Do good. Always.

Do good. Always.

Wednesday, October 31, 2012

Masa Tidur Budak Gemok!

Pada suatu ketika dulu, saya pernah menjadi seorang suri rumah tangga sepenuh masa dan ‘ibu’ kepada seorang baby gemok selama 3 bulan *aik, dah macam cuti pantang bersalin pulak rasa*. Tempoh berkenaan merupakan cuti semester paling lama pernah dirasai oleh sebahagian mahasiswa/mahasiswi yang menuntut di universiti termasuklah saya. Dalam tempoh cuti itu, saya ditugaskan untuk babysit sorang bayi yang agak gemok ini. Beliau merupakan anak saudara saya yang saya panggil Kusya. Masa tidur Kusya adalah sangat konsisten. Ini agak memudahkan kerja-kerja saya sebab saya akan buat kerja yang sama setiap hari, pada masa yang sama. Thanks Kusya!


Kusya bangun pada pukul 6.30 setiap pagi. Semasa saya masih ‘bujang’ bukan seorang ibu, selepas Subuh, saya pasti akan sambung tidur. Tapi tidak sejak adanya Kusya. Pada mulanya saya agak geram kerana mengantuk, tapi lama-kelamaan rasa seronok pula melayan Kusya yang sangat manja.haha. sekitar pukul 8.30 pagi, saya akan memandikan Kusya, sebelum bagi minum susu. Selepas itu Kusya akan bermain sehinggalah tiba pukul 9.30 pagi dimana beliau dengan sendirinya akan tidur selama sejam. Sejam inilah masa yang akan saya gunakan dengan sebaik-baiknya untuk mandi, sidai baju, kemas rumah, dan basuh baju Kusya.



Sebulan.


3 bulan.


3 bulan jugak.


Same lah, 3 bulan. Kan baju sama je
dengan kat atas tuh.



Pukul 10.30, pasti Kusya akan terjaga dan saya sudah tentu tidak boleh berganjak, kena teman beliau bermain dan tengok iklan kat TV. Oh, ya! Kusya sangat suka tengok iklan daripada cerita kartun kat channel BabyTV. Keluar je iklan, terus berhenti daripada bermain, minum susu, membebel dan menangis! Hahahaha!*senang betul jaga budak ni, nangis je, aku bukak channel yang ada iklan huahuahua*
Jam 12.30 tengah hari, Kusya sekali lagi akan tidur selama sejam setengah dan bangun pada pukul 2, selepas saya selesai solat Zohor *kadang-kadang waktu ni pun saya tumpang tidur sekaki* Pada waktu ini, Usu dan Uda nya kadang-kadang sudah pulang dari sekolah. Budak gemok sangat rapat dengan kedua-duanya. Oleh sebab budak gemok pada masa itu baru 3 bulan, tiada waktu makan untuk beliau kecuali minum susu. Lepas bangun pukul 2, Kusya akan dimandikan lagi sekali untuk menyegarkan badan. Bestnye ada orang mandikannnn!!!!!!! Weeeee…..




Tidur dalam buai.


Kamu gemokkk!!!!!!



Pada pukul 6 petang saya si ‘ibu’ mithali akan membawa budak gemok jalan-jalan, kadang-kadang dengan stroller, kadang-kadang dukung je, sehingga beliau tertidur di atas dukungan. 7.30 malam, Kusya bangun tidur dan dimandikan. Malam-malam, beliau suka bermain dan diagah oleh kami-kami yang ramai ini. Kusya senang gelak. Uuuuuuu, teringat la pulakkk=((
Waktu malam Kusya akan tidur pada jam 10 malam sama ada dibilik saya atau bersama neneknya. Pukul 2 pagi, saya kena bangun untuk bagi susu lagi sekali, mengelakkan beliau daripada dahaga di malam hari. Sampai sekarang saya masih lagi ingat waktu tidur Kusya walaupun hamper setahun berpisah dengannya. Rindu Kusya (-.-‘)



Dalam pangkuan.


Dalam kereta.


Macam-macam gaya budak gemok boleh tidur.

Sunday, October 21, 2012

Her C-Day

Tengah-tengah tengok orang punya video kahwin kat Youtube, tiba-tiba rasa nak kahwin jugak boring sebab lama sangat pulak bendalah ni loading mak aii. Jadi, dengan tidak semena-mena  jari lantas menekan keyboard terus sign in di halaman blogger, rajin pulak nak update blog ni.hehe. the problem is, selalu je saya update entri yang entah berapa kurun entah berlaku. Ada aku kisah??hahahaha.


By the way, entri yang ini saya tujukan khas buat  makcik saya yang comel, Tuan Farhanie Tuan Sulaiman a.k.a Che Farah, yang baru sahaja mendapat gelaran sebagai graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (Diploma in Childhood Education) dari International Islamic College (IIC) sebulan yang lepas *eh, baru ke?*


Pada hari kejadian, 15 haribulan September 2012, saya bersama rombongan kami terdiri daripada datuk, nenek, makcik-makcik, pakcik-pakcik, serta sepupu sepapat bertolak dari rumah makcik yang sorang tu around 7 pagi. Sampai sana dalam pukul 8 lebih, lepas tu makcik kecik saya yang grad tu terus masuk dewan sebab dah lambat sebenarnya. Tinggallah saya terkebil-kebil seorang diri, tak tahu nak ikut sape lagi dah. Tidak disangka, diriku ini dipilih untuk menemani atuk dan nenek masuk ke dewan tempat berlakunya penyanpaian sijil graduasi tersebut. Oh, lupa! Majlis Graduasi ini bertempat di Cultural Activity Centre (CAC), IIUM Gombak.


Dengan hati yang rela tak rela je nak masuk dewan tu atas alasan takut bosan, makcik ku yang sorang lagi menenangkanku dengan mengatakan,

“Takpe, nanti Munirah bawak Tokku dan Moksu pergi duduk kat seat  yang tepi-tepi, dekat dengan pintu masuk. Nanti bila bosan, senang sikit nak keluar, ok?”.


Saya dengan patuhnya, setuju dan terus berlalu membawa kedua-duanya masuk ke dalam dewan tersebut. Aim saya, aim saya, duduk tepi, duduk tepi. Yes! Ada tempat duduk kat tepi yang masih kosong. “Yuhuuuu, ada can nak keluar awal ni”, hatiku berbisik. Sebaik sahaja majlis bermula, tiba-tiba komiti yang jaga dekat pintu masuk tu, tutup pintu dan berdiri betul-betul tepi seat saya. Bukan seorang, tapi EMPAT orang, beb!!! Aduyai, macam mana nak keluar ni? “Takpe, jap lagi dorang blah la ni”, hatiku berbisik lagi. Sejam berlalu……. tiada perubahan, mereka masih lagi disitu. Dua jam berlalu….. masih gagah berdiri. Jam yang ketiga, ada sorang pakcik ni mintak nak keluar, tapi kedua-dua telingaku jelas kedengaran, “ Tak boleh pakcik, kecuali ke tandas”. Ouuucchh, hancur harapanku nak keluar dah. Dah la aku tak reti nak tipu-tipu cakap nak pergi toilet ke, ada emergency ke. Last- last terpaksa lah tunggu sampai majlis bersurai sekitar jam 12 tengah hari. Tak senang duduk dibuatnya sepanjang kat dalam tu. Dengan mengantuk, dah tersengguk-senguk ha kat dalam tu, malu kat orang je.haha. Huh, berakhir jugak mimpi tak syok sangat nih.
    



Sebotol air mineral dibekalkan untuk kami, special edition.


Suasana Majlis Graduasi di Dewan Cultural Activity Centre.


My Tokku and Moksu. Masih sihat bertenaga walaupun
uban telah mendominasi kepalanya.


My makcik kecik with her parents, my grandparents.=)


Haha, suka lah tu, dah jadi graduan. Tahniah baby!


Her idols.=)


Eh, tadi ada satu bunga je. Sape ye bagi lagi satu tu???
*ehem*


Di hadapan Cultural Activity Centre, IIUM Gombak.


Nak balik daaaahhh..


Sempat je nak posing duduk-duduk kat taman bunga
umpamanya.


Cantik jugak pamandangan kat UIA ni eh? Bila UIA
Kuantan nak jadi macam ni, hmmm?? 


Bangunan utama UIA. Betul-betul menghadap pintu masuk
besar.



Nak sampai je dekat kereta, hujan turun mencurah-curah, kuyup satu badan, dia takpe lah, ada jubah kat kuar. Dah la tempias kuat giler, lalu bawah susur gajah yang berbumbung tu pun, masi lagi basah kuyup macam sengaja mandi hujan. Habis basah mekap*konon pakai*. Sebelum balik rumah, kami berhenti makan untuk meraikan hari istimewa makcik kecikdi restoran A. Hassan Nasi Ayam Kampung kepunyaan sepupu saya. Restoran yang kami pergi ni yang kat Cheras, 4 tingkat, tingkat atas sekali ialah office dan surau besargilerselesapulaktu. So, kami solat kat sini la. Kebetulan masa kami dating, pemilik restoran ni yakni sepupu saya ni ada, bolehlah kami mengenali dengan lebih rapat. Tak sangka ada sepupu ahli perniagaan yang sangat berjaya, sebelum ni kenal nama je, tak sangka beliau benar-benar berjaya sehingga memiliki lebih 30 cawangan Nasi Ayam Kampung di seluruh Malaysia, kecil dan besar. Boleh jadi idola ni.=))



Sepupuku Maryah yang sangattt comelll=))


Beliau (pemilik restoran) berada di hujung sekali.
Memiliki penampilan yang sangat sempoi.


My nenek and makciks.


I'm the tallest!=p


The flowers and gifts. Seronoknyaaaa.


Tumpang sekaki boleeehhh??hehe


Suka lerrr tuuuu, dapat banyak...


Flowers from me (^_^)



CONGRATULATIONS CHE FARAH! LOVE YOU SO MUCHE!!




My love to: Tuan Sukri Tuan Sulaiman, Nik Asnawiah Che Mustapha, Tuan Farhanie Tuan Sulaiman, Tuan Sulaiman Long Deraman, Meriam Abdullah, Tuan Fatma Tuan Sulaiman and family, Tuan Fadzilah Tuan Sulaiman and family, Tuan Fathihah Tuan Sulaiman.