Do good. Always.

Do good. Always.

Thursday, February 2, 2012

Posting Sem 2..


Bermula 26 Disember 2011 sehingga 20 Januari 2012 yang lepas, nursing students Year 2 macam saya ni telah berposting di bukan lagi HTAA. Bukan lagi HTAA itu membawa maksud kami telah berposting ke luar negara daerah yakni di Temerloh *eleh, Temerloh je pon*. Hospital berkenaan bernama *bernama?? ish, cam pelik je* Hospital Sultan Haji Ahmad Shah a.k.a HOSHAS. Eh, Sultan Ahmad da pergi haji rupenye, x tahu la pulak.hehe. HOSHAS ni kan, cantik sangat lagi-lagi lanskap dia, tapi sayang, saya lupa nak ambik gambar, syok sgt lalu hari-hari kat tempat tu sampai terlupa nak ambik gambar sebagai kenangan hari tua.haha.



Opsss.. ada sorang nurse mencapap di situ. Untung U, masuk blog I lagi..hehe.




Ini la sedikit gambaran hospital ni. Ni gambar lobi utama HOSHAS. Nampak tak nurse tu macam nak lintas jalan kan? Bila dia lintas nanti, dia akan melalui satu fasa yang sejuk mata memandang *tetibe datang perkataan fasa tu pehal?* sebabnya kat seberang jalan kecik tu, kat situ la ada taman yang sangat cantik. Ada pondok-pondok rehat, ada kolam-kolam kecik berisi ikan comel dan rumput yang hijau merendang merentang. Erkk, korang bayangkan sendiri la ye, sebab tiada sebarang gambar untuk dipaparkan, sekian.


Ermm.. nak tau lagi pasal HOSHAS ni? Apa nak saya nak bagitau lagi ek? Ha, seluruh cerok pelosok hospital ni adalah full-air conditioning. Best kan? Mestilah!! Bayangkan la kalaulah *ini betol-betol kalau eh* korang masuk hospital, tapi takde duit nak bayar bil hospital, pastu ambik keputusan masuk je la third class punye wad, korang still lagi boleh merasa duduk dalam air-cond, which is semua orang suka kan?? Wahhh, heaven hidup beb.. Korang pun selesa, takde peluh2, takde la nanti mintak permission dengan nurse nak bawak kipas dari rumah, memang takk laaa.. Bila korang selesa, kitorang sebagai student nurse pun selesa. Kenapa?? Yela, bila korang tak berpeluh, kitorang pun tak berpeluh, jadi, bolehlah melakukan kerja dengan aman dan harmoni. Takde la bila nak pergi ke cubicle lain, sengaja je lalu koridor sebab nak dapat angin luar. The truth, saya selalu buat masa posting kat HTAA dulu. Haha.


Ok2, dah2, kita cakap pasal lain pulak ok?? Tak boleh puji HOSHAS lebih-lebih, nanti dia riak, berdosa pulak saya. Haha. Cakap pasal wad yang saya posting la pulak eh? Erm sepanjang 3 minggu saya di sana ( minggu ke-2 kami terpaksa posting dalam lab), saya telah ditugaskan untuk berpraktikal di wad:

Minggu 1- Bunga Raya 1 (wad kelas pertama)
Minggu 3- Melor 1 (wad kanak-kanak/ pediatrik)
Minggu 4: Kenanga 11 (wad biasa/ medical)

Seronok sangat posting kat HOSHAS ni, ketua-ketua wad (sister), jururawat-jururawat (staffnurse), dan jururawat masyarakat (JM) semuanya baik-baik belaka. Walaupun agak bosan bekerja di wad kelas pertama iaitu Bunga Raya 1,biasalah first class mestila mahal, jadi, tak ramai la pesakit yang mampunya, bila tak ramai pesakit, tak ada la kerja sangat. Seterusnya ia mengakibatkan virus kebosanan yang amat!! Tapi saya suka kerja kat wad ni disebabkan teammates saya yang sangat best dan menunjukkan sifat kerjasama yang baik. Terima kasih tidak terhingga dan tahniah kepada mereka yang terlibat.






Inilah ahli kumpulan yang saya maksudkan. Dari kiri: Mija, Mekwa, Zuhair, Ezza, Kak Mufi, Kak Bibah. Zuhair, satu-satunya kumbang dalam wad ni. Hehe.




Mereka lagi.. minggu pertama je saya bekerja bersama mereka. Tukar kumpulan setiap minggu. Ini dalam lif, sempat aje kalau nk bergambar.=p



Ok lah, dah banyak saya bercerita dan merapu-rapu kat atas ni. Tangan pun da lenguh, lama tak tulis panjang- panjang macam ni. Haha. Padahal, update pun malas. Haha. Sekian dulu dari saya, Munie pila untuk entri kali ni. Bye!!





Appreciation to: Aiminatul Najwa Roslan, Shafareeza Amat Sharudin, Nur Habibah Ab. Aziz, Hamizah Rahim, Mufidatul Hazirah Othman, Siti Kasma Amira Abdullah, Nur Syuhada Sjarifuddin, Nur Nabilah Mohd Hanapi, Saidatul Farhah Sulaiman, Norazizah Jemaat, Hariza Muhammad, Maziah Abdul Ghani, Adriana Falisha Mustafa Kamal, Aishah Liyana Adam Shah, Mohd Zuhair Yusof, Muhammad Farhan Mahmud, Ku Muhd Atif Ku Aziz, Mohd Ridzuan Abdul Rahman, Muhammad Amirul Shahmir Rosari, matrons, sisters, staffnurses, community nurses, and those who has worked with and helped me a lot during last posting period.


No comments:

Post a Comment