dah sampai. Beriya tak?

Setibanya... haruslah bergambar.

SubhanAllah.. lawa kan?

Pepagi dah terpacak kat sini. Tak kenal erti sejuk betul. Haha.


Berlindung di bawah waterfall.

Kapalah manaaaa???

Us.. beberapa lagi hilang pergi tukar baju.



2. Bukit Pelindung

Lenguh badan tak habis lagi akibat terlalu seronok berenang *tak tahu pulak nak berenang pun kena warming up*, kami mengambil keputusan untuk mendaki bukit pula. Selagi masih ada masa terluang dan selagi masih ada bukit untuk didaki, apa salahnya..haha. Sebelum ni, Bukit Panorama, kali ni Bukit Pelindung menjadi pilihan sebab tak pernah sampai lagi. Kalau sebelum ni daki Bukit Panorama dengan tangga, kali ni panjat Bukit Pelindung guna jalan tar sahaja. Sahaja sahaja pun, penat dia perrghhh..nak tercabut kaki rasa, even Bukit Pelindung tak setinggi Bukit Panorama tapi jalan dia memang curam.Macam mana lah uncle dan auntie tak mengah langsung daki bukit tu, siap potong kitorang lagi. Muda-muda dah takde stamina, memalukan betul haha. Bukit Pelindung boleh tembus Teluk Cempedak tapi kitorang tak lalu track tu sebab nak naik sampai puncak. Kalau nak lalu track ke TC tu tambah masa 35 minit, mengikut kata uncle lah. Sesampai je puncak, ceh, ada pencawang je takde view pun kecuali pokok-pokok lah haha pastu ada pondok pengawal tulis “Sila lapor di pondok pengawal”. Nak lapor apa entah, lapor yang kitorang dah berjaya sampai ke? Haha. Tapi tetap gembira sebab berjaya sampai ke puncak. Mula-mula rasa macam dah nak pancit je, gigil-gigil kaki mungkin sebab hypo tak makan tak minum langsung, tapi akhirnya berjaya jugak. Yeayyyy!!! Naik turun Bukit Pelindung memakan masa satu jam sahaja.

Nampak tak pencawang kat atas bukit? Tempat yang nak dituju.

Awal-awal, memang lah semangat lagi haha.


The road not taken. Left or right? Ans: right. Because we went left. Haha.

Yeay dah nampak pencawang!

We did it!


Aku dah rasa macam artis lalu redcarpet masa AJL dah kalau dah
ramai gini photographer haha.


Akhir-akhir pun semangat jugakk...haha


Oloh, dalam longkang pun jadi lah. hoho

Perbezaan ketara disitu. Individu bersenam dan individu malas bersenam,
tengok sahaja. Haha. Bersenam sangaaatttt...haha



3. Mini Zoo Taman Teruntum

Plan asal ingat nak breakfast then balik terus je, tapi alang-alang kat area yang sama, kitorang decide nak visit our ‘sedara-mara’. Hahaha, aku dah kenapa mengaku spesis-spesis ni sedara pulak. Mini zoo, dah nama dah mini kan, what do you expect? Ada ikan paus dalam akuarium? Akuarium pun takde, ni kan pula ikan paus. Akuarium yang ada pun letak ular dalam tu. Yang aku nak tergelak jugak lah, mungkin dah takde kot spesis unik jarang jumpa nak dibela dalam zoo ni, sampai ayam lembu yang biasa aku jumpa tepi rumah dan kat pasar pun ada kat sini. Hmmm… no comment.


Tak senonoh betul beruang matahari ni pose.

Ungka.

Nampak tak ostrich kat belakang tu? Bila kitorang dah beralih layan ungka,
mula lah dia nak tarik perhatian kitorang suruh layan dia haha.

Buah apa ni?? nampak macam diperbuat daripada plastik je.

Bosan tengok haiwan, main kat playground lah lagi seronok.





Last but not least, breakfast kat Taj. Akhirnya….. terisi jugak perut masing-masing. Alhamdulillah…





Oh, rasanya aku pernah cakap pasal trip kitorang nak pergi Tasik Kenyir tapi sayangnya, plan tu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Kini aku merancang untuk Eastcoast backpack trip Pahang-Terengganu- Kelantan tapi tak tahu bila haha. Hopefully jadi lah.. zam zam ala kazam!!! Haha bye!





Thanks to all Septimus sisters!

Teringat...


Assalamualaikum.

Sekarang aku tak tahu nak buat apa, mengadap laptop dari tadi, marathon cerita pun dah bosan. Cerita pun bosan kot tengok aku, agaknya. Sebenarnya ada je kerja, of course FYP, tapi biasalah aku ni bukan seorang yang rajin, kalau tak terdesak, memang kerja tak jalan. Memang agak pelik lah, dari sekolah orang cakap aku rajin, aku rasa mereka tak kenal betul siapa aku agaknya. Haha. Jadi, kenapa aku tak balik rumah kalau dah bosan? Jawapannya, ada kerja yang perlu aku uruskan, iaitu menunggu. Haha macam pelik kan jawapan, hanya aku yang faham.


Biasalah kalau dah bosan- bosan, aku tergolek-golek lah atas katil sorang-sorang. Nak kacau roomates pun, semua berdedikasi buat FYP. Mengapa mereka begitu rajin, tapi bukan aku??? Aku golek-golek, ingat nak tidur, tapi tak lelap. Ingat nak berangan, tapi tak tahu nak berangan pasal apa haha. Last-last, yang muncul, memori yang bercampur-campur tak kira tarikh dan masa. Kot ye pun nak mengimbau memori silam, ikut lah tarikh wahai brain ku tersayang, adoiii... 


Teringat hari tu salah seorang kawan baik aku bagitahu yang dia akan sambung Master kat luar negara, dan kalau ikut tarikh hari ni, kurang 3 minggu lagi beliau akan berlepas ke sana sob sob sob :'(. Teringat masa aku Form 5, aku gaduh dengan Liza teruk gila, pastu sebab ego tak bertempat, aku taknak minta maaf. Beberapa bulan selepas tu *see, betapa ego nya...*, masa birth day aku, tiba-tiba dapat handmade birthday card daripada Liza, dah macam couple mintak sambung hubungan balik, mula-mula nak bercakap pun malu-malu, then dia ajak aku pergi taman sekolah, kitorang sembang lama gila segala secrets yang dipendam dalam beberapa bulan tu, semua diluahkan. Memang nak luah kat dia pun, tunggu masa baik balik je haha. Teringat masa cuti hari tu, cuti paling best sebab sejuk gila, pukul 9 pagi pun masih berkabus,sidai kain pun tak kering-kering. Haha.

Ni suasana jam 9 pagi kat kampung aku.


Teringat yang aku ada berhajat nak beli wedges, sebab nak jadi seorang perempuan yang sejati, pakai dress dengan wedges, tapi apakan daya bila mana aku nak tengok wedges comel-comel di internet supaya aku tidur bangun keesokan paginya, ada sepasang wedges di hujung katil, tapi yang terjadi adalah... otak masih obsessed, lantas jari jemari pantas menaip "s-n-e-a-k-e-r-s". Hihihihi, tak sengaja. Walaupun aku obsessed, tapi aku memang jarang beli sneakers. Aku tak suka ada banyak-banyak tapi tak pakai pun, masa beli beriya sebab ikut nafsu semata-mata. So setakat ni, tolak yang dah diberi kepada adik, aku ada satu je yang aku sayang gila, sampai aku pernah cakap, kalau rosak yang ni, aku akan beli yang sama haha, except kalau jumpa yang lagi comel lah.

My one-and-only...


Yang kat bawah ni yang aku berangan nak ada, kalau jumpa laaa... 







Pattern sama je kan, haha simple! Aku tak boleh kalau pelik-pelik sikit aku dah mula fikir, takut ada orang tengok la, padahal mana ada pun. Haha. Entri aku takde point kan, macam bosan, tapi kisah apa aku, aku yang nak baca balik jugak nanti-nanti. Haha. Bye!


Wednesday, February 12, 2014

Jah dah kahwin!!


Assalamualaikum.

Setahu aku, Jah merupakan batchmate MRSM Kuala Krai ke-4 yang sudah bertukar status kepada ‘berkahwin’. Bestlah orang dah kerja, nak kahwin pun takde hal. Dah ada pendapatan sendiri, nak berangan pakai baju pengantin lawa-lawa, hantaran gempak-gempak pun takde orang nak halang eehh. Jah kahwin orang Ipoh mali, jauh bebenor tapi nak buat macam mana kalau dah jodoh kan. Hihi. Macam kahwin Tikah dulu, aku dan kawan-kawan mesti jadi orang first yang sampai kat majlis. Pengantin tak mekap lagi, kitorang dah terpacak kat depan rumah haha. Tapi yang Jah punya majlis ni memang kena pergi awal lah kan sebab terus nak balik Kuantan lepas tu. 8.30 pagi aku dah gerak dari rumah, tapi sebab sesat tambah kereta banyak, tambah pitstop banyak kat rumah bebudak ni, sampai nak dekat tengahari jugak lah. Bagus jugak sampai agak awal ni, tak ramai orang, tak segan nak makan bebanyak. Haha.

Sebab kitorang sampai awal, tak ramai lah kawan yang dijumpai *dijumpai???macam pelik je bunyi* haha. Yang ada awal-awal macam ni, kawan- kawan baik Jah je lah, Mc Bie, Mc Pop dan Kismiera. Bergambar pun sempat dengan diorang ni je tapi nasib baik pengantin tak busy lagi time ni, so culik jaaaapp!


Selamat Pengantin Baru Jah dan Syah! Bercinta hingga ke syurga, okay..



Iqa dan Mamai.

Bestfriends aku dari Transkrian lagi, Iqa dan Mamai. Nasib baik masa tukar sekolah pun, dua orang ni ikut jugak. Masa kat KK, aku selalu kena buli psychologically dengan budak laki kelas aku yang tak guna tu. Kadang-kadang aku menangis jugak kalau dah tak tahan. And, setiap kali aku menangis, mesti budak berdua ni pun akan ikut nangis. Aku macam, korang dah kenapa, ikut aku nangis, dah tu sape nak pujuk aku. Nasib baik ada yang 3 orang lagi tu (6Serangkai), ada lah jugak orang nak pujuk aku. Haha. Entahlah, berjangkit kot, hebat jugak penangan aku nangis dulu eh. Hehe. Masa kat Transkrian, masa aku Form 2, pernah berlaku gempa bumi di Indonesia, dan kesannya, sampai ke Penang. Bergegar katil, loker bagai. Aku terus berlari ke bilik Mamai, masa tu tak tahu yang itu kesan gempa bumi kat Indon tu. Aku ingat nak kiamat. Terus aku bagitahu dia, “Mamai, dah nak kiamat ke? Saya tak nak kiamat lagi, saya banyak dosa….Mamai, takut Mamai takuttt…”. Walaupun riak muka dia pun cemas dan takut, dia sedaya-upaya tenangkan aku masa itu. Terbaik lah!






Next ler niii...haha


Dalam 2.30 petang jugak lah aku dan Ara bertolak balik Kuantan. Punya lah banyak accidents kat tengah jalan, jalan kampung, highway. Tulah bawak laju sape suruh, tengok macam aku bawak 80 km/jam je. Haha.


Sunset



Best dapat jumpa Nik Nur Afiqah, Amalina, Masidayu, Wan Nur Nadia, Nur Nabila Najat, Siti Zaharah, Furqan, Kismiera, dan yang teristimewa  pengantin baru Jah dan Syah.