Assalamualaikum.
Ni cerita
lama ni. Betul dah lama, lepas raya haji hari tu kot pergi nih. Tadi duk
godek-godek lappy, pastu jumpa gambar- gambar ni, terus tangan gatal nak update
blog. Padahal selalu lambat je nak buat entri baru kan? Masa hari raya haji
yang ke-2 hari tu, *berapa kali ko nak cakap benda sama?* saya
serta keluarga (except ayah dan abang ngah serta familynya) telah mengambil
keputusan untuk berkelah di Air Terjun Lata Berangin. Pernah dengar tak nama
air terjun ni? femes kot, rugi kalau tak datang sini. 30 minit je dari rumahku,
yakni 30 minit je dari Bandar Kuala Krai terchenta. Dah lama sangat tak datang sini,
tak ingat berapa tahun, nyanyuk betul aku.haish.haha.
Seronok
sebab pergi ramai-ramai, jarang dapat peluang gini. Tapi sayang, ayah tak dapat
join sebab ada kerja, manakala abang ngah pulak…hmmm.. raya kat Sarawak la, apa
lagi, tak complete jugak. Sobs~ Malaslah nak cerita panjang-panjang, nanti
sedih, lama tak jumpa family *walaupun baru hari tu family aku datang Kemaman*
sobs..sobs…sobs…ok
dah! Walaupun masa kitorang pergi ni hari raya haji, tapi tak bawak bekalan apa
pun, daging lembu korban ke apa ke, sebab tak rancang pun nak datang sini. So,
berbekalkan air kelapa dan goreng pisang yang dibeli di tepi jalan, kami
meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju.
Our mam besar.. |
Umi
cakap,
“Amek
gambar banyak-banyak kita semua, pastu hantar kat Abang Ngah, biar dia jeles.
Sape suruh tak balik raya”
Jadi kami
dengan patuhnya, menurut arahan beliau..hahaha.
My siblings maaa... |
Serba oren je kan?? Senang nak cam. |
With mam besar and Humaira. |
Siblings, sister-in-law, and niece. |
Main-main air pulak budak-budak ni. |
Padan muka Abang Chik. Dia selam aku dalam air, pastu telinga dia masuk air.hahaha. |
Kami lagi. |
Sukanya Humaira main air. Excited betul dia. |
Erkk, sukanya aku main air. Excited betul dia (eh??) |
Jernih betul air, boleh nampak ikan siap. Adik bongsu yang sejak azali suka tangkap ikan, apalagi, tak hiraukan orang lain, tangkap ikan pakai baju, sebab tu dia tak pakai baju. Tak senonoh. |
Brother and his super-excited sister. |
Cantik kan pemandangan air terjun ni?? |
Tak habis-habis Humaira gelak sepanjang berada dalam air. Tak rasa sejuk ke?? |
Selain daripada parents nye, Humaira hanya layan Usu nya sahaja.hmmm... |
Muka tak puas hati sebab nak main lagi. Kitorang yang lain dah menggeletar menahan sejuk nak balik hoii. |
Oh, ya!
Air terjun Lata Berangin ni dekat je dengan rumah datuk kami. Jadi, dalam
perjalanan balik tu, kenalah singgah jugak walaupun dalam keadaan basah kuyup
sebab malas nak tukar baju dalam kereta.hahaha. Sampai je kat rumah datuk, kami
dijamu dengan durian sebab masa tu musim durian dah. Datuk ada kebun yang
sangat luas kat sekeliling rumahnya. Ada buah duku, langsat, rambutan, ciku,
betik, pisang, mangga dan banyak lagi lah tapi yang paling banyak pokok duriannnlaahhh. Saya
yang tak minat sangat makan durian makan sikit je, lepas tu pergi belakang
rumah terpijak buah getah. Kenal tak buah getah?? Alah buah yang jatuh daripada
pokok getah lah. Kalau budak kampung, buah getah ni, walaupun tak boleh
dimakan, dan takde fungsi lain yang berguna pun, diorang jadikan buah getah ni
sebagai satu permainan. Alah, permainan tradisional lah, tapi tak de la popular
sangat macam wau, gasing, atau congkak.
Jadi,
kami yang berasal dari bandar yang jarang jumpa benda ni *helloooo,
sejak bila ko duduk kat Kuala Krai tu dikira bandar??* teruja
untuk main la buah getah ni. senang je main dia tapi memerlukan kekuatan tangan
yang maksimum, kalau tak sakit sia-sia je, pastu kena pandai pilih buah getah
yang keras. Cara main dia, kena ada 2 buah getah, then, letak satu kat bawah
dan satu kat atas buah yang tadi tu. Pukul yang atas (buah yang dipilih) dengan
tangan sampai pecah yang bawah tu. Kalau pecah yang bawah, kira kita yang
menang la, tapi kalau pecah yang atas (yang kita punya tu), lawan kita (yang
bawah) tu yang menang.
Jadi, dengan
gigihnya saya dan adik mencari buah getah kat dalam kebun getah, pastu compete
sape jumpa paling banyak. Entah pape la, memang tak fikir langsung bahaya yang
ada kat dalam kebun getah tu, yang penting dapat cari paling banyak. Kelakar betul,
mengalahkan budak-budak. Huh, penat yang saya dapat, abang-abang yang seronok
makan durian yang main. Kurang asam betullll!!!! Nasib baik korang abang aku.
Ni lah buah getah. Sape tak kenal memang takde kampung lah orang tu.haha. |
Abang long cuba untuk memecahkan buah getahku. Among us, dialah juara. Maklumlah dia paling tua, makan garam dulu kan???hahaha. |
Lots of love to: My family (ayah, umi, abang long, abang chik,
Azam, Aziem, sister-in-law, and niece)
No comments:
Post a Comment