Do good. Always.

Do good. Always.

Sunday, April 29, 2012

ORANGE Is Awesome!



Orange is s.o.m.e.t.i.m.e.s awesome! Sometimes je ok? My favourite colour is still yellow.uuuuu.. Tetibe TERminat warna oren la pulak kan. Apesal entah, mungkin banyak diwajibkan pakai baju warna oren kot untuk program(s) sepanjang sem ni.huh. Pape pun, malas nak tulis panjang-panjang sebab nak tidur pulak, esok pagi dah nak pergi Temerloh untuk posting kat HOSHAS tuh. Jadi, judge la sendiri cantik ke tak warna oren ni ye? Heee..



Program Anak Angkat kat Felda Chini 2, @ Baktisiswa 2012
Tema: Oren & Hitam



Health Check-up and Exhibition, Day 2, Baktisiswa 2012.
Tema: Oren & Hitam


Berkumpul kat masjid Felda Chini 2 sebelum memulakan program hari ke-2.



Ini gambar sebelum acara sukan bersama family angkat rasenye, dah tu ada budak kecik tu, kan?




 Alang-alang dah terlanjur upload gambar-gambar kat Baktisiswa ni, nak cerita la jugak sikit, sinopsis sudah.heee. Baktisiswa @ Baksis ni diadakan kat Felda Chini Timur 2, Pahang start dari 23 March- 25 March rasenye. Eh, yeke?? Erm, biarlah, tak ingat tarikh dia, tapi 3 hari la. Wajib kat students Nursing Year 2, semua kena diuruskan oleh kami sendiri. Kiranye, setiap tahun memang akan adalah program ni, lokasi: terpulang. Pastu, nanti setiap peserta akan dibahagi kepada keluarga angkat tertentu, purata: 2 orang peserta setiap keluarga. Saya dan Fariza (student farmasi yang join sekali program ni) diletakkan dalam sebuah keluarga yang diketuai oleh Abah Fauzi Hanapi, layanan: ok. Sepanjang program ni, ada lah sub program macam gotong-royong, health-check-up, health exhibition, sukan bersama keluarga angkat, ‘merewang’, tour keliling felda dan macam-macam lagi lah. Itu sahaja yang mampu diceritakan. Sekian.





Gambar-gambar kat bawah dan seterusnya ni adalah lawatan ke Rumah Orang-orang Tua di Dungun, Terengganu (Rumah Ehsan). Ni saya ingat tarikh dia, iaitu pada 4 April 2012 yakni lebih kurang seminggu lepas Baksis. Program ni pun wajib kat kitorang since kitorang ambik subjek Gerontological Nursing sem ni. Kami bertolak ke TERENGGANU lebih kurang pukul 7 pagi dan pulang ke PAHANG selepas Zohor. Perghh, macam jauh je bunyi, padahal sejamduapuluhminit je pun. Pape pun, seronok pergi sini, dapat lebih memahami kehidupan dan fungsi sebagai seorang tua. Fungsi mestilah dah tak berfungsi sangat sebab diorang punya senses and physiological systems dah diminished, kan? *dah campur-aduk dah bahasa*. Tapi, itulah kita pada masa hadapan, kan…  


*Cakap awal-awal la, gambar pesakit tak dibenarkan diambil, apatah lagi disiarkan. Harap maklum.



Visit to Old Folk's Home, Dungun, Terengganu.
Tema: Oren & Hitam


Baju yang cantik! Orang yang pakai pun cantik! Background pun cantik jugak!! Senang cite, sume cantik laaa!!!

Kat cafe, nak makan, memang muka semua orang teruja dan gembira. Waahhh~


Sempat aje nak bergambar dalam wad. Huhu..

Ni la bakal-bakal jururawat lelaki yang dilahirkan oleh UIA.  Ok, tak cukup 5 orang!


Suka sangat gambar Afiqah yang ni. Caption yang sangat cantik!!!!


Tertubuhnya kumpulan nasyid dalam Rumah Orang-orang Tua.
Ketuanya: Yang pakai baju tak sama langsung dengan yang lain. Haha.


Gambar terpesong. Tiada kena mengena dengan Rumah Orang Tua. hehe.
Terjumpa gambar ni dalam Facebook si rumet, Ummu Nasyihin. Cantik aje semua oren, kan?


We are the IIUM Septimus, Oyeaaahhhh!!!!

Batch 7, IIUM Septimus. Tak cukup beberapa orang (-.-')..


Cantik tak baju batch kitorang?
Tema: Oren & Hitam 



Sebenarnya, gambar-gambar di atas banyak yang di’cilok’ dari Facebook si rumet, Ummu Nasyihin dan si future professional photographer, Aishah Liyana. Thanks ye, korang(^_^)..





Penghargaan khas: Ummu Nasyihin Razali, Aishah Liyana Adam Shah, warga Felda Chini Timur 2, dan kakitangan dan warga Rumah Ehsan. Tak lupa kepada IIUM Septimus tersayang (^_^)

No comments:

Post a Comment