Do good. Always.

Do good. Always.

Saturday, February 16, 2013

Gaya Kusya Depan Kamera!

Assalamualaikum.

Sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina tempoh hari, Abang Ngah (Hadi) dan keluarga (Kak Mas, Cookies and Kusya) pulang bercuti di Kelantan selama seminggu. Tapi, saya hanya mampu menghabiskan masa bersama hanya selama 3 hari. My anak, Kusya sangat menghiburkan hati. Merinduinya kerana lebih setahun tidak berjumpa, akhirnya diberi peluang untuk melayan kerenahnya yang sangat comel dan nakal! (walaupun tak puas lagi).


Kusya dah kurus sikit. Masa dia tinggal kat Kelantan dengan kitorang dulu, dia gemok sangat. Kitorang pun panggil dia 'Kusya Gemok'. Sekarang dah kurus, tapi maintain comel kan? Kusya dah nak masuk 2 tahun 24/3 nanti. Dah besar anak Unie sorang ni.hehe.


Kusya, setiap kali kamera dihalakan ke arahnya, mesti dia akan buat muka cenggini, macam kat bawah ni. Sangat menggelikan hati ok?haha. Hati yang duka lara pun akan bertukar jadi ceria! (^_^)



























Kusya, I missed you already. Tunggu Unie bulan 6 ok sayang.. Nanti Unie pergi sana jumpa Kusya, nanti kita pergi jalan-jalan sama ok.. Tak sabar Unie nak tunggu saat tu *excited*


p/s: Teringat masa pagi sebelum Unie balik Kuantan, Kusya cekak pinggang kat Humaira sebab Humaira ambik Teddy dia. Cekak pinggang macam nak marah, tapi sengih-sengih. Kelakar la anak sedara Unie ni.hahaha.


No comments:

Post a Comment