Tengah-tengah tengok
orang punya video kahwin kat Youtube, tiba-tiba rasa nak kahwin jugak boring
sebab lama sangat pulak bendalah ni loading mak aii. Jadi, dengan tidak
semena-mena jari lantas menekan keyboard
terus sign in di halaman blogger, rajin pulak nak update blog ni.hehe. the
problem is, selalu je saya update entri yang entah berapa kurun entah berlaku.
Ada aku kisah??hahahaha.
By the
way, entri yang ini saya tujukan khas buat makcik saya yang comel, Tuan Farhanie
Tuan Sulaiman a.k.a Che Farah, yang baru sahaja mendapat gelaran sebagai
graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (Diploma in Childhood Education) dari
International Islamic College (IIC) sebulan yang lepas *eh, baru
ke?*
Pada hari
kejadian, 15 haribulan September 2012, saya bersama rombongan kami terdiri
daripada datuk, nenek, makcik-makcik, pakcik-pakcik, serta sepupu sepapat
bertolak dari rumah makcik yang sorang tu around 7 pagi. Sampai sana dalam
pukul 8 lebih, lepas tu makcik kecik saya yang grad tu terus masuk dewan sebab
dah lambat sebenarnya. Tinggallah saya terkebil-kebil seorang diri, tak tahu
nak ikut sape lagi dah. Tidak disangka, diriku ini dipilih untuk menemani atuk
dan nenek masuk ke dewan tempat berlakunya penyanpaian sijil graduasi tersebut.
Oh, lupa! Majlis Graduasi ini bertempat di Cultural Activity Centre (CAC), IIUM
Gombak.
Dengan hati
yang rela tak rela je nak masuk dewan tu atas alasan takut bosan, makcik ku
yang sorang lagi menenangkanku dengan mengatakan,
“Takpe, nanti Munirah
bawak Tokku dan Moksu pergi duduk kat seat yang tepi-tepi, dekat dengan pintu masuk. Nanti
bila bosan, senang sikit nak keluar, ok?”.
Saya dengan
patuhnya, setuju dan terus berlalu membawa kedua-duanya masuk ke dalam dewan
tersebut. Aim saya, aim saya, duduk tepi, duduk tepi. Yes! Ada tempat duduk kat
tepi yang masih kosong. “Yuhuuuu, ada can nak keluar awal ni”, hatiku berbisik.
Sebaik sahaja majlis bermula, tiba-tiba komiti yang jaga dekat pintu masuk tu,
tutup pintu dan berdiri betul-betul tepi seat saya. Bukan seorang, tapi EMPAT
orang, beb!!! Aduyai, macam mana nak keluar ni? “Takpe, jap lagi dorang blah la
ni”, hatiku berbisik lagi. Sejam berlalu……. tiada perubahan, mereka masih lagi
disitu. Dua jam berlalu….. masih gagah berdiri. Jam yang ketiga, ada sorang
pakcik ni mintak nak keluar, tapi kedua-dua telingaku jelas kedengaran, “ Tak
boleh pakcik, kecuali ke tandas”. Ouuucchh, hancur harapanku nak keluar dah. Dah
la aku tak reti nak tipu-tipu cakap nak pergi toilet ke, ada emergency ke. Last-
last terpaksa lah tunggu sampai majlis bersurai sekitar jam 12 tengah hari. Tak senang duduk dibuatnya sepanjang kat dalam tu. Dengan
mengantuk, dah tersengguk-senguk ha kat dalam tu, malu kat orang je.haha. Huh,
berakhir jugak mimpi tak syok sangat nih.
|
Sebotol air mineral dibekalkan untuk kami, special edition. |
|
Suasana Majlis Graduasi di Dewan Cultural Activity Centre. |
|
My Tokku and Moksu. Masih sihat bertenaga walaupun
uban telah mendominasi kepalanya. |
|
My makcik kecik with her parents, my grandparents.=) |
|
Haha, suka lah tu, dah jadi graduan. Tahniah baby! |
|
Her idols.=) |
|
Eh, tadi ada satu bunga je. Sape ye bagi lagi satu tu???
*ehem* |
|
Di hadapan Cultural Activity Centre, IIUM Gombak. |
|
Nak balik daaaahhh.. |
|
Sempat je nak posing duduk-duduk kat taman bunga
umpamanya. |
|
Cantik jugak pamandangan kat UIA ni eh? Bila UIA
Kuantan nak jadi macam ni, hmmm?? |
|
Bangunan utama UIA. Betul-betul menghadap pintu masuk
besar. |
Nak sampai
je dekat kereta, hujan turun mencurah-curah, kuyup satu badan, dia takpe lah,
ada jubah kat kuar. Dah la tempias kuat giler, lalu bawah susur gajah yang
berbumbung tu pun, masi lagi basah kuyup macam sengaja mandi hujan. Habis basah
mekap*konon
pakai*. Sebelum
balik rumah, kami berhenti makan untuk meraikan hari istimewa makcik kecikdi
restoran A. Hassan Nasi Ayam Kampung kepunyaan sepupu saya. Restoran yang kami
pergi ni yang kat Cheras, 4 tingkat, tingkat atas sekali ialah office dan surau
besargilerselesapulaktu. So, kami solat kat sini la. Kebetulan masa kami dating,
pemilik restoran ni yakni sepupu saya ni ada, bolehlah kami mengenali dengan
lebih rapat. Tak sangka ada sepupu ahli perniagaan yang sangat berjaya, sebelum
ni kenal nama je, tak sangka beliau benar-benar berjaya sehingga memiliki lebih
30 cawangan Nasi Ayam Kampung di seluruh Malaysia, kecil dan besar. Boleh jadi
idola ni.=))
|
Sepupuku Maryah yang sangattt comelll=)) |
|
Beliau (pemilik restoran) berada di hujung sekali.
Memiliki penampilan yang sangat sempoi. |
|
My nenek and makciks. |
|
I'm the tallest!=p |
|
The flowers and gifts. Seronoknyaaaa. |
|
Tumpang sekaki boleeehhh??hehe |
|
Suka lerrr tuuuu, dapat banyak... |
|
Flowers from me (^_^) |
CONGRATULATIONS CHE FARAH! LOVE YOU SO MUCHE!!
My love to: Tuan Sukri Tuan Sulaiman, Nik Asnawiah Che Mustapha, Tuan Farhanie Tuan Sulaiman, Tuan Sulaiman Long Deraman, Meriam Abdullah, Tuan Fatma Tuan Sulaiman and family, Tuan Fadzilah Tuan Sulaiman and family, Tuan Fathihah Tuan Sulaiman.
No comments:
Post a Comment