Assalamualaikum.
Hamboiii, #tak#payah#nak#indon#sangat#lah. Haha, orang suka buat cenggini # kalau update status kat fb, saya segan *wuekkk* jadi buat kat blog je teeheee.Ini akan menjadi entri yang saaaangat panjang ditambah sekali dengan gambar yang banyak lah tapi. Kihkihkih. Dan ini juga merupakan entri terakhir berkenaan dengan trip ke Kuching. Lepas ni bolehlah update entri pasal raya pulak, yeay! Untuk edisi yang terhad ini, saya akan menghuraikan sedikit-sebanyak mengenai keseluruhan kos (mengikut perjalanan saya) yang ditelan merangkumi:
a) Perjalanan dari Kelantan ke KL
b) KL Sentral ke LCCT
c) Tiket flight pergi balik KL - Kuching
d) Homestay + Transport
e) Makan
f) Cenderamata
g) LCCT - KL - UIA
a) Perjalanan dari Kelantan ke KL
Yang ni sebab tarikh kitorang pergi tu 11 Jun, sedangkan cuti semester bermula 7 Jun. Enggan menunggu lama di Kuantan tanpa faedah *yelahsebabkalaubalikrumahbolehmintaduitlebihbuatbelanja*. Memang bertuah betul ini anak, niat pulang ke rumah hanya itu. Haha. Okay, selain bertuah bab tu, ayah tanya saya lagi, nak pergi KL bila dan dengan apa. Lantas diri ini menjawab, "1o hb ya ayah, nak naik train tapi, nanti ayah tolong beli tiket ok, nak tempat tidur, taknak seat, lenguh pinggang nanti. Dan oh ya, tolong beli untuk Faridah dan Kasma sekali ya?" Hahahahahaha. 'Bertuah nyeeeeee laahh. Anak sapa lah ni....hahahahaha~ Tapi memang ayah yang rela hati nak pergi beli, dan tapi jugak bukan dia pun yang beli, dia kirim kat sedara kitorang yang kerja KTM jugak untuk book tiket tu. Harga tiket seat RM 28 gitu lah dari Kuala Krai, kalau tempat tidur, mahal sikit.
Tiket kereta api (tempat tidur) : RM 50
b) KL Sentral ke LCCT
Kitorang bertiga (saya, Faridah dan Kasma) tiba platform kereta api KL Sentral agak lambat daripada masa sebenar. Selalunya (memang dah biasa naik train masa belajar kat PJ dulu) dalam pukul 7 lebih atau 8 pagi dah sampai, tapi mungkin ada masalah kot masa dalam perjalanan, akhirnya tiba jam 10 lebih. Kalut gila weyhh, baru sampai KL Sentral, belum lagi LCCT. Nasib baik Kak Madihah dah sampai awal kat LCCT, terus call bagi no flight, nama penumpang minta dia tolong buat self check-in. Fuhh, lega satu hal dah settle. Plan awal, jumpa semua orang dekat KL Sentral tapi sebab kitorang sampai lambat, beberapa orang dah pergi dulu, Aishah dengan Syuhada yang nak tunggu jugak. Apalagi, call Aishah minta beli maggi segera dekat 7 Eleven untuk breakfast. Kesian tengok diorang terkedek-kedek bawak maggi kitorang yang panas tu. Haha. Pastu, ingat nak makan atas bas lah kan, sekali konduktor bas berbangsa India tu tak kasi kitorang bawak makanan masuk dalam bas, tapi dia baik, suruh kitorang makan dulu kat luar bas tu sampai habis. Kitorang pun agak segan lah tak pasal-pasal jadi penyebab bas lambat jalan, makan macam ternampak Messi lalu pastu cepat-cepat nak kejar pastu nak peluk dia ketat-ketat. Uish, harommmm!!!! Nak terbakar rasanya lidah, pastu mula lah nak garu-garu sebab rasa pedih, gatal...dalam bas asyik minum air je. Tiket bas ke LCCT ada banyak, ikut syarikat juga. Ada harga semurah RM 8, tapi kitorang tak ada masa nak tunggu bas murah, main naik je bas yang paling depan, gerak paling awal.
Tiket KL Sentral- LCCT : RM 10
c) Tiket flight pergi balik KL - Kuching
Tiket flight macam susah sikit lah nak cerita, tak boleh nak agak harga, sebab selalu berubah lagi-lagi bila ada promo. Macam saya, tiket pergi saya dah awal-awal lagi beli masa bulan November atau Disember tahun lepas sebab promo punya pasal. Pastu, tak reti nak book sebab first time, ambil hot seat pulak, hambek kau tambah RM 30 nasib baik tak lebih bajet. Tiket balik pula, ingat nak try naik Malindo Air yang under Malaysia Airlines tu, tapi tengok harga promo dia macam lebih kurang je, tu tak tambah luggage fee lagi. Beli tiket balik agak lambat lah, bulan Mei baru beli, padahal fly bulan 6. Ambil risiko tunggu lama untuk promo, tapi berbaloi-baloi sebab even agak last minute book tiket, jumpa jugak harga yang sesuai dengan bajet kitorang. Semua orang tahu tiket flight kena selalu survey online, kalau nak harga promo sebab sesungguhnya promo itu macam chipsmore, sekejap ada, sekejap hilang!
Tiket flight (setiap seorang) : RM 200
d) Homestay + Transport
Ya Allah, homestay sangat awesome, perfect! Thanks to abang ngah berjaya cari homestay selesa macam ni untuk keselesaan kitorang =) Homestay yang perfect mengikut mazhab muniepila bermaksud sebuah homestay yang mempunyai mesin basuh!!! Apa ko ingat kitorang penat-penat balik ada masa nak sental baju busuk dengan peluh? Masuk je mesin basuh, pastu pakat sidai kat ampaian, senang! Haha. Masa mula-mula dibawa ke rumah ni, abang ngah tanya, " Okay tak homestay ni?" Saya macam menjerit sebab terpegun, " Eh abang ngah nih, okay sangat lah macam nih!!!!" Abang ngah urut dada, " Ish, ingat marah abang ngah tadi" Hahaha, kesian abang ngah macam kena marah pulak, Sori ya. Transport pun sangat okay, muat lah kitorang 12 orang duduk, even ada yang kena duduk belakang seat driver, takde lah nampak macam sardin sangat, nampak macam laici dalam tin je. Kihkihkih. Homestay sekali dengan transport + minyak + driver = RM 1200. Murah kan untuk 4 hari 3 malam?
Homestay + transport (setiap orang) : RM 100
Oh, katilku...hihi |
Bilik utama. |
Bilik kedua. |
Bilik ketiga. |
Meja makan, masa breakfast je, sini jadi sesak. Haha. |
Dapur and yeahhh, mesin basuh!! Hahaha! |
Tak payah nak berebut cuci muka gosok gigi kat dalam bilik air. |
Kia Pregio.. banyak berjasa kat kitorang =) |
En. Wan tanya, perasan tak apa tulis kat belakang van? - "GIRLS ONLY". Ha kalau macam tu kitorang je lah naik van ni, En. Wan laki. Hihihihihi.. |
e) Makan
Kos makanan telah diputuskan untuk diletakkan di bawah tanggungan sendiri. Yelah sebab tempat macam ni, tak best lah kalau nak makan lauk sama, kot-kot lah ada yang nak rasa makanan sini. Kalau macam saya yang tak suka mencuba sesuatu yang baru ni, susahlah, orang lain sibuk nak cuba masakan tempatan, saya tetap pilih nasi putih biasa atau nasi goreng! Haha. Tapi tak banyak lah habis untuk makan ni sebab harga makan kat sana pun lebih kurang je dengan Semenanjung, malah makan dekat food court sana dirasakan lagi murah dari makan dekat food court Kuantan Parade. Haha. Tambahan pula *amboi ayat penyambung*, breakfast dah tak masuk dalam bajet sebab semua makan siap-siap makanan segera kat rumah, supper pun macam tu, kalau sape yang rasa lapar malam-malam lah. Jadi bajet makan kitorang hanyalah 2 kali lunch (hari ke-2 dan ke-3 sahaja sebab hari pertama gabung je lunch dengan dinner)) 3 kali dinner, dan sekali breakfast kat KFC airport hari ke-4 tu. Saya punya makanan setiap kali makan tu tak sampai pun RM 10.
Makan : RM 60
Tun Jugah Mall - Tempat ni nampak eksklusif gila, tapi sayangnya tak ramai orang pun lepak sini, pelik jugak lah sebab kiri kanan depan *belakang tak tahu* hotel je semua. Pastu dekat dengan tugu kucing yang orang duk sibuk bergambar tu, jalan kaki je. Musykil gak ehhh~~
Lawa kan? Okay, gambar ihsan dari Pakcik Google. |
Food court dia siap ada tempat lepak lawaaa... ngadap hotel 5 bintang semua. |
Lif lawaaaa.... tapi tak nampak sangat sebab sesak dengan kitorang. Heee |
Damai Central, Pantai Damai - Ini yang berhadapan dengan Perkampungan Budaya tu, dah pernah cerita dah dalam entri lepas. Kat sini pun harg makanan nya okay lah, tak mahal and tak murah, yang paling penting, lagi murah dari Kuantan Parade punya food court *dah kenapa nampak macam berdendam sangat dengan KP ni*. Service okay, baik-baik orang sini, sampai ada makcik jaga kaunter tu, tengok saya sakit perut cakap sorry lagi sebab takde minyak panas nak bagi. Haha.
Kubah Ria - Tempat ni macam mall kecil lah. Dalam tu ada jugak kedai-kedai, tapi selalu orang datang sini masuk food court. Food court cantik sebab mengadap sungai. Kitorang makan malam kat sini hari ke-2 lepas pergi muzium. Food court ni besar gila, tempat duduk pun banyak, tak payah nak berebut cop tempat duduk, amboii. Gambar kat bawah ni Pakcik Google yang share, saja ambil yang siang punya so nampak pemandangan sungai kat sini *padahal memang sampai sini terus terkam makanan pun :p*.
Suhardi Cafe - Ha yang ni best, yang ni best! Nampak tak kat banner depan kedai ni? Yang tulisan warna merah tu, dia tulis apa ya?? Ya! Nasi campur RM 5 sepinggan untuk seorang. Apalagi, kitorang yang memang tengah lapar tu terus terkam ambil nasi dan lauk. Saya ambil lauk yang nampak 'normal' je macam ayam masak kicap, sosej goreng, kerang. Sayur dia nampak pelik, so taknak ambil. Haha. Ambil banyak gila, penuhkan satu pinggan, sebab kalau 2 pinggan nanti tak jadi lah pulak RM 5 kan, pastu tak habis sebab ambil banyak sangat. Nafsu -.-"
My Village Barok - Memang sangat terkenal lah saya kira, ce google confirm keluar baaaanyakkk gila pasal restoran ni. Jalan-jalan Cari Makan pun pernah sampai sini tau. Yang menarik nya restoran ni ada pelbagai masakan tempatan Sarawak, yang paling kelakar tengok kat menu dia tu, Nasi Goreng Enjin. Hamboii berdaulat sungguh enjin-enjin kenderaan sekalian, ada jenama nasi goreng sendiri lak tu. Maka berebutlah mereka ini meng'order' nasi goreng enjin berkenaan. Maka, jelaslah nasi goreng enjin berkenaan di Semenanjung dikenali sebagai Nasi Goreng Seafood hendaknya, kerana sebijik kot macam nasi goreng seafood. Tahap keterujaan menurun.......hahaha. Yang uniknya pula, adalah reka bentuk dan hiasan dalaman restoran ini sendiri. Tempat duduk pun ada pelbagai, ada meja macam biasa kat restoran tu, ada tempat duduk macam kantin, dan ada juga tempat makan bersila. Kitorang gadis-gadis Melayu sejati memilih untuk duduk bersila sahaja. Kitorang makan malam kat sini, suasana agak romantik dengan cahaya lampu yang agak malap, warna sebenar makanan pun kurang jelas, dan ditemani muzik yang perlahan. Nasib baik tak seram je. Hihi.
Gambar Google, waktu siang. |
Nasi Ayam Penyet biasa. |
Nasi Ayam Penyet Special. Apa bezanya? Ya, tambah tempe dan tauhu. Nasib baik tak order, sebab tak makan kedua-duanya. Hehe. |
f) Cenderamata
Di bawah ini gambar Main Bazaar. Main bazaar ni berhadapan je dengan Waterfront, hanya dipisahkan dengan jalanraya. Sederet panjang tu semua kedai cenderamata buatan tempatan, macam kain batik Sarawak, t-shirt, tembikar, gelang, rantai, beg, keychain dan banyak-banyak lagi lah. Kek lapis Sarawak pun ada dijual jugak, tapi kat sini tak banyak pilihan sangat kalau dibandingkan dengan kat kedai kek lapis sebenar. Lagi bagus kalau survey beberapa kedai dulu sebelum beli. Selalunya kalau satu kedai ni murah jual t-shirt, kedai yang lagi satu murah jual keychain, mahal pulak t-shirt nya. Jadi, untuk jimat, survey lah dulu, kalau larat, masuk semua kedai. Haha. Saya dah allocate siap-siap bajet untuk cenderamata untuk family dan kawan-kawan, and tak banyak pun, sebab duit pun ada tak banyak kan. Hahaha.
Cenderamata : RM 200
Sebahagian daripada hasil dagangan kitorang. Haha. |
Apa yang saya dapat dengan RM 200??? Ni ha. semua kat bawah ni...pastu sampai bilik, kira-kira balik tulis nama semua orang, macam tak cukup, silap kira pulak. Call abang ngah suruh beli t-shirt lagi, bawak balik masa raya. Hihi.
Malam terakhir, bergambar kenangan dengan Encik Wan, kiri sekali. Tengok, macam gangster kan? |
g) LCCT - KL - UIA
Sampai je LCCT, kitorang ramai berpecah, sebab ada yang mummy daddy ambil, ada yang nak balik rumah dulu, last-last, saya, Kasma dan Syu je yang nak balik UIA terus. Kali ni, dapat tiket bas ke KL Sentral harga RM 8, jadi dah jimat RM 2. Dari KL Sentral, kami berjalan naik monorail dengan harga tiket RM 2.20 ke Pekeliling. Yang paling dahsyat kat Pekeliling lah, kena turun tangga tinggi nak mati dengan angkut beg besar dan berat tu, geram je rasa nak baling dari atas. Hihi. Sampai Pekeliling, beli tiket balik Kuantan dengan harga RM 22. Dari terminal Makmur, naik teksi RM 15, jadi RM 5 seorang.
Semua tiket dan tambang teksi : RM 38 (selepas digenapkan)
Pada mulanya, setiap orang kena bayar RM 400 untuk flight tickets, homestay, transport, dengan entrance fees. Tapi, last-last, semua dapat balik RM 32. Konklusinya, setiap orang hanya membelanjakan RM 368. Dan kalau dicampur secara keseluruhan mengikut individu (saya),
RM 368
+
Tiket kereta api (tempat tidur) : RM 50
+
Tiket KL Sentral- LCCT : RM 10
+
Makan : RM 60
+
Cenderamata : RM 200
+
Semua tiket dan tambang teksi : RM 38 (selepas digenapkan)
=
.
.......
...............
.........................
.........................................
RM 726!!!
Okay lah kan, tu pun maksimum bajet, ada RM 700, boleh pergi lagiiii!!!! Haha.. Sekian sahaja untuk edisi Trip to Kuching 2013, berakhir sudah pengembaraan dan penulisan ku di sini. Heeee... Bye!
p/s: Next batch trip, Tasik Kenyir, Terengganu. In shaa Allah =))
Terima kasih daun keladi buat terakhir kali kepada: Abang Ngah, Tuan Fakhrulhadi, Kak Mas, Maz Amelia Sazila Roslan, Cookies, Kusya, En. Ridzuan, serta batchmates yang sudi menyertai trip ini (Nik Faridah Seman, Siti Nur Aishah Hashim, Nur Syuhada Sjarifuddin, Siti Kasma Amira Abdullah, Madihah Abdullah, Noor Hamiza Ramli, Hariza Muhamad, Shatirah Hanim Mohamad, Ummu Nasyihin Razali, Nurul Nadia Yahaya, dan Nurul 'Atiqah Ahmad Khairundin).
Blh BG alamat homestay Dan contact no
ReplyDelete