Do good. Always.

Do good. Always.

Sunday, September 22, 2013

Raya 6


Assalamualaikum.

Aku dah macam fed up gila dengan internet kat bilik baru ni sebab asyik kalah je dengan kelajuan siput sedut. Mana nak letak muka babe, ha, ha, ha??? Dah macam psiko pulak aku nak bergaduh dengan siput sedut. Yela, banyak benda kot aku nak cerita kat sini tapi tak boleh nak update. Orang lain punya cerita raya pun dah basi, aku baru terkedek-kedek nak tulis. Tak kisah lah, aku nak cerita jugak, at least bila aku dah tua, boleh bukak balik blog ni, apa aku buat masa raya tahun 2013. Ceh, macam aku dah yakin dan pasti je aku hidup lagi dan ingat link blog sendiri. Tak nyanyuk ke? Haha. Tapi ni macam summary je lah kot, apa aku buat masa raya hari tu dari hari pertama saaaampailah hari ke-6. Sebab tu tajuk entri ni raya 6, bukan sebab aku puasa 6 ye. Haha.


Raya hari pertama.

Hari pertama raya selalunya pergi raya dekat-dekat je. Oleh sebab rumah tokku pun dekat je, kitorang takde lah nak beriya sangat balik kampung sehari sebelum raya untuk buat ketupat bagai. Balik dari solat sunat Aidilfitri dan bergambar bagai, terus berkonvoi balik rumah tokku, dalam 15 minit je pun. Kat situ lah nanti jumpa semua sedara-mara dari jauh. Best! Lagi best sebab tahun ni abang ngah dan family pun balik beraya. Haha, Kusya Unie =)



Duit raya pertama aku dapat, daripada pakcik.

Balik dari rumah tokku dan makcik pakcik sekalian, kitorang akan duduk rumah je tunggu tetamu datang. Open house kat rumah aku hari raya pertama, sebab ada hidangan istimewa Nasi Dagang air tangan umi tercinta. Hehe. Memang setiap tahun pun macam ni, jadi tahun depan sila datang rumah ye, pasti ada! Haha. Nak petang lepas Asar gitu, dah takde dah orang datang, aku pun cepat-cepat blah untuk jumpa diorang ni.

Liza dan Fiza! Liza bestfriend MRSM, Fiza bestfriend SKBG. Ni first time
diorang jumpa.

Dan Nadiah. UK mari.

Malam harinya, kerja aku melayan budak bertiga ni je. Kihkih.


Raya ke- 2

Bangun tidur, tanya umi mana kita nak beraya hari ni? Umi cakap duduk rumah je, jalan jem tak best langsung nak jalan-jalan, last-last beraya dalam kereta je lah, so baik tak payah. Aku macam, so, why kita tak pergi mandi sungai ke kan? Mula-mula semua orang setuju, tiba-tiba..... Umi berkata, "Taknak lah pergi mandi sungai, sekarang virus kencing tikus punya kes dah banyak kat Kuala Krai ni, tengok jiran kita tu sorang dah kena, nasib baik umur panjang lagi je..". Semua orang macam berkerut dahi memahami kerisauan umi, tapi ayah aku macam cakap pergi je, pergi je takde pape lah. Aku yang memang dari awal excited lebih terus ajak adikku yang berdua tu, ambil tuala, start kereta then vroommmm menuju rumah tokku untuk 'kidnap' makcik kecik aku pergi sungai dekat rumah dia je. Orang beraya kat rumah terbuka, aku beraya kat sungai. Haha.




Raya ke- 3

Kenduri kahwin memang berlambak lah kan musim raya. Tapi bagi aku, musim raya tak patut lah buat kenduri, tahu tak jalan jem, buat orang stres je nak pergi kenduri ni. Eh, lantak lah diorang, aku pulak yang sibuk complaint. Jem pun jem lah, sepupu punya kenduri, terpaksa lah kitorang meredahnya sehingga ke Kuala Terengganu. Tahniah Amir dan Kak Azillah. Semoga bahagia hingga ke syurga (^_^)





Raya ke- 4

Aku dan Fiza dah plan awal-awal dah nak buat tour raya ke rumah semua orang. Tapi alangkah kecewanya kitorang apabila bila call semua orang, semua takde kat rumah. Hampeh tol, mula-mula beriya diorang ajak datang rumah. Ini dah memang beraya atas kereta lah, walaupun jalan tak jem. Tapi agak bahagia selepas 4 tahun tak dapat beraya bersama, kali ni dapat beraya dengan OhMyBFF Fatin!


Fiza dan Fatin.

Last sekali bawak pergi beraya rumah sendiri, disambut
dia ni, si mata bulat!


Raya ke- 5

Hari ni ada kenduri sambut menantu  kat rumah makcik aku, alaaa yang kitorang pergi Kuala Terengganu hari tu lah. I like pelamin dia simple gila, takde kerusi apa pun, duduk bersila je pengantin, sweet...heee. Hari ni pun aku pakai baju raya warna kuning, baju raya lama, tak sama dengan baju raya ke- 4 okay, nanti takut ingat pakai baju sama pulak ha.

With Adelia yang comel sangat!




Raya ke- 6

Aku bertekad jugak nak ke rumah Che Su, mak angkat 6 Serangkai masa kat MRSM Kuala Krai. Dah lama tak jumpa. Ingat nak ajak Mamai, tapi dia tak dapat datang sebab ada hal. Last-last memang aku ajak Fiza je lah, sebab dia sentiasa free untukku. Hehe. Kali ni kitorang pergi rumah baru Che Su, lawa gila pandai beliau hias even agak sempit lah sebab rumah teres end lot je. 





Lepas tu, on the way balik, call Subaihah, kebetulan dia ada kat rumah nenek dia kat Kelantan. Subaihah study kat Jepun sekarang, susah nak jumpa dia ni sebab family dia dah pindah KL.




Balik rumah, nampak duit syiling macam ni atas karpet, rupa-rupanya ini semua angkara perbuatan Umi ku! Hahaha. Nasib tak tersepak.




Sementara internet tengah ada ni, baik aku cepat-cepat post. Haha. Bye!

No comments:

Post a Comment