Rase-rase saya nak share pasal ape ye? Ermm.. tadi sebenarnya saya saje la gatal tangan + takde kerja google image Neelofa, alah juara Dewi Remaja tuuuhh.. Cantik kan dia? So, saya yakin saya bukan satu-satunya orang yang google pasal dia. Am I right, guys?? Sampai ada sorang kawan saya kat Facebook yang post kat wall beliau berbunyi,
"Tengah tengok gambar Neelofa, mana la tau nanti jadi cantik macam dia"
Amboi engkau, ingat dengan tengok gambar orang cantik-cantik, terus boleh jadi cantik ke? Kalau macam tu, semua orang cantik rupa la kat dunia ni, dengan syarat diorang kena tengok dulu mana-mana gambar makhluk cun dan hensem. Kan?hmmmm... Ok2, that's not the point actually. Sebenarnya, masa sort out gambar-gambar dia, biasalaaa Google kan suka je letak gambar yang tak berkaitan. So, saya TERjumpa la satu gambar Ustaz Azhar Idrus, dengan kata-kata yang ini :
Sekali baca macam kelakar kn? Tutup lampu sebab tak nak tengok muka pasangan yang tak cantik/hensem?? Hahahaha. Tapi 2 kali baca dapat tak isi tersirat dia? Ha, tak dapat??? Sila baca buat kali ke-3!!
Maksudnya di sini kalau muka je cantik/hensem macam Aishwarya Rai atau Tom Cruise * tak berani den nak letak nama artis Malaysia, takot kena saman je, tak mampu den nak membayo nyerr* tapi perangai cam hampeh je, ada sifat-sifat buruk dalam dirinya yang akan mendatangkan mudarat kepada pasangannya, lebih baik tak payah ambil dia sebagai calon suami/isteri. Nescaya rumahtangga takkan bahagia. Betul tak? Perghh, macam perunding perkahwinan pulak saya ni. Mengada je kan, tak tahu pape pun sebenarnya pasal benda-benda macam ni. Heee.. Ok la, tu je kot nak share, yang lain korang boleh fikir sendiri kan? Tapi kan saya pun sebenarnya suka jugak sorang mamat ni sebab dia hensem. Nak tahu sape? Yang ni la...
Dia ni la.. Boleh tak kalau saya nak suka dia?? Ha? Tak boleh??? Hrmmm..
Ok la, ok la. Kalau yang ni? Liam Neeson, dia dah tua tapi hensem. Lagipun, dia da jadi duda, isteri dia dah meninggal. Lagi satu yang saya suka, dia cakap nak peluk Islam. Boleh la eh? Pleaseeee.. Erm, ok. TAK BOLEH!!
No comments:
Post a Comment