Kan? Kann?? Kannn??? Betul tak?
Tetibe aku terblur nak cerita apa gara-gara 'jasa' sang broadband yang berjaya mengalahkan ke'slow'an si siput sedut kat kampung aku, untuk mendownload satu gambar ni je pun.
Tak lupa juga ribuan terima kasih atas jasa abang chik aku yang bersusah payah lah sangat mencari bendalah ni kat bandar Kuala Krai, yang mana pada akhirnya tidak membuahkan sebarang hasil pun...ceh! *kan dah cakap mana ada kat tempat kita, abang chik tak nak dengar ): *
Sangkaanku meleset sama sekali. Memang ada kat Kuala Krai weyhhh... kat pasar pagi pulak tuuu.*rasa bangga balik jadi warga negara bandar ini. Takde lah kuno sangat aku ni kan?*. Semasa aku dan umi bersusah payah memikul barang-barang dapur untuk menyambut kepulangan abang ngah dan keluarganya dari Sarawak Bumi Kenyalang, boleh pulak aku terjumpa 'dia' ni. Apalagi, dengan kuasa seorang anak, aku berjaya memujuk umi ku untuk sponsor 1 baju TRW please. Actually, tak payah pujuk pun, umi memang tahu aku nak baju ni. Thanks umi.. Love u much-much! Muahhhh~
Tu je lah kot. Semua jasa broadband lembap ni. Kan tulis pendek je. Nak tidur dah. Esok kelas Epidemiology 4 jam, mak aiii.. tak tahu lah gane... Semoga aku tabah! :)
No comments:
Post a Comment