Do good. Always.

Do good. Always.

Sunday, January 19, 2014

Lawatan sambil belajar ke UMP


Assalamualaikum.

Malas gila nak update blog sejak balik rumah ni. Masa kat UIA bukan main berazam nak update blog kat rumah sebab internet laju. Internet kat UIA ni kalau nak upload gambar pun asyik error je sebab wifi asyik terputus pastu leeembap gila. Tapi, bila balik rumah, sebab internet laju jugak lah aku lebih berminat google benda lain tak pun tengok Maharaja Lawak kat youtube. Kadang-kadang adik ajak tengok cerita hantu kat youtube sebab dia penakut, pastu nak ada teman lah kononnya. Haha. penakut punya adik.


Okay, back to the topic. Masa aku balik Kelantan lambat sikit hari tu sebab nak siapkan proposal, sempatlah aku dan Ainsya keluar berjalan-jalan akibat kebosanan gara-gara menunggu Dr. siap buat correction untuk proposal aku. So, tak tahu nak buat apa, aku ajak Ainsya keluar. Tak ada hala tuju sebenarnya, tapi lunch hari tu aku decide nak makan dengan kawan sekolah aku Wana dan Shorieya kat Gambang. Wana tengah exam masa tu, so takkan aku nak ajak makan jauh-jauh pulak. Hari berkenaan pula adalah Hari Maulidul Rasul, restoran tempat kitorang lunch tu kasi Cadbury free sorang satu. Yang kelakarnya, semangat mamak tu keluar ke kedai runcit sebelah beli cadbury pastu kasi kitorang. Mungkin sebab kitorang pelanggan pertama hari tu kot. Haha. Alhamdulillah.

Dua yang belakang tu Bai dan Sha, kawan Wana.

Inilah Cadbury dapat free. Aku dapat double sebab
Ainsya bagi dia punya.


Makan + sembang + bergambar sampailah Zohor. Wana ajak pergi library UMP. Oh ya, UMP is Universiti Malaysia Pahang. Ada jugak kawan aku baru balik oversea tak tahu nama universiti kat Malaysia ni. Haha. Then, aku pun okay je lah sebab library pun ada surau, boleh tumpang solat. Sekali Wana berhenti kat Masjid UMP. Nampak luar macam biasa je, masuk dalam perghh... lawa kot! Macam UIA jugak, ruang solat muslimah adalah di tingkat atas, tapi yang bezanya, tempat wudhu' nya bersebelahan je dengan ruang solat. Tak macam UIA, kena ambil wudhu' kat tingkat bawah, pastu pakai tudung baru naik atas. Lagi satu, masjid UMP yang baru lepas renovate ni ada aircond. Tak panas.

Tempat wudhu', kecil tapi cantik.

Walau tak seluas Masjid UIA.



Gambar ni aku ambil kat depan masjid je. Nampak tak betapa dekatnya
asrama dan masjid?

Ha, itu je masjid yang tempat banyak kereta parking tu.
Nampak luar macam surau je kan?

Lawa kawasan asrama UMP. Ada taman tempat lepak-lepak. Ada court,
tempat jogging.


Lepas aku tawaf kawasan rekreasi dan asrama UMP tadi, jomlah kita ke library. Sudah lama diorang tunggu aku duk jakun sorang-sorang. Haha. Waaa... UMP ada penerbitan buku sendiri tahu? Aku tak tahu lah kalau UIA pun ada kan, aku je yang tak tahu. Yelah, pernah je kena perli sebab tak tahu siapa yang urus student activities kat UIA tu, padahal brother tu famous kot. Famous dalam kalangan mereka-mereka yang aktif berprogram, bukan kat orang macam aku.


Nampak tak betapa jakun nya aku datang UMP ni?? Hahaha.

Ini lorong antara bangunan library dan canseleri.
Dekat kan?




Haha. Jakun lagi. Tengah panas tang tang pun aku redah jugak.



Ruang depan library.


Alamak, nak masuk library kena pakai matric card lah pulak, macam kat Gombak. Dah lah kaunter depan-depan tu, dah lah pulak kejakunan ku jelas terserlah. Confirm abang yang jaga kaunter tu dah boleh syak aku pendatang asing. Masuk menggunakan matric card Wana, memang lepas lah, tapi aku rasa abang tu memang dah tahu, tapi dibiarkan aja kitorang masuk. Mungkin dia fikir,

"Biorrlah..diorang nak kenal library UMP tu. Kesian pulak aku nengok"

Hmm.. mungkin. Hehe.

Suasana dalam library. Hampir semua study dalam group. Bagus.

Ruang TV, ada congkak. Rational kah meletakkan congkak di dalam
library? Hahaha.


Belajar, belajar nak exam.

Belajar, belajar nak exam. Eh??? Hihihihihi.


Kan dah cakap lawatan sambil belajar. Belajar lah ni... Hahahaha~



Balik dari UMP jom basuh kereta, isi minyak. Esok nya nak balik Kelantan. Yuhuuuu! :D


Terima kasih tak terhingga kepada Syazwana Sukri, Shorieya, Baizura dan Shazana sebab sudi layan kerenah kitorang yang macam budak-budak ni. Terima kasih kepada Ainsya sebab sudi teman aku dalam lawatan ni. Hahaha.

No comments:

Post a Comment