Do good. Always.

Do good. Always.

Saturday, December 15, 2012

BBQ time!

Assalamualaikum.


Posting period sudah tiba. Kali ini Hospital Daerah Kemaman menjadi tempat untuk kami sama-sama mengumpul seberapa banyak pengalaman klinikal sebagai pelajar Nursing. Erk, walaupun saya sangat tidak suka dengan posting. Huh. Dalam duka, ada suka. Yang sukanya, apabila di rumah sewa a.k.a homestay, menempatkan teman-teman yang macam-macam perangainya. Ada saja perkara gila-gila, ditambah senda gurau yang mengundang hilai tawa setiap hari, saban malam. Dan, pada satu malam minggu pertama, kami telah mengadakan parti BBQ untuk meraikan harijadi seorang teman, Aiminatul Najwa Roslan, nama diberi. Nama manja, Mekwa. Disebabkan beliau orang Ganu, ada yang memanggil dengan gelaran Mekwang. Tapi saya, panggil dia, Aiminatul Mekwa.. sweet kan?? Zzzzzz….


Dah nama BBQ, menu utama pastinya ayam dan ikan bakar. Menu special, spaghetti.. hasil air tangan… saya supposedly*poyo* tapi sebab tuan badan ini gila pangkat nak jadi semua, tukang masak pun nak, bakar BBQ pun nak, last-last kena pilih salah satu, jadilah ko kotor maen arang.hahaha.padan muka hang!

Aiminatul Mekwa: “Doh Tuang Munie, deme nok masok spageti ke tak mboh nih?”

Tuan Munie: (sambil berusaha menghidupkan api di depan rumah)  “Nok, nok!!! Tapi ambo nak bakar BBQ ni jugok tapi.hehehe*tunjuk gigi tersusun tak cantik*”     

Aiminatul Mekwa: “ Doh, deme nok wat wane due-due tu. Deme nok masok mende nih? Spagetthi ke BBQ? haish*dengan jelingan tajam yang manja*

Tuan Munie: “Hm..hmm..hmmm.. hola, hola ambo bakar ikan la gini. Demo la masok spagetthi nyo, deh?? Ko gano???”

Aiminatul Mekwa: “ Ikot panda deme lah nye”


Hehehe. Perbualan antara si Kelantanese dan Terengganunian. Itulah jadinya.hehe. Suka gaduh dua orang nih. Bising sokmo.


Diserikan dengan buah-buahan diimport khas dari Kelantan, tercetuslah….

BBQ PARTY GIRLS!!!




Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak spagetthi.

Air asam, air tangan Shatirah Hanim, untuk dicicah dengan
ikan bakar nyum nyumm.

Ikan pemberian 'driver' kami yang dipanggil Pok. Terima
kasih banyok Pok!!hikhik. 

Ayam yang dipotong dan disalai garam kunyit oleh Kasma
Amira.

Lokasi pembakaran terbuka BBQ kami, di perkarangan
depan rumah.

Huh, bersepah ko buat keje Munie!!

Sebahagian daripada ahli rumah kami. Kanak-kanak
riang. Di garaj kereta.
Tiada dalam gambar: Kak Bibah & Ogy (masih di hospital)
dan Kak Miza (photographer)

Ikan bakar dibalut dengan daun pisang diambil di belakang
rumah oleh Syuhada ditemani Kak Miza.

Ikan bakar nyum nyumm dah masak!!!

Pusingan ke-2.

Spagetthi dah masak. Birthday girl jugak kena masak,hehe.
Air disediakan special oleh Faizah, ais dibeli Farhah di
kedai makan dekat rumah. Ko buat muka kesian macam
mana ha kat makcik kedai tuh??haha

Sebahagian daripada menu menarik dalam parti kami.



(Setelah diteliti dan ditapis, hanya gambar-gambar ini yang selamat untuk dipamerkankan. Maklumlah, dah nama parti anak gadis, ada sahaja gambar yang tidak sesuai untuk tontonan umum.)


Seronok betul kami malam tu. Makan sampai puas walaupun makanan tak semewah mana. Yang penting, kerjasama antara satu sama lain jelas terpancar. Sebab tu lah saya selitkan nama-nama yang terlibat semuanya. Selain daripada berBBQ, malam-malam lain kami isi dengan main mekap-mekap, berphotoshoot konon jadi cover girl majalah Dara, bergosip, korek-korek rahsia dan macam-macam lagi lah.hahaha. Sengal lah korang!! Oppsss, sengal lah saya!!!!!!





Thanks a lot to: My housemates (Aiminatul Najwa Roslan, Nur Syuhada Sjarifuddin, Siti Kasma Amira Abdullah, Shatirah Hanim Mohamad, Saidatul Farhah Sulaiman, Noor Faizah Tutasting@ Rawi, Noor Hamiza Ramli, Nur Habibah Ab. Aziz, Zeelawani Mohd Said), and our kind-hearted driver, Pok.


No comments:

Post a Comment