Assalamualaikum.
Secara rasminya ini adalah entri pertama untuk tahun 2014. Dah 24 tahun dah aku rupanya. Sungguh cepat masa berlalu. 24 tahun bersamaan 288 bulan bersamaan 1248 minggu bersamaan 8760 hari bersamaan berapa ratus ribu jam dah aku hidup atas muka bumi ni. Almost la, sebab birthday aku tak sampai lagi pun. Apa yang aku harapkan, untuk menjadi lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelum-sebelum ni. Ok, azam tahun baru agak tipikal kan, semua orang nak jadi lebih baik, mana la ada orang nak jadi makin jahat, melainkan syaitan. Tapi semua orang ada peluang untuk jadi lebih baik, walaupun pada dasarnya, makin meningkat usia, makin bertambah dosa, berbanding masa kita kecil-kecil dulu, mana ada dosa pun.
Sedih pulak bila aku tengok balik gambar-gambar aku dengan family dan kawan-kawan. Terlalu banyak memori yang kami coretkan bersama sepanjang tahun 2013. Banyak jugak yang dah aku kongsikan di sini. Memang tujuan aku create blog ni adalah untuk kongsi kenangan-kenangan yang sempat dirakamkan. That's why lah lagi banyak gambar daripada penulisan merepek aku dalam ni. Lagi satu, mana lah tahu suatu hari nanti laptop aku rosak ke, then semua kenangan yang aku simpan dalam ni hilang macam tu je. Pastu, hard disk yang aku letak back up pulak hilang, dicuri pencuri misteri (eh, over dramatik pulak cerita aku haha).Tapi, tu lah setiap gambar ada cerita, bukan?
2013?
One of the most exciting years, I guess. Tahun aku dapat lesen memandu setelah 7 tahun memandu secara haram (haha..), tahun paling banyak aku jumpa kawan-kawan dari sekolah rendah sampai universiti, tahun pertama aku bercuti bersama kawan-kawan sekelas independently (padahal abang ngah yang settle everything), dan banyak lagi lah. Yang kenangan manis-manis je aku ingat, yang tawar-hebey tu aku malas nak ingat, malas nak fikir, malas nak ..............argghhhhh..pergi jauh-jauh pleaseeee...jangan dekatiku lagi. Haha, macam lagu!
Setelah repeat sekali, setelah habis RM 180 sebab repeat. |
Dalam kelas teori. |
Lepas ambil test komputer. Semua lulus. Btw, ni gambar tahun 2012. |
Gambar terakhir 2013. Ihsan daripada handphone Jijah. |
Gambar di atas merupakan gambar terakhir yang sempat dirakam sebelum berlabuhnya tirai 2013. Masa ni on the way nak pergi Perhimpunan TURUN Anak Muda Kuantan, kat Teluk Cempedak. Sengal betul la, ada pulak aku bukan main beriya bawa beg sebab nak bawak kamera, tapi tanpa disangka, aku bawa beg tanpa kamera. Adush, nyanyuk gila rasa, ni yang rasa makin tua ni. Haha. Gambar di bawah pula macam summary lah apa aku buat sepanjang 2013, bersama kawan-kawan UIA dan Septimus. Ni tak masuk folder yang dengan family, kawan sekolah bagai lagi.
Computer > Local Disk (D) > MEMORIES > IIUM's LIFE > 2013
Yang kat bawah ni pula desktop background aku. Haha, comel tak comel tak? Riak tak riak tak??? Haha. Jadual hidup sehari-hari lah kononnya, tapi tak ikut pun! Mula-mula je beriya. Haha. Itulah aku.
Usha mamat hensem kat library??? OMG! Aku tak berani pun. Haha. |
Last but not least, aku dedicate lagu ni kat semua kawan-kawan aku walaupun takde orang baca blog ni kekeke. Lagu lama, tapi very inspiring song lah kan. Lagu ni pun aku tahu dari Kak Mas. Dia cakap bila dia stres kerja, dia akan dengar lagu ni. Bagus gila ada employee macam ni, bila ada sign and symptom emotional disturbance, cepat-cepat motivate diri balik. Hihi.
Bye- bye, 2013!!! Gonna miss you! =))
No comments:
Post a Comment