Do good. Always.

Do good. Always.

Monday, April 30, 2012

Posting: Pekan

Bermula dari 23 April-27 April 2012, iaitu pada minggu pertama nursing students IIUM berposting, kami  insan-insan terpilih termasuk saya telah dipilih untuk memulakan tugas sebagai jururawat pelatih di Hospital Pekan, Pahang. Mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Kuantan, kami bertolak kira-kira jam 11 pagi, 22 April (Ahad) dan sampai sejam kemudian atas masalah carijalantakjumpajumpa.

Kami 19 orang students (10 orang senior Year 4 & 9 orang Year 2) berjaya menghimpit-himpitkan diri dalam sebuah homestay 3 bilik yang sangat selesa dan agak mewah. Mewah?? Betol laa.. agak mewah apa kalau semua bilik ber-aircond, TV ber-astro, dan rumah ber-wifi. Memang rasa macam duduk kat rumah sendiri la dengan complete set barangan dapur dan elektronik, sofa, meja makan, katil(s)- super single dan KING size,haaa!!! rumah sewa ko ado???hahahahahaha *gelak jahat sikit*. Pastu, saya berjaya meletakkan diri bersama my bestie Ainsya, kakak senior Year 4: Kak Anis, Kak Wan dan Kak A’ein di bilik paling belakang dengan selesanya. Mereka sangat baik terhadap saya dan saya juga sangat baik terhadap mereka=p *wink3*



Ni la rumah kami!!! Cantik kan? heeee..

bergambar sebelum naik van ke hospital.
Sempat je, padahal pakcik dah tunggu tu.haha.

 Hari 1 (Isnin)


Hari ni ada orientasi je kat hospital dari pukul 8 pagi sampai la 12 tengahari. Then, balikkkkkkk!!!!!!hahahaha. masa sesi briefing dengan matron, kami diberitahu bahawasanya Hospital Pekan ni ada 4 wad sahaja. Saya ulang, 4 WAD SAHAJA!!!! Bak kata seorang teman, “ Baik tak payah buat hospital kalau takat ada 4 wad je”.  Alah, tapi ni kan hospital daerah kecik je, biasa lah tu, kan?

Wad 2 A- Male Multidisciplines
Wad 2 B- ICU
Wad 3 A- Female Multidisciplines
Wad 3 B- Paediatrics

Tapi, kat ground floor ada lagi la wad antenatal & postnatal, A&E, Jabatan Patologi, Tabung Darah, Hospimart, Cafeteria dan sebagainya. And, surau kat ground floor ada aircond dan semestinya kami suka solat di situ. Heeee…
Malam tu pulak, kami 19 orang ni sepakat untuk meraikan birthday 2 orang senior kami yakni Kak Atika yang comel dan Kak Iznie yang cun. Setelah dipaksa rela oleh kakak senior, saya bersetuju untuk menjadi tukang masak spaghetti separa professional dibantu Ainsya, Kak Madihah, Kak Maziah dan Wawa yang dah pro tuh. Hehe. Hidangan spaghetti dilengkapkan lagi dengan murtabak mengkasar, kek, air sarsi dan teh. Walaupun agak simple, tapi kami amat seronok makan bersama-sama (^_^). Ada video tapi tidak dapat disiarkan atas sebab-sebab tertentu.



Lepak kat cafe dulu.......


Ni la Kak Atika!

Ni la birthday girl!!

Sebelum briefing session bermula pada hari pertama.

18 + photographer= 19 orang kami.
Semua muka happy je sebab dah tahu hari pertama tak masuk wad.
haha.

Shhhhhh.. be silent, ok?

Handphone is not allowed here, sir. 
No smoking pleaseeee....

Hari 2 (Selasa)


Hari ni kami dah kena start kerja kat wad 3A (Female Multidisciplines). Untuk syif petang, hanya 4 orang students UIA ditugaskan kat wad tu. Adushhh, students KKM dan Winfield College pun ada laa. Dahla patients tak berapa nak ramai, lagi la takde kerja nanti. Dah tahu daaaa… Takde benda yang menarik pun hari ni, just kerja macam biasa, tunggu pukul 4 semata-mata nak ambik vital signs patients. Tu pun, tengok-tengok Winfield nyer students dah awal-awal ambik. Mak aiiii, lagi den tak derk keje. Haish~
Jadi tugas kami bila takde kerja nih memang sembang 24 jam la kat katil yang takde patient. Nak duduk macam takut sister wad Nampak, pastu marah, then ban UIA nyer students. Memang pikir panjang terus oooo..haha.. pastu Nampak la students Winfield macam jelling-jeling kitorang.  Dalam hati dah cakap,“ Ko pehal jeling-jeling aku? Ada tak puas hati ke?”. Tapi rupa-rupanya, diorang nak sembang dengan kitorang jugak. Tak baik betol pikir buruk, kan?hehe. Ok la, baik diorang ni, ramah, hormat kitorang sampai tanya bila nak solat, siap nak temankan lagi. Rajeshwary, Sumathi, Hemalatha, Kim Hua (Indian+Chinese) dan sape entah sorang lagi lupa nama, saya akan ingat korang sampai bila-bila. =)


Hari 3 (Rabu)

Syif petang lagi hari ni. Tentu sekali bosan yang amat ni. Tapi masuk-masuk wad dah nampak seorang patient yang kena CVA a.k.a. strok, duduk atas kerusi pelawat sebelah katilnya. Ya Allah, sangat terkejut tapi gembira dengan semangat beliau untuk sembuh. Yela, semalam dia terlentang atas katil, air liur pun orang kena lapkan, pakai feeding tube, hari ni da boleh turun katil, tu pun tanpa bantuan orang lain!!! Pastu, alang-alang dah boleh gerak sikit, nurse suruh kitorang pergi mandikan beliau kat bilik mandi, tak payah dah nak mandi atas katil dah. Sekarang, beliau dah wangiiiiii….and husband dia pun sangat gembira dengan perkembangan beliau tu. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Terima kasih Allah.


Hari 4 (Khamis)

Kami kerja syif pagi tapi tudents Winfield kerja syif petang tapi ada students University College Shahputra (UCSA) la pulak. Erm, takde beza sangat pun, kerja je la tapi bagi saya, mereka tidak begitu ramah dan mesra la dengan students UIA. Kenape entah, mungkin baru hari ni kerja dengan diorang kot. Dah la ramai, 7 orang. Haa!! Baru teringat, patients hari ni ada 9 orang je tapi student nurses ada 4 (UIA) + 7 (Shahputra) + 3 (KKM)= 14 orang!!! OMG, cuba lah bayangkan ratio student 1: 1 patient pun tak lepas, ni belum tambah staff nurses, jururawat masyarakat, PPK, dan sister wad. Mungkin kalau ditambah semua ratio akan jadi nurse 3: 1 patient. Wow!seorang patient, 3 orang jaga tuuu. Tetibe rasa nak admit masuk wad ni.hahaha.


Hari 5 (Jumaat)

Hrrrrmmmmmmmm…huh bosan!!! Saaaaangattttt bosan!!! ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………*tak terkata bosannya*. Buat apa je hari ni? Sembang dengan patient dah bosan sebab tak tahu nak sembang pasal apa dah. Last-last semua dah berani duduk kat kerusi pelawat sebelah katil patient then, buat-buat baca buku.haha. alah, sister dan staff nurses pun duduk and bersembang je kat kaunter. Diorang pun bosan ler tuuuu. Sampai ada yang bergurau dengan sister wad, sebab ramai patient dah discharge, dia mintak nak balik rumah. Lepas tu, sister tu pun cakap, kalau boleh, dia pun nak balik jugak. Hahaha.

Diagnosis dan kes baru yang kami dapat pada hari terakhir ni:

Hyperemesis Gravidarum (HG) – extremely severe nausea and excessive vomiting during pregnancy. Patient only with HG will experience loss of weight and dehydration. The cause is unknown. 


Lama betol nak tunggu pukul 2. Abis je syif kitorang balik homestay. Dalam pukul 3.30 petang, ayah saya datang ambik sebab family saya datang Pekan!!!! Hooorayyyy!!!!




Ainsya, she always be by my side. Love you so much, babe.

Special appreciation: Nur Ainsyafinaz Samsuddin, Najwa Madihah Abdul Jalil, Noor Hamiza Ramli, Madihah Abdullah, Nur Habibah Ab. Aziz, Shatirah Hanim Mohamad, Shafareeza Amat Sharudin, Maziah Abd. Ghani, K. Anis Zarime, K. Wan Rozanna, K. Atika Shihnan, K. Anisah Shahri, K. A'ein Rashid, K. Naziha, K. Siti Mariam, K. Iznie Mazzuana, K. Najiha Nohrowi, K. Badriah, all staff of Hospital Pekan, neighbours, Winfield: Rajeshwary, Sumathi, Kim Hua, Hemalatha, the other one who I forgot her name, KKM: Aishah, Norlinda, Kodiswary, Shahputra student nurses.

1 comment: