Do good. Always.

Do good. Always.

Thursday, February 21, 2013

Teman Pengganti

  
Assalamualaikum.


Sebelum mula semester baru hari tu, aku dan umi berusaha untuk cari 'teman pengganti' untuk hanger(s) ku yang berkurun lama memerap diri dalam loker, gara-gara memang loker bukan tempat yang cukup besar untuk menggantung baju-baju kurungku yang bertimbun tu. Pity them. Huhu. Sebelum tu, masa hari pertama aku bercuti di rumah, dan masuk bilik umi ku, aku dah terpegun tengok tempat sangkut baju-baju ayah yang baru dibeli. Aku terus...

"Wahh, kuning.... Mana umi jumpa nih?? Susah lah nak jumpa penggantung baju kaler kuning..."


Menurut cerita umiku *aku mendengar cerita penggantung baju dengan khusyuknya*, masa mereka (ayah dan umi) survey sofa baru tempoh hari di sebuah kedai perabut, mereka 'terjumpa' lah penggantung baju ini. Dan disebabkan baju-baju ayah selalu 'dianaktirikan' sebab tak muat nak letak dalam almari, mereka terus grab bendalah ni. Maka, tidaklah mereka sedar bahawa anak perempuan mereka satu-satunya bakal merampas takhta untuk memiliki panggantung baju ini dan bakal meng'anaktirikan' sekali lagi baju ayah. Hahaha.


But.... Waiiiittttt! Mereka telah berjanji dengan seriusnya akan mencari yang baru bagiku. Oh, awak terselamat baju-baju milik ayah!Hehe. Dengan menggunakan khidmat aku yang belum memiliki lesen memandu, aku dan umi terus mengambil risiko hidup dan mati ke kedai perabut berkenaan yang jauh lah jugak. Nasib baik takde polis ohoiii....


Maka dengan ini, aku dengan rasminya berbesar hati mengucapkan terima kasih tak terhingga dan bye-bye kepada 'dia' ni (gambar bawah) selama perkhidmatan'nya' yang cemerlang dulu. 


Ni penggantung tuala sebenarnya, yang kena curi
masa simpan kat stor, sem lepas.


Inilah teman pengganti baru hanger(s) ku. Saya berharap 'awak' bekerja dengan lebih cemerlang dan lebih lama berada dengan saya, ok??? *aku psiko dah ke??*


Yeayyy!!! Dapat yang sama kaler KUNING jugak. Thanks mum!


Ni lah official video Teman Pengganti. I really love this song and Black too!


                     


Tapi asyik gelak je tiap kali dengar lagu ni kat radio sebab terkenang video klip nya yang kat depan cermin je. Hahaha.



Thanks Ayah dan Umi! Love both of you.


No comments:

Post a Comment