Do good. Always.

Do good. Always.

Wednesday, October 31, 2012

Masa Tidur Budak Gemok!

Pada suatu ketika dulu, saya pernah menjadi seorang suri rumah tangga sepenuh masa dan ‘ibu’ kepada seorang baby gemok selama 3 bulan *aik, dah macam cuti pantang bersalin pulak rasa*. Tempoh berkenaan merupakan cuti semester paling lama pernah dirasai oleh sebahagian mahasiswa/mahasiswi yang menuntut di universiti termasuklah saya. Dalam tempoh cuti itu, saya ditugaskan untuk babysit sorang bayi yang agak gemok ini. Beliau merupakan anak saudara saya yang saya panggil Kusya. Masa tidur Kusya adalah sangat konsisten. Ini agak memudahkan kerja-kerja saya sebab saya akan buat kerja yang sama setiap hari, pada masa yang sama. Thanks Kusya!


Kusya bangun pada pukul 6.30 setiap pagi. Semasa saya masih ‘bujang’ bukan seorang ibu, selepas Subuh, saya pasti akan sambung tidur. Tapi tidak sejak adanya Kusya. Pada mulanya saya agak geram kerana mengantuk, tapi lama-kelamaan rasa seronok pula melayan Kusya yang sangat manja.haha. sekitar pukul 8.30 pagi, saya akan memandikan Kusya, sebelum bagi minum susu. Selepas itu Kusya akan bermain sehinggalah tiba pukul 9.30 pagi dimana beliau dengan sendirinya akan tidur selama sejam. Sejam inilah masa yang akan saya gunakan dengan sebaik-baiknya untuk mandi, sidai baju, kemas rumah, dan basuh baju Kusya.



Sebulan.


3 bulan.


3 bulan jugak.


Same lah, 3 bulan. Kan baju sama je
dengan kat atas tuh.



Pukul 10.30, pasti Kusya akan terjaga dan saya sudah tentu tidak boleh berganjak, kena teman beliau bermain dan tengok iklan kat TV. Oh, ya! Kusya sangat suka tengok iklan daripada cerita kartun kat channel BabyTV. Keluar je iklan, terus berhenti daripada bermain, minum susu, membebel dan menangis! Hahahaha!*senang betul jaga budak ni, nangis je, aku bukak channel yang ada iklan huahuahua*
Jam 12.30 tengah hari, Kusya sekali lagi akan tidur selama sejam setengah dan bangun pada pukul 2, selepas saya selesai solat Zohor *kadang-kadang waktu ni pun saya tumpang tidur sekaki* Pada waktu ini, Usu dan Uda nya kadang-kadang sudah pulang dari sekolah. Budak gemok sangat rapat dengan kedua-duanya. Oleh sebab budak gemok pada masa itu baru 3 bulan, tiada waktu makan untuk beliau kecuali minum susu. Lepas bangun pukul 2, Kusya akan dimandikan lagi sekali untuk menyegarkan badan. Bestnye ada orang mandikannnn!!!!!!! Weeeee…..




Tidur dalam buai.


Kamu gemokkk!!!!!!



Pada pukul 6 petang saya si ‘ibu’ mithali akan membawa budak gemok jalan-jalan, kadang-kadang dengan stroller, kadang-kadang dukung je, sehingga beliau tertidur di atas dukungan. 7.30 malam, Kusya bangun tidur dan dimandikan. Malam-malam, beliau suka bermain dan diagah oleh kami-kami yang ramai ini. Kusya senang gelak. Uuuuuuu, teringat la pulakkk=((
Waktu malam Kusya akan tidur pada jam 10 malam sama ada dibilik saya atau bersama neneknya. Pukul 2 pagi, saya kena bangun untuk bagi susu lagi sekali, mengelakkan beliau daripada dahaga di malam hari. Sampai sekarang saya masih lagi ingat waktu tidur Kusya walaupun hamper setahun berpisah dengannya. Rindu Kusya (-.-‘)



Dalam pangkuan.


Dalam kereta.


Macam-macam gaya budak gemok boleh tidur.

No comments:

Post a Comment